4 - Ice World Land

725 43 1
                                    

Daerah Sepuluh, Fantice,Ice World Land

Sheryll pov

Silau,sakit mata apabila aku membuka mata setelah lama terpejam. Seluruh badanku terasa sejuk. Menggeletar. Aku cuba untuk duduk dan melihat sekeliling.

Di manakah aku?

Memori terakhir aku berada sebelum ini adalah aku terjatuh ke dalam tasik yang sudah pecah aisnya. Namun sekarang aku rasakan aku di tempat berbeza. Sangat berbeza.

Lantai yang menampung badanku dirasai. Lain rasanya. Lantai ini berwarna biru gelap yang berkilat dan terang sama seperti loket pemberian nenek.

Rantai pemberian nenek!

Apabila teringat akan rantai itu terus diraba leher. Ya,masih ada. Loket yang disorokkan kedalam baju dikeluarkan. Masih cantik. Berkilau sama seperti lantai ini walaupun agak kesat dan kasar.

Lagipun di mana kah aku sekarang? Yang pasti bukan vila besar milik keluarga auntie Vaneesa. Tempat yang sangat berbeza dan mungkin jauh.

Aku berdiri dan melihat sekeliling. Apabila aku pusing ke belakang, aku pasti aku berada di tempat yang lain. Tetapi tidak masuk akal! Adakah ini halusinasiku saja?

"Cantiknya..."

Depanku kini terdapat banyak bangunan tidak kira tinggi mahupun rendah dengan binaan yang cantik. Kelihatan semua bangunan diperbuat daripada kristal berwarna putih dan biru cair dengan sangat berkilat. Sangat cantik sampai sukar untuk diberitahu.

Bangunan banyak-banyak itu seperti  dalam satu kelompok dimana terletak diantara dua buah gunung yang tinggi. Gunung itu semua diselaputi salji yang agak tebal. Bangunan itu juga diselaputi salji namun nipis.

Aku melangkah menuju ke kawasan itu. Aku sangat mengagumi binaannya yang menarik dan lain daripada lain. Kelihatan juga dua bangunan yang rendah dan panjang bertentangan di sebelah kiri kawasan ini. Di tengah itu kelihatan ramai orang sedang melakukan pelbagai kerja.

Aku rasa aku mahu menuju ke situ dahulu dan mahu bertanya di manakah aku sekarang dan bagaimana aku mahu balik. Kaki melangkah dengan lebih bersemangat. Namun sebelum sampai dan masuk ke dalam kawasan ini,aku terlihat sebuah papan kayu terpacak sebelum memasuki kawasan ini.

śéľãmāț ďāťåñğ
Daerah Sepuluh, Fantice

Selamat datang,itulah ayatnya namun diukir dengan tulisan yang pelik namun dapat difahami. Bukan ukiran yang pelik sahaja yang terdapat di situ, ukiran itu diwarnai dengan warna merah pekat seperti darah yang membezakan ukiran itu dengan papan kayu itu.

Aku hanya menelan air liur. Tiada apa yang patut ditakuti. Hanya papan kayu dan warna merah. Hanya itu sahaja.

"Daerah Sepuluh, Fantice? Nama tempat ini ke?" Terus matanya dialihkan pada kawasan itu dan kaki bergerak melangkah menuju di belah kiri kawasan ini untuk pergi ke tempat yang seperti ramai kunjungan.

Lost In Ice World LandWhere stories live. Discover now