69 - Nobody can separate my head from my body! (Part1)

249 15 0
                                    

Hembusan angin semakin kuat menghembus kawasan itu. Tiba-tiba angin tertarik kuat bagaikan taufan. Perlawanan mereka terhenti dan sepenuh perhatian melihat ke arah barat Somuyt.

Mata mereka terbelalak tidak percaya. Satu puting beliung besar berpusar-pusar sedang menghampiri mereka. Mereka menjerit bertempiaran berlari.

"Halang dan kawal puting beliung tu!",arah Hazrey lalu aliran kuasanya mengalir menuju ke puting beliung untuk menghalangnya. Beberapa orang juga menolongnya dengan kuasa mereka untuk menghalang dan menghapuskan.

Aku sudah bertukar badan kepada manusia semula lalu aku memandang pada pusaran puting beliung itu. Di sebalik itu terdapat bayang kelibat seperti segerombolan sesuatu puak. Ramai yang berbadan besar dan gagah dari bentuk bayangnya namun terdapat satu bayang kelibat seperti seorang perempuan yang berjalan angkuh dan mendabik dada. Tangannya seperti mengawal sesuatu.

Dan mataku rertunak pada puting beliung itu. Pelik jika tiba-tiba datang kecuali dikawal seseorang! Tangannya bergerak lagi dan terus puting beliung tidak mengambil masa terus berpusar malah lebih besar dan kuat dari tadi. Seorang demi seorang terbang ditarik oleh daya puting beliung itu.

Aku merangkak sambil mencengkam kuku kaki dan tanganku yang bertukar kepunyaan beast pada tanah. Wardi yang hampir ditarik terus digapai lalu ditarik mendekatiku tetapi daya angin itu lebih kuat. Aku terus berusaha menahan.

"Tahan, Wardi. Cuba cengkam!". Wardi akur dengan kataku lalu cuba mencengkam apa-apa yang ada. Aku cuba menahan dan menariknya pada tanah namun badanku semakin tertarik ke puting beliung.

"Arrrgghhh! Tooolllooong!",jerit seseorang dan dia terus mencengkam tubuhku. Aku mengigit bibir menahan. Kaki dan tanganku sudah rasa pedih menangkis tanah yang tertarik walaupun menggunakan kuasa beast. Aku melihat sekeliling. Tinggal kami bertiga.

Aku menarik nafas dan menghembus perlahan sambil memikirkan apa yang patut dilakukan. Aku memandang Wardi serba salah. Dia senyum lalu mengangguk tanda memahami. Aku perlahan-lahan melepaskannya dan air mataku jatuh serentak dia sudah tertarik.

"Maaf...", terus aku menepis cengkaman di badanku lalu dia tertarik sambil menjerit meminta pertolongan. Aku menunduk.

"Ryll,kawal aku...",pintaku sambil memejam mata dan menahan pada tanah.

Cahaya warna hijau pekat menyelubungi tubuhku. Akar besar dan tebal yang tersembunyi tanah muncul di permukaan menghampiri puting beliung itu. Kuku kaki dan tangan tajam dan besar serta tebal seiring bertumbuhan rangka dan daging tangan dan kaki yang besar,tebal serta berat.

Ekor muncul di belakang meliuk lentok. Lidah panjang terjelir. Kulit badanku bertukar kulit bersisik. Mataku tercelik dan berona kuning kehijauan.

Aku merangkak laju mengejar akar yang laju bergerak. Perubahan tubuhku menyebabkan aku mudah berlari dan mencengkam dengan lebih stabil. Aku melompat dan serentak itu akar yang berlari membelit tubuhku lalu aku melekat pada puting beliung seperti cicak dengan kuasa halimunan terdapat dinding yang menjadi tempat lekatanku.

Tubuh yang berbalut akar hijau naik ke atas. Lolongan meminta pertolongan dan beberapa jasad yang berputar diendahkan. Lubang di tengah puting beliung itu menjadi tempat dia menerjun.

Gelap.

Bunyi lolongan orang menangis dan meminta pertolongan kedengaran.

Akar hijau itu terus mengalir ke bawah lalu mencengkam tanah agar tidak dia juga turut berpusing. "Pi uv yorte ferghq opgfs jusdgt kea rhih!"

Cahaya putih dengan sedikit lapisan perak mengalir di sekeliling tubuhnya sebelum membesar dan membesar sehingga mengena puting beliung.

Bagaikan benang yang terputus. Pusaran angin semakin berkurang dan berkurang. "Hilop en me ar ja!",jeritanku bergema lalu terus cahaya biru pekat  meledak bersama sisa cahaya putih lalu memusnahkan puting beliung ciptaan itu.

Aku jatuh terbaring di atas tanah. Cahaya biru masih bergemerlapan lalu mengalir pada tubuh yang jatuh di tanah. Nafasku tercungap-cungap kerana lelah. Mataku terkelip-kelip memandang angin yang mendung.

Walaupun penat dan sakit digunakan oleh Ryll apatah lagi sudah dua kali menggunakan kuasa terkuat menyebabkan diriku tidak bermaya dan bertenaga. Tenagaku digunakan secara berlebihan.

Seseorang wanita cantik dan elegen dengan pakaian megahnya kelihatan pada pandangan mataku. Aku terkebil-kebil memandangnya. Rambut putih kebiruan bersalji dan mata berona merah darah merenungku tajam. Pedangnya kelihatan dan bagaikan dia bersiap sedia mahu memenggal.

Aku seorang diri sahaja yang paling dekat dirinya. Mungkin aku adalah mangsanya. Mungkin ini masanya. Aku tidak mampu berlawan. Aku memerhati tingkah lakunya dengan pandangan kosong.

Pedang dihayun menuju padaku.

Aku memejam mata.

Teaser bab 70 :

Hazrey mengeluh berat. "Aku cintakan kau tapi kau cari benda yang salah. Aku cintakan Maria Mykela Jusyo bukan Mareya Tcevile Dēclóus! Kau bukan Maria yang aku cintai yang baik hatinya! Kau Mareya ahli sihir paling jahat...",balas Hazrey lantang.

Mareya menggigil sambil mengenggam penumbuk. Mata terjegil menahan marah. Tiba-tiba darah mengalir keluar dari soket matanya. Hazrey membuat satu penghalang halimunan antara mereka.

"Maria dah lama mati!",ujarnya kuat lalu dia bagaikan kilat menghampiri Hazrey lalu menghayunkan pedang padanya. Mereka berlawan dan sangat sengit perlawanan pedang antara mereka. Setiap pertembungan akan mengeluarkan debu hitam.

Akhir sekali, pedang Mareya menghentak pedang Hazrey kuat sekali sehingga Hazrey terseret jauh. Hazrey berlari halimunan namun disedari oleh Mareya lalu Mareya menghentak pedangnya sehingga tanah retak terus membuatkan Hazrey tercampak jauh.

Lost In Ice World LandWhere stories live. Discover now