54 - Selamat Datang ke Luciryll Queicy

281 20 0
                                    

"Hmm..."

Aku mencelik mata. Di dalam bilikku. Aku duduk seketika lalu memegang kepala yang berbalut. Adui,sakit rasanya. Apa yang terjadi tidak diingati tapi kali terakhir yang aku ingat ialah tentang Ryll. Loket rantai yang tersembunyi dalam baju dikeluarkan.

Warna yang dulu biru bertukar putih kosong sahaja. Aku sayang rantai ni,rantai permberian dari nenekku sebelum dia meninggal. Kepalaku terdongak. Ya, dari Scahryll.

Aku bangun lalu memandang pintu dihadapannku yang tertutup rapat. Tombol dipusing namun tidak dapat dibuka. Aku mengetuk bilik itu kuat dambil memanggil Lim tapi tiada sesiapa menjawab. Aku mendengus.

Badan ke belakang lalu berlari ke hadapan dengan cepat lalu merempuh pintu itu dengan sepenuh tenaga. Namun tidak berjaya. Aku mengeluh. Bahu yang menolak dielus lembut. Agak sakit juga.

"Snowy....."

Sebuah perkataan dibisik dengan suara garau. Aku rasakan itu adalah dari Ryll. Tanpa aku sedari tangan aku sudah menunding ke arah pintu lalu aliran putih kebiruan mengalir ke pintu lalu membekukannya.

"Break....",bibirku menyebutnya lalu pintu itu serta merta pecah. Aku agak terkejut dan teruja.

Aku keluar dari bilik itu lalu mata diliarkan seluruh ruang itu. "Lim!",aku mencari Lim di rumah itu. Tanpa aku sedari,seseorang yang berkelubung jubah hitam besar duduk di atas katil sambil memerhatiku.

"Gay un ta",sebutnya perlahan dengan suara garau lalu serta merta serpihan pintu kayu yang pecah bergerak dan bercamtum. Tanpa mengambil masa yang lain pintu itu kembali kepada asal.

Pintu itu terus tertutup rapat serta dengan orang kelubung hitam itu hilang dengan kepulan asap sebegitu sahaja.

"Lim! Oh Lim! Kau kat mana!"

Aku menuruni tangga lalu melihat sekeliling. Lim tiada di situ lalu aku terus keluar. Apabila melihat sekeliling rumah itu,aku terkejut. Aku berjalan ke hadapan sedikit melihat kawasan itu. Ya, hanya tanah yang bersalji tebal yang lapang sahaja! Bukan di rumah Lim!

Terus aku menoleh ke belakang dan kali ini aku menjerit terkejut lalu terjatuh kebelakang. Sebuah rumah yang separuh hancur akibat terbakar. Aku liarkan mata sekeliling.

Aku bagaikan mahu menangis. Sekeliling aku ialah tanah salji tebal yang tiada langsung pokok cuma ada baki tapak rumah dan rumah yang hancur musnah.

Suasananya yang suram dengan tekstur salji yang kasar. Dan ya,tanah saljinya walaupun tebal bukan berwarna putih kebiruan tetapi hitam kebiruan. Aku terduduk.

"Aku kat mana,Ryll?",air mataku sudah mengalir. Di manakah diri ku. Aku tak pernah tahu tempat ini yang bagiku bukan tempat yang biasa-biasa.

"Selamat datang ke Deathice......"

Terus kepulan asap berwarna warni muncul di hadapanku. Aku terkebelakang sebagai langkah berjaga.
Dan muncul ramai yang berjubah besar dan berhud warna gelap. Dadaku berdebar takut apabila melihat ramai yang tidak ku kenalai apatah lagi duduk di kawasan yang sebegini pelik.

"Siapa kalian semua?! Jangan apa-apakan aku! Aku tak tahu aku dimana! Tolonglah!"

Salah seorang dari mereka yang paling hadapan membuka hudnya dan kelihatan mukanya yang masih tertutup separuh. Mata yang putih sepenuhnya dan berambut kelabu. Kulitnya yang putih kebiruan. Agak menakutkan aku.

"Kau keturunan Scahryll?",perlahan namun berdusup kedengaran pada telingaku. Suaranya tidak pernah ku dengari sebelum ini. Amat merdu.

Aku mengangguk perlahan dan teragak-agak. "Siapa Violet Xander Fadfold pada kau?"

"Nenek aku"

"Adakah kau Sheryll Marine Raque?"

"Ya,aku"

"Adakah kau Ryll,pelindung keturunan Ryll?"

"Ya",suara garau milik Ryll punya kedengaran terkeluar dari mulutku. Dia mengangguk lalu memanah pandangan tajam padaku. Aku meneguk air liur.

"Selamat datang dan selamat kembali di Deathice...."

Jarinya terus memetik lalu semuanya bertukar. Bertukar pada sesuatu.....

Yang menakjubkan! Extraordinary!

Apabila aku melihat mereka semua. Mereka semua sudah berubah termasuk pakaian dan diri mereka. Aku kini tidak terasa gerun lagi. Hanya teruja dan terkejut.

"Selamat datang ke Luciryll Queicy....",katanya dengan suara merdu yang memang kedengaran jelas sambil mengukirkan senyuman yang manis. Aku sedikit terpegun.

"Aku Hazrey Terice iaitu Hilop yang kaya dari Terice...",katanya pengenalan diri lalu menundukkan badan sedikit lalu kesemuanya yang belakang juga menundukkan badan padaku. Aku agak terpegun sedikit

"Rat yot fer war! Quenna Sheryll bio Scahryll guyr Ryll! Kos gwaq jay ya Luciryll Queicy!",jerit Hazrey lantang dan bersemangat lalu yang lain juga turut menyahut dengan bersemangat.

"Quenna Sheryll bio Scahryll guyr Ryll!"

Walau aku tidak memahami tapi terdapat tiga nama yang berkait dan aku kenali. Aku berdiri lalu menjerit dengan lantang dan bersemangat seperti mereka, "Luciryll Queicy!"

Dan mereka menyahut dengan semangat. Aku tersenyum. Aku sukai semangat mereka. Lalu kedengaran bunyi terletus di langit yang indah dan membentuk perkataan 'Luciryll Queicy'.

Dan terletus lagi namun kali terbentuk perkataan lain. 'Quenna Sheryll'. Dan aku pasti itu namaku.

Hai korang,maaf kalau mengecewakan tapi setakat ini saya hanya dapat update 2 minggu sekali. Tapi jika ada cuti yang panjang ,kemungkinan banyak yang saya akan publish. Thanks support me😊

Lost In Ice World LandWhere stories live. Discover now