42 - Pertembungan Cahaya Lain

365 25 0
                                    

Mereka bertiga berdiam diri seketika. Rania memandang Wardi dan Meeda silih ganti.

"Kuasa kalian masih tak jelas, maaf. Tapi kita boleh tahu kuasa kalian yang mana dengan latihan. Kalian nak?",soal Rania dengan senyuman serba salah. Dia masih tak dapat yang mana yang paling tepat.

Mereka berdua menunduk diam berfikir sebentar. Meeda mendongak memandang Rania dengan senyuman manis. "Saya lagi suka kalau belajar tetapi belajar dengan siapa?",soal Meeda mahu tahu dengan gembira.

Rania tersenyum mendengarkan soalan itu. "Saya,Kat dan Jaffar",jawab Rania.

"Siapa Jaffar?",Wardi bertanya sambil memandang Rania tajam. Ada sedikit kecewa apabila masih tidak dapat tahu apa yang dia mahu namun bukanlah semudah itu.

"Jaffar ialah Pahlawan Kaum Retunnrijki yang tersesat di sini. Dia orang baik, nanti saya akan panggil dia kalau kalian nak",jawab Rania mesra.

"Saya okay",jawab Wardi senada.

"Saya pun okey!",kata Meeda gembira.

"Kalau begitu, esok pagi kita mulakan",kata Rania lalu disambut dengan anggukan dari Wardi dan sorakan gembira dari Meeda. Rania hanya memberi senyuman.

Dan bermula esok pagi, mereka memulakan latihan. Jaffar, seorang lelaki yang berbadan gagah datang ke situ untuk mengajar mereka berlawan melalui pelbagai senjata.

Memanah, berlawan pedang, menunggang kuda dan pelbagai lagi dengan lebih berkesan dan bagus. Mereka terus belajar dari Jaffar serta kadangkala belajar dari Rania dan Katrina yang berkaitan kuasa.

Suasana latihan dan pelajaran mereka sangat menyeronokkan dengan keriangan dan ketawa mereka yang gamat. Walaupun penat dan agak sukar untuk melakukannya namun berkat usaha yang gigih, mereka dapat pelajari dan memahami dengan baik.

Dan ia berterusan selama seminggu,belajar dan latih. Siang berlatih dengan Jaffar manakala malam berlatih sendirian dan antara satu sama lain. Selepas seminggu mereka berlatih, maka diadakan perlawanan untuk menguji mereka. Perlawanan diantara mereka berdua.

Masing bersiap sedia dalam gelanggang di tempat masing-masing. Menumpukan perhatian dan kuasa mereka agar dapat peka dalam perlawanan walaupun mereka pernah berlawan antara satu sama lain.

Cahaya kuning sudah mula di sekeliling Meeda dengan sebilah pedang yang panjang dan tajam. Manakala badan Wardi turut dikelilingi dengan cahaya merah gelap dengan sebilah kapak yang tajam bucunya namun tidak panjang. Masing-masing memegang senjata mereka erat dengan pandangan dan semangat membara. Katrina dan Rania hanya duduk di luar gelanggang sambil melihat pertarungan mereka manakal Jaffar berdiri sebagai pengadil.

"Ready?"

"1"

"2"

"3! Start!"

Cahaya kuning mengalir laju ke arah Wardi dan mengelilingi pedang yang dipegang Meeda lalu bersatu molukelnya dengan pedang. Pedang Meeda bersinar perak keemasan.

Cahaya merah gelap milik Wardi mengalir laju ke arah cahaya kuning Meeda dan keduanya bertembung sebelum lenyap.

"Fight!"

Meeda dan Wardi berlari ke arah berlawanan. Pedang dan kapak itu bertembung dan bertembung. Alat senjata mereka bertembung sehingga banyak kali bunyi dentingan kedengaran.

Mereka saling mengelak antara satu sama lain dan menyerang lawan mereka dengan cekap. Tanpa disedari lawan masing-masing, cahaya masing-masing mengalir laju dan perlahan manuju ke arah yang deitentukan dengan warna yang memudar.

Persilangan dan pertembungan berlaku. Mereka memandang antara satu sama lain dengan tajam. Wardi memandang Meeda sinis dan mengejek lalu dengan sepantas kilat cahaya merah gelap menuju ke arah senjata Meeda tanpa Meeda perasan lalu membengkokkan senjata itu.

