73 - Our last memory of the biggest war become a history (Part 5)

235 15 0
                                    

Gelap.

Semuanya gelap. Tidak kelihatan apa-apa pun. Air mata mengalir mengenangkan apa yang terjadi pada Wardi.

Aku masih betapa terseksanya Wardi dibunuh oleh Mareya. Aku mengepal penumbuk. Aku jatuh terduduk apabila mengingati aku tidak mampu lakukan apa-apa untuk selamatkan kawan baikku dan kekasihku dalam diam.

Ya, betul kata Mareya. Aku seorang yang lemah. Aku memeluk lutut sambil memejam mata dan menangis teresak-esak keseorangan. Tiada Ryll seperti selalu.

Tiba-tiba memori lama terbayang. Memori aku dengan keluargaku. Sudah hampir setahun aku tidak berjumpa dengan mereka. Aku teringat senyuman gembira ibu bercakap tentang percutian namun aku sia-siakan. Air mata sudah bergenang tanpa sedar.

Gelak ketawa adikku yang dilayan acuh tak acuh sahaja. Senyuman bangga ayah padaku ketika aku mendapat tempat pertama dalam peperiksaan. Susana riang bersama keluarga besar namun aku hanya memandang remeh dan menyampah. Aku sia-siakan semuanya.

Baru sekarang aku sedar apabila aku keseorangan dan kesunyian. Aku mensia-siakan apa yang mereka tumpahkan segala kasih sayang mereka padaku.

Sepatutnya aku bersyukur! Mereka tidak pernah mengungkit kematian nenek akibat kecuaianku. Tangisanku semakin kuat.

Aku membuka mata dan aku rasakan aku berada di tempat lain apabila melihat ibuku di hadapan. Mata yang sembab dan hidung yang merah akibat selalu menangis seperti menyeka air mataku.

Aku rasakan seakan ibu memang ada. Aku rasakn segala perbuatan ibu yang menghelus wajahku. Dia memandang mata ku dengan air mata mengalir.

"Sheryll,tolong janji dengan ibu. Tolong jangan mengalah...",ujar ibu sayu lalu menciumku. Aku memejam mata dan air mata mengalir. Aku sangat rasakan ciuman ibu pada dahiku. Aku merakan kasih sayangnya padaku. Betapa besarnya.

"Ibu sayang kamu. Kamu anak kesayangan ibu...",ucap ibu dan saat ini aku merasakan betapa ruginya aku mensia-siakan kasih sayang seorang ibu. Kasih sayang yang tulus.

Aku mengenggam tangan membuat tekad. Aku perlu keluar dari sini. Aku tidak mahu kecewakan ibu lagi setelah sekian lama sebelum ini. Aku tekad. Tanpa sedar sebuah cahaya tersalur pada diriku.

Dalam masa yang sama di medan perang, Tania sudah meluru walaupun dalam kesakitan menuju ke arah Mareya. Aliran cahaya kuning terkena ke arah Mareya sehingga terseret beberapa kaki ke belakang.

Mareya mencerlungnya tajam. Aliran cahaya hitam kemerahan menuju ke arah Tania lalu ditepis dengan aliran cahaya kuning yang mengalir laju ke arah Mareya.

Rona mata Tania bertukar kekuningan yang pekat laju menghampiri Mareya. Mareya menghentak ke tanah beberapa kali dan sempat dielak Tania dengan melompat dan menghilang sebentar.

Apabila tiba, terus Tania menendang pedang Mareya ke tepi jauh dari tuannya. Tania terus memegang kedua tangan Mareya lalu ditendang perutnya  bertubi-tubi sehingga Mareya mengeluarkan darah. Kuasanya disekat oleh kuasa Tania apabila Tania memegang kedua tangannya dengan cahaya kuningnya.

"Fe er tu je ut..."

"Faj re ous...",Mareya terbuntang mata mendengar lafaz pembatalan sihir dari mulut Tania. Tania mengenyitkan mata sebelum menguncinya menggunakan seni pertahanan diri.

"Pengalaman dan sedikit ilmu tidak cukup...",bisik Tania sebelum mengunci kaki Mareya dengan kakinya lalu ditumbuk kuat di tulang belakang dan rusuk Mareya sehingga terbaring. Tania menghentak kuat tulang kaki Mareya dengan kakinya.

Tania menjauhi Mareya dengan nafas tercungap-cungap. "Tinggi ilmu tak bagus juga bila kau jadi bodoh..."

Tiba-tiba badan Tania ke hadapan dan dia merasakan kesakitan yang amat di abdomennya. Dia melihat besi pedangnya sendiri menikam dirinya dari belakang oleh sihir Mareya. Mareya berdiri bersusah payah dan sedang mengawal pedang Tania.

