25 - Kaum Biggies

439 22 0
                                    

Suram. Tempat yang sunyi dan yang dia sendiri tidak tahu dimana. Dia berjalan  melihat sekeliling. Nobody.

"Meeda",panggil sesuatu suara. Suara yang tidak dikenali. Dan kedengaran bunyi binatang bernafas. Itu ialah beast. Terus Meeda menoleh ke belakang.

Mata Meeda terbelalak melihat apa yang didepannya. Dia terkejut lalu berjalan kebelakang.

"Kenapa takut,Meeda? Bukan kau dah biasa dengan kami, Meeda? Half beast? Kau lupa asal usul kau,Meeda?",sinis katanya yang sengaja menyakitkan hati Meeda.

Binatang yang seperti campuran harimau dan manusia namun badannya lebih besar dan berwarna biru cair. Spesies biasa di Ice World Land. Kukunya tajam dan besar belaka. Ekornya yang kelihatan berat,panjang dan besar.

Matanya berwarna biru putih bersinar. Dia menyeringai terhadap Meeda. Giginya semua tajam. Tiada taring yang panjang seperti spesies Beast Of fire. Meeda menelain air liur ketakutan. Badannya berpeluh sambil menggigil.

"Go away! Aku tak kenal kau! Aku tak tahu yang kau nak!",halau Meeda dengan berani. Dia tidak mahu didekati dengan beast itu.  Beast itu menyeringai padanya sambil matanya memandangnya tajam. Meeda membalas walaupun dia gentar.

"Kau lupa sesuatu, Meeda. Walau nama dan imej kau dah lain, kau masih ada darah kami. Ingat itu",amaran beast itu yang agak bengang dengan Meeda yang tidak sedar diri.

Meeda terduduk. Ya,dia tak akan lupa. Dan ya, dia takut dengan beast walaupun ada darah mengalir padanya. Semua kerana satu peristiwa sahaja.

"Mari aku tunjukkan ulangan tayangan memori yang telah lama kau buang, Tania....".

Air mata Meeda mengalir. Memori yang lama dibuang namun masih sukar dilupakan ditayang. Memori paling pahit. Sekarang dia berada di sebuah perkampungan paling utara di Ice World Land. Di negeri Queiicy atau nama barunya kini, Deathice. Ya, asal dirinya ialah dari tanah mati, Deathice.

Perkampungan Biggies ialah perkampungan yang terdapat half beast. Manusia yang boleh menjadi beast iaitu separuh manusia dan separuh beast. Itulah Half Beast.

Setiap satu keluarga akan ada sekurang-kurangnya seorang half beast dan termasuk keluarganya. Ayahnya, Ihtidam dan abangnya, Danni ialah half beast. Manakala kakaknya,Marina orang biasa dan dirinya orang istimewa.

Ibunya, Jawhar ialah bukan dari Ice World Land berkahwin dengan ayah kaum Biggies yang kini dikatakan telah pupus dan half beast. Ketika itu umurnya 3 tahun dan keluarganya akan menimang seorang lagi iaitu bakal adiknya yang masih dalam kandungan.

Keluarganya boleh dikatakan terkaya dalam kampung yang besar dan aman. Namun malangnya satu hari, aman terus menjadi huru-hara dan menjadi pupus dari kehidupan di sini serta nama di sejarah. Selama dirinya membaca buku,tidak pernah dengar atau terbaca langsung nama kaum Biggies yang telah pupus. Tiada! Sungguh tidak adil! Biggies pupus ditelan zaman sebegitu sahaja.

Dan bermula lah peristiwa hitam itu....

Malam yang tenang dan hampir mahu melenakan mereka sekeluarga tergendala apabila ayah dan abangnya mengejutkan mereka semua yang lain. Ibu diberi arahan oleh ayah dan mereka berdua tidak tahu apa-apa hanya mengikut kata ibu.

Ibu dengan kandungannya, kakak yang baru berumur tujuh tahun dan Meeda yang berumur tiga tahu duduk dalam sebuah bilik yang tersorok terletak di bawah tanah. Mereka menyorokkan diri sebagai arahan dari ayah. Manakala ayah dan abang yang half beast keluar dari situ.

Semasa kami di situ, pelbagai bunyi kedengaran bergema. Bunyi jeritan,tangisan,ledakan bom dan pelbagai bunyi bising. Kami ketakutan lalu berpelukan.

Lost In Ice World LandWhere stories live. Discover now