71 - Don't ever dare to play with my sacrifice! (Part 3)

236 16 0
                                    

"Bgkit yours terwqji faerh!"

Kepala yang terpenggal terus bersambung. Darah yang mengalir terus diresap. Daging yang bercerai terus bercantum. Tulang yang retak terus disambung. Mayat tentera Mareya berdiri kembali seperti keadaan asal.

Tentera lain yang terpinga dan leka terus dilawan. Nasib jika baik terus dapat dilawan tetapi jika tidak mati dibunuh. Tentera pihak sana semakin berkurang berganti dengan haiwan pelbagai jenis.

Ada yang mati tapi dihidupkan semula. Haiwan dari sekecilnya sehingga sebesarnya menyerang tentera Mareya. Mareya mengukir senyum mengejek melihatkan semuanya itu.

"Fe er hiytr ewpoi jik gew...",lafaz sumpahan dilafazkan Mareya.

Tentera dan haiwan yang menyerang semakin pelik atas kematian tentera Mareya. Badannya diceraikan dan ditikam namun tiada kesan. Mereka bagaikan tidak terkesan dan mati.

"Kerana mereka sudah lama mati...",kata Mareya sambil mengukir senyuman sinis.

Seorang dari mereka memenggal kepala tentera Mareya lalu dia membakar badan itu. Mayat itu menjadi debu hitam lalu menghilang dan tidak muncul lagi. Dia menjerit memberitahu sekuatnya pada yang lain.

"Pancung dan bakar!"

Mereka beramai memenggal kepala tentera Mareya lalu dicampak kepala itu jauh. Bebeeapa orang yang memiliki kuasa membakar tubuh yang sudah bercerai dengan kepala.

Tentera Mareya semakin berkurangan. Mareya menghentakkan pedangnya pada tanah lalu membelahkan tanah itu kepada dua. Beberapa orang tentera termasuk ke dalam dengan jeritan yang kuat dan semakin sayup-sayup.

Setelah itu tanah yang retak bercantum kembali. Mareya menghentak lagi dan muncul beribu-ribu mayat yang menjadi tentera Mareya. Ada tentera dari pihak mereka sendiri membuatkan membebankan perasaan mereka.

Mereka memenggal kepala dan membakar namun tidak lut langsung. Beberapa orang sudah terperangkap apabila keluar beratus mayat pihak Mareya.

Tiba-tiba muncul seseorang yang diselubungi cahaya biru dari tanah. Keluar perlahan-lahan tanpa disedari sesiapa. Berdiri walaupun menggigil dan longlai.

"Jangan sesekali  memperlekehkan seseorang...",aku melangkah perlahan dan seakan tidak bermaya. Cahaya biru semakin membesar.

"Jangan sesekali membuat main dengan pengorbanan diriku...",langkah semakin laju dan semakin bertenaga. Cahaya biru semakin membesar lagi.

"Jangan bodohkan orang yang tidak bodoh...",muka didonggak dan kelihatan warna hitam kecoklatan keseluruhan mata.

".... kerana kau akan kelihatan bodoh...",kataku lalu cahaya biru itu bagaikan meletup sebelum menghilang.

Cahaya coklat kehitaman muncul dari kakiku yang berdiri mengalir menuju je pada beribu-ribu tentera Mareya lalu membelit mereka sehingga hancur menjadi debu.

Hampir kesemuanya tentera Mareya mati. Aku melangkah perlahan menuju ke arah Mareya dan tiada sesiapa langsung dapat menyentuh apatah lagi memebunuh. Mareya menunggu dengan bersiap sedia dengan senyuman mengejek.

Tentera pihak mereka cuba membunuh saki baki tentera Mareya. Kuasa coklat mengalir dan membelit pedang dan senjata mereka semua. Sekali tikaman membuatkan tentera Mareya menjadi debu hitam yang bertebaran.

Aku memandang Mareya tajam. "Sudah lama aku menunggu kau walaupun kau berada di tubuh orang lain,Ryll...",kata Mareya sambil memandang tubuhku yang menjadi tumpangan Ryll dengan cebikan mengejek.

"Perempuan lemah lagi,Ryll? Kau tahu kan kekuatan dan ketinggian kuasa aku melebihi kau dan apabila kau memilih perempuan lemah boleh menyebabkan kau semakin lemah. Hahah..... bodoh kau Ryll...",katanya sebelum ketawa mengejek. Tanganku mengepal penumbuk.

Lost In Ice World LandWhere stories live. Discover now