"Tania!"

"Pedang makan tuan apa rasanya?",sinis Mareya bertanya lalu dia mengawal pedang itu agar terpusing namun terhalang apabila aliran cahaya berwarna tiga lapisan biru kelihatan menolak Mareya. Lim berlari mendapatkan Tania lalu dikeluarkan pedang itu dan memapah Tania jauh dari situ.

Seseorang muncul dari kawasan Queicy. Badannya semua berwarna putih biru salji dan memakai pakaian seperti tentera khas yang dipenuhi dengan kilat melilau untuk puteri yang berwarna perak dengan beberapa calitan biru cair. Rambutnya gangsa kemerahan dengan kilat. Matanya berona emas dengan kilat. Badannya penuh dengan serbut kilat yang berkilauan.

Semua orang terpaku dan tergamam siapakah perempuan yang lain daripada lain. Auranya lembut dan menenangkan datang menghampiri Mareya dengan langkah yang perlahan namun laju.

"Ice Princess....",sebut Hazrey tidak percaya. Yang lain yang kedengaran juga turut melihat dengan muka tidak percaya.

Sejuta thun dahulu terdapat ramalan yang popular sehingga kini tentang kewujudan Ice Princess. Seseorang yang sangat kuat dan tak akan ditandingi oleh sesiapa selepas dan sebelum kewujudannya. Seseorang yang dasar hatinya yang sangat baik dan tidak akan pernah berubah memjadi jahat.

Mareya melihatkan itu terus terkejut dan dia tahu kata Ryll itu benar kerana sudah ternyata buktinya dihadapan mata. Tepi Mareya kelihatan rantai dengan loket berbentuk hati yang berkilauan.

Mareya yang terpandang itu terus diambil lalu pisau yang masih ada terselit dibaju di ambil lalu ditikam sehingga tembus ke luar dan dicampak.

Darah tiba-tiba membuak keluar sebelum menjadi hitam sepenuhnya dan bertukar debu. Hilang bertebaran di udara.

"Maria Mykile Jusyo...",lembut nada itu lalu Mareya menoleh ke arah wanita cantik itu. Dia cuba berdiri walaupun tidak setegak dan bertenaga sebelum ini.

Mareya memandang mata yang berona emas itu dengan pandangan tajam. Bibir putih biru salji mengukir senyuman manis. "Will your heart want to change?",tanya wanita itu lembut.

Mareya memandangnya dengan senyuman mengejek. "Why my heart want to change?",soal Mareya mengejek kembali.

Senyuman itu pudar serta merta.

Teaser bab 74 (part1):

"Terseksa?",soal dia sinis lalu cahay biru cair keluar dari kedua tapak tangannya lalu membeku Mareya perlahan-lahan dari bawah. Mareya cuba memecahkannya menggunakan kuasanya namun tidak berjaya. Bdannya terus membeku namun berhenti di lehernya. Mareya memandang dia dengan mata terjegil namun tidak terkesan padanya. Hanya senyuman sinis yang terukir padanya lalu dia menghampiri Mareya.

"Hidup ini bagaikan roda. Ada masa kau di atas dan ada masa kau di bawah. Jangan terlalu mendabik dada dan menongkat dagu kerana tiada yang kekal...",nasihatnya lembut namun mata Mareya masih terjegil sehingga mengeluarkan darah seperti titisan air mata.

Dia mengeluh berat sebelum kepala Mareya terbeku. Dia menepuk ketulan ais yang membeku Mareya lalu pecah berkecai seperti ais di lantai. Ramai yang menyorak kemenangan. Dia menoleh ke belakang lalu melangkah berjalan.

Tanpa disedari oleh mereka sesuatu perubahan....

Teaser bab 74 (part2):

Sebilah besi muncul dari tangan yang mengenggam lalu ditikam pada jantung itu sehingga tertebus ke luar. Darah membuak keluar. Kedua-dua belah tangan memegang jantung yang sudah membeku lalu mengeluarkan cahaya putih sebelum jantung itu meletup lalu mengeluarkan darah kehitaman yang banyak.

Darah kehitaman itu cuma mengalir tanpa menghilangkan dan memberi kesan padanya. Kedengaran sorakan meriah dan kuat dari belakang.

"Ice Princess! Ice Princess! Ice Princess!"

Dia menoleh kembali lalu berjalan menuju ke arah jasad Wardi. Tubuhnya diselubungi dengan cahaya putih yang menyilau. Badan dan baju yang dipakai....

Last teaser. Lagi tiga bab termasuk epilog.

Lost In Ice World LandWhere stories live. Discover now