Meeda terkejut lalu menendang perut Wardi kuat sehingga Wardi ke belakang. Meeda berlari laju ke arah Wardi sepantas kilat dan dengan mata yang menjadi biru dan kuning kilau. Wardi terus mencampakkan kapak miliknya ke arah Meeda yang sedang berlari menuju padanya dan terkena pada sasarannya.

Meeda luka lalu terjatuh. Wardi menghampiri Meeda dengan pisau belati miliknya yang disangkut pada badannya tadi dipegang erat. Meeda perlahan suaranya merintih kesakitan. Dia memandang Wardi yang menghampirinya dengan tajam.

Terus dia berdiri dan tanpa menghiraukan kesakitannya, dia berlari menuju ke arah Wardi. Sekilas kelihatan dia di sana dan sekilas kelihatan di situ. Lariannya adalah sengaja ditukar arah.

Wardi berhenti melangkah. Kepalanya terteleng kekanan lalu ke kiri pula. Cahaya merah gelap miliknya meresap padanya lalu dia hilang sekejap di situ.

Dan kelihatan seperti cahaya kuning yang mungkin adalah Meeda yang laju ke arah cahaya merah gelap yang mungkin itu juga adalah Wardi yang laju ke arah Meeda. Dan akhirnya mereka bertembung dan menghamburkan segala apa yang ada di situ jauh dari situ.

Dan kelihatan cahaya hijau kebirauan muncul akibat pertembungan mereka sehingga menyilaukan mata semua orang yang melihat.

"Arghhh!"

Jeritan dari kedua-dua mereka kedengaran dan apabila cahaya yang menyilaukam itu hilang,kelihatan mereka berdua sudah tercampak jauh ke arah bertentangan dengan keadaan yang lemah.

Kelihatan susuk tubuh seseorang berdiri di kawasan tadi. Tubuh seseorang yang tidak kelihatan wajahnya kerana mukanya rersorok akibat memakai hud yang besar dan labuh. Sekelilingnya ternampak cahaya hijau kebirauan yang bagaikan petir dan kilat.

Rania,Katrina dan Jaffar agak terkejut melihatkan itu. Pemakai hud itu memakai pakaian yang labuh dan besar. Tidak menampakkan anggota badannya dengan jelas.

Dia mendepakan tangannya dan kelihatan tangannya yang berbalut. Aliran cahaya biru muncul dan mengalir di tangannya lalu laju menuju ke arah Meeda dan Wardi serentak. Cahaya itu dapat menyerap ke badan mereka berdua yang lemah tidak bermaya.

Setelah itu terus dia menurunkan tangannya. Baju labuh lengannya yang panjang menutup keseluruhan tangannya. Dia mengalihkan kepalanya kepada ketiga-tiga penonton dari tadi.

"Kau siapa?",soal Jaffar dengan jeritan. Dia memandang tubuh itu dengan berwaspada sambil itu berdiri di hadapan Katrina dan Rania.

Susuk tubuh itu kelihatan mendonggak kepalanya sedikit dan kelihatan mulutnya yang tersenyum manis namun sementara apabila kelihatan dua taring muncul. Terus mereka bertiga terundur seketika.

"I will come back...",katanya perlahan namun sayup-sayup kedengaran di telinga mereka bertiga sebelum hilang sekelip mata.

Terkejut masih tidak hilang namun soalan masih berada di minda mereka yang tidak dapat dijawab.

"Kenapa Kat tak pernah tengok?"

Rania dan Jaffar memandang Katrina tidak percaya. "Adik tak pernah jangka ke? Tak pernah muncul ke? Adik dapat kesan dia tak?",terus soalan Rania muncul mendesak Katrina dengan tidak percaya.

"Futura adik tak dapat tangkap..."

Katrina mengeluh berat lalu memandang ke satu kawasan yang jauh dari sini dan dia dapat lihat walaupun dari jarak yang sangat jauh, sebuah rumah kayu.

Rania juga mengeluh berat lalu menunduk kecewa. "Akak tak dapat kesan apa kuasanya tetapi yang pasti kuat sangat dan tiada tandingan walaupun gabungan kita berdua",katanya lemah lalu memeluk bahu adiknya.

Jaffar hanya memandang Meeda dan Wardi yang terbaring yang bukan kesakitan dan lemah namun terbaring kepenatan. Terfikir pada mindanya apa kaitan orang tadi yang tiba-tiba datang dan dengan ayatnya yang akan datang kembali dengan mereka berdua. Pasti ada sesuatu antara Meeda dan Wardi dengan orang tadi.

Lost In Ice World LandWhere stories live. Discover now