13 - Buat Kali Kedua

609 27 0
                                    

"Kau orang, jom gerak. Kawasan sebelum ni tengah diperiksa oleh pegawai tentera istana. Aku rasa dia orang dah laporkan tentang kita. Jom",ajak Wardi menganggu perbualan kami yang selesa bersandar dinding gua yang sejuk. Aku dan Meeda berpandangan lalu memandang Wardi serentak.

"Kenapa?" Tanyanya hairan memandang kami. Serentak itu, kami ketawa perlahan mengekek. Lagi berkerut mukanya memandang kami. Alahai kacaknya.

Kami berdiri serentak lalu berjalan menujunya sambil berpegang tangan. "Jom",ajak kami pula. Tanpa menghiraukannya, kami melangkah menuju keluar dari gua.

Wardi mengeluh perlahan. Badannya dipaling menghadap kami yang sedang berjalan. "Kalau nak lepas, kita perlu buat sesuatu..."

Langkah kami terhenti serentak. Terus kami menoleh ke arah Wardi. "Apa maksud awak, Wardi?" Soalku hairan.

Pandangannya serius. "Kita akan dibunuh apabila dijumpai oleh orang yang tak sepatutnya. Untuk teruskan hidup, kita perlu lakukan sesuatu..."

"Apanya",sampukku.

"Dedahkan diri kita pada pihak raja..."

"What? No!" Meeda terus membantah. Aku terpinga.

"Meeda,listen carefully. Lebih bagus kita dijumpai dari pihak istana dari pihak yang tak sepatutnya.."

"Seperti kamu, Wardi!" Jerkah Meeda. Aku berkerut cuba memahami.

"Tapi saya selamatkan kau orang juga kan?" Lembut Wardi berkata.

Meeda melemparkarkan senyuman sinis pada Wardi. "Kalau Sheryll tak selamatkan aku, aku mati sebab kau!" Tengkingannya bergema seluruh gua. Okey, Meeda sangat marah. Aku mengundur ke belakang. Tidak mahu masuk masalah mereka.

"Okay, maaf. Aku tak sengaja, Meeda! Aku perlukan ubat tu. Kalau kau tak lawan dan  bagi kami darah kau, perkara itu tak akan berlaku! Salah kau! Sebab kau lagi ramai mati! Lagi ramai rasa sakit! Antaranya, Sheryll!"

Terkulat aku apabila nama aku dimasukkan sekali. Mereka berdua memandangku dengan pandangan amarah. Aku mengangkat kedua belah tangan sambil menggeleng tidak mahu masuk campur.

"Whatever. Sebab bukan kau seorang cari aku bila tahu keistimewaan aku! Kau tak rasa apa aku rasa bila aku sentiasa diburu!" Anak mata Meeda bertujar warna merah kehitaman dan rambutnya bertukar hitam kemerahan.

"Bukan kau seorang sahaja! Aku pun! Aku sama macam kau orang! Aku perlu untuk selamatkan kita. Darah gabungan tiga warna unik, aku, kau dan Sheryll! Kau memang dasar tak guna, Meeda!". Kini aku rasa perlu masuk campur apabila kelihatan anak mata Wardi dari kelabu menjadi merah darah dan rambutnya bertukar warna hitam juga.

Aku terpegun melihat kekacakkan Wardi apabila bertukar. Dalam masa yang sama aku tidak sangka mereka berdua mampu mengubah warna anak mata dan rambut. Teruja!

"Mari,Wardi. Semalam tak sempat untuk ditunjukkan kehebatan masing-masing.."

Cahaya kuning dan merah gelap keluar dari badan mereka. Aura mereka susah sampai. Aku rasakan rancangan kami akan hancur kerana pergaduhan mereka.

Aku mahu masuk campur tapi mereka sudah berlawan. Takut untuk masuk campur kerana takut terkena sekali. Aku mengeluh dan hanya duduk sambil melihat perlawanan antara mereka buat kali kedua.

Mereka sangat mahu berlawan dan menandingi antara satu sama lain. Mahu tunjukkan kehebatan masing-masing. Aku menggeleng melihat mereka sambil itu memerhati mahu belajar berlawan. Mana tahu kan?

Aku mengeluh apabila Wardi tertembus dinding gua yang beku dan mereka berlawan di luar pula. Aku melangkah mengikuti perlawanan mereka.

Dan apabila aku sudah sampai keluar, muka tenangku ditonjolkan. Terima kasih, Wardi dan Meeda, kita dah berjumpa dengan pegawai tentera istana.

Cahaya mereka berdua sudah lenyap apabila mereka sudah terbaring dengan sebilah anak panah kecil berwarna merah terkena badannya. Aku menggeleng memandangnya lalu membuang pandangan pada pegawai tentera istana yang ramai dan mengepung kami.

Hampir mereka semua sedang memegang senjata sambil memandang aku yang berdiri. Aku mengeluh berat lalu kedua belah tangan diangkat tanda menyerah. Aku turunkan badan lalu melutut di hadapan mereka.

"Saya menyerah",ucapku.

Sebuah senapang melepaskan peluru secara tiba-tiba ke arah aku. Tiba-tiba cahaya biru keluar dari badanku lalu memusnahkan peluru itu. Mereka terkejut memandangku.

Aku mengeluh berat. "Aku menyerah! Ia hanya menjaga saya. Saya tak akan melukai kamu",ucapku.

Sebilah anak panah kecil dilepaskan menuju ke arah aku. Sama seperti tadi. Anak panah itu hancur apabila dilumat dengan cahaya biru.

"I told you early!" Jeritku melepaskan berang.

Seorang pegawai tentera istana yang berbadan tegap dengan wajah bengis menghampiriku. Aku sedia untuk ditahan kali kedua. Ya, kali kedua kerana mereka.

Dia melangkah lalu berhenti pada jarak yang beberapa kaki antara kami. Kedua belah tangannya dihulur lalu cahaya perak gelap keluar dari tangannya lalu menuju ke balakangku. Tangan aku dipaksa kebelakang lalu rasa diikat dengan sesuatu. Aku pasti cahaya perak gelap itu yang mengikat.

Dia memandangku mataku tajam. Mataku rasa mahu terpejam lalu mataku dipejam dan terjatuh ke tanah. Semuanya gelap dan sekali lagi kami ditangkap oleh pegawai tentera istana seperti rancangan Wardi.

Lost In Ice World LandWhere stories live. Discover now