65 - Ice princess

256 18 0
                                    

Aku menapak ke luar khemah sambil kedua-dua tapak tanganku dilihat teruja dan hairan. Macam mana aku boleh ada kuasa sebegitu tanpa pertolongan Ryll. Bertanya pada Ryll pun bukan dapat dijawab. Aku mencebik dengan perangai Ryll.

Aku berjalan lalu menghampiri sungai yang sangat jernih. Aku melutut di pesisir sungai lalu menggelamkan tangan di dalamnya. Sungguh sejuk sehingga aku tanpa sedar memejamkan mata.

Aku terbayangkan sesuatu. Aliran cahaya biru cair yang membekukan sesuatu. Sesuatu yang cair.

Tiba-tiba tanganku mengeras tidak boleh bergerak dan bunyi bising membuatkan aku membuka kelopak mata. Sekarang,sungai dihadapanku sudah beku dan kelihatan sangat cantik serta berkilau warna biru.

Aku teringat keluargaku di dunia sana. Kawasan yang dilalui olehku pecah lalu semuanya menjadi gelap setelah aku tidak dapat menahan rasa kesejukannya yang teramat serta tidak kuat untuk melawan dan berenang.

"Sheryll"

"Ya?!",lamunanku tersentak dengan tepukan dibahu dan panggilan namaku. Aku menoleh lalu memandang Hazrey hairan. Tanpa aku sedar,aku dapat mengeluarkan tangan dari situ apabila air yang membeku di sekelilingku mencair.

Hazrey melihat sungai yang sudah beku bersilih ganti dengan diriku. Keningku terjongket melihat perbuatannya.

"Kenapa,Hazrey?"

"Kau okey?"

Aku memandangnya pelik. "Haah,okey. Kenapa?"

"Kau ke yang bekukan sungai ni,Sheryll?",soal Hazrey lalh mwnjeling pada sungai yang sudah beku. Aku turut menoleh memandang sungai itu. Aku menelan air liur.

"I don't know,Hazrey. Why suddenly tangan aku boleh buat benda ni, aku pun tahu. Do you know anything?",ujarku sambil membelek kedua-dua belah tanganku lalu memandangnya penuh berharap.

Hazrey menyentuh tanganku lalu mengusap tapak tanganku. Aku hanya memerhati tingkah lakunya.

"Kau ada kuasa tersendiri dalam diri kau yang kau tak tahu. Kau hebat. Ais,air dan hilop,gabungan yang terbaik,Sheryll. Jangan sia-siakan kuasa kau....",balas Hazrey lalu memandang tepat ke arah mataku.

Dan sekilas bayangan Hazrey hilang. Aku memandang sekeliling. Aku tahu aku di mana. Adakah aku sudah balik? Senyuman gembiraku terukir namun pudar apabila memikirkan tentang peperangan yang bakal tiba tetapi aku sudah tiada.

Aku berjalan berhati-hati di atas tasik yang sudah beku. Aku ingat ini adalah terakhirku sebelum masuk ke dunia Ice World Land. Langkahku terhenti apabila melihat diriku sendiri dengan pakaian sebelum ini sedang tenggelam dalam lubang yang sudah pecah.

Terus aku memecahkan lagi agar luas lubang itu lalu terjun ke dalam. Aku mencapai jasad diriku sendiri lalu berenang ke atas. Sejuk mana pun aku perlu hadapi, tetapi aku mampu untuk berenang dan bertahan.

Aku sampai ke permukaan lalu mengeluarkannya dan meletakkan ke atas. Aku juga turut naik lalu menghampiriku jasad diriku. Aku hampir menumpahkan air mata apabila melihat apa yang terjadi pada jasadku.

Bibir dan muka sudah kebiruan sehingga kelihatan tiada darah dan membeku. Suhu badannya sangat sejuk kerana mekanisme pembetulan tidak mampu mengubahnya pada normal.

Aku memeluknya dan dagu disangkutkan pasa bahunya. Dia tisak dapat bergerak dan aku tak mahu dia mati. Kerana aku adalah dia dan dia adalah aku. Adakah aku akan mati jika dia mati?

"Sembuhlah,diriku...."

Cahaya biru muncul di badanku lalu mengalir ke badannya. Semakin lama semakin banyak dan kuat aliran cahaya itu berjalan.

"Sembuhlah diriku....."

Dan cahaya biru bagaikan meletup di kawasan situ sehingga meresap di kawasan lain. Tasik beku itu semakin kukuh dan salji menurun semakin lebat. Cahaya itu berkembang dengan laju sehingga lah aku membuka mataku.

Depanku masih Hazrey yang masih memandang mataku tepat dan menyentuh tapak tanganku. Aku terkebil-kebil memandangnya.

"Apa yang terjadi tadi?". Hazrey mengukir sebuah senyuman yang sukar ditafsir.

"Kau nak tahu suatu fakta tak?",soalan dibalas soalan. Walaupun aku masih hairan namun aku mengangguk sebagai balasan.

"Akan lahirnya seorang berkuasa di Ice World Land malah di dunia ini. Dia memiliki hampir kesemua kuasa orang lain dan tiga kuasa istimewa yang bergabung. Dia digelar Ice Princess. Do you want to know why everyone call her Ice Princess?",cerita Hazrey sambil kami berjalan. Aku menoleh ke arahnya, "why?"

"Dia ada kuasa ais dan diketahui berasal dari Ice World Land. Dia juga hilop. Dia mampu sembuhkan satu negara dan dunia dalam masa yang sama. Dia boleh hidupkan orang kembali hanya dengan kuasanya.

Dia boleh kawal hujan dan salji. Dia boleh kalahkan kesemua orang yang memiliki kuasa yang tinggi dan handal seperti Mareya Tcevile Dēclóus,ahli sihir paling berkuasa namun she died. Banyak lagi but I don't remember to much. Dan saya rasa dia dah lama lahir dan sedang menonjol",kata Hazrey lalu dia berhenti melangkah sambil memerhati langit yang mula kelam dan gelap.

"Siapa?",tanyaku teruja dan Hazrey hanya diam.

"Siapa?"

Hazrey memandangku dengan senyuman yang sukar ditafsir. "You will know who is she,okay",balas Hazrey bersahaja.

"Okey", balasku lalu kami berdua berdiam sebentar. Tiba-tiba otakku terfikir sesuatu tentang peperangan

"Di mana tempat peperangan kita?",soalku mahu tahu.

"Di sempadan daerah Queicy dengan perkampungan Kaum Retunrijki, dipanggil Somuyt. Tempat berperang besaran dari dulu lagi"

"Somuyt",sebutku perlahan.

"Adakah cukup kita punya tentera,Hazrey?"

"Rasanya cukup jika terlatih,Quena. Tentera bawah Yanka dan tentera bawah kita untuk melawan mereka. Tetapi mungkin....",kata Hazrey terhenti apabila melihat Meeda atau Tania yang sedang membelai seekor beast yang liar.

"Mungkin...?",tanyaku lalu memandang pada arah pandangan Hazrey.

"Mungkin kita boleh minta pertolongan haiwan jika perlu nanti...",sambung Hazrey lalu aku mengangguk sebagai balasan.

Lost In Ice World LandWhere stories live. Discover now