75 - My endless lovely

367 21 0
                                    

Last bab berfore epilog. Enjoy!

Di saat keperitan,
Ku sangka akan ada jalannya yang bahagia,
Namun sangkaanku jauh tersasar,
Diberi bahagia yang lain.

Kenangan gembira dan pahit,
Menggamit,membunuh jiwa kosong ini,
Aku bagaikan di tengah laut,
Di tarik ke dasar,
Namun aku perlu berenang mencapai permukaan,
Pilihanku di tangan,

Jika aku ke dasar,
Aku akan terperangkap selama-lamanya,
Dan kesayanganku di permukaan menunggu kepulanganku dengan kesedihan,

Tetapi jika di permukaan,
Aku tidak menemui segalanya apa yang berada di dasar,
Kerana aku tidak mampu kembali,

Tetapi aku berdoa agar aku mampu,
Berenang ke permukaan,
Membetulkan kesalahan silamku,
Mengubah hidup diriku menjadi lebih baik,
Dan apabila tiba masanya lagi,
Aku akan ke dasar,
Bertemu dengan orang yang menyayangiku dan disayangi,
Walaupun hanya sebuah jasad yang kaku.

Kelopak mata terbuka memandang siling putih. Kelam kelihatan sekelilingnya walaupun berlampu terang. Dia mengelipkan mata berkali-kali sehingga jelas. Bau dan keadaan sekeliling menunjukkan tempat yang sangat dikenali,hospital.

"Ibu! Ayah! Kakak Sheryll dah sedar!"

Suara budak kedengaran gembira memanggil seseorang di luar. Dia tidak mampu melihat siapanya cuma sekarang aku merasakan sakit tekak.

"Air... air..."

Cawan di tepi cuba digapai namun terjatuh ke bawah namun jatuh. Nasib baik bukan cawan kaca.

Dua orang wanita masuk ke dalam bilik ini. Seorang memakai kot doktor dan seorang lagi memakai blouse bersama seluar slack. Dia sangat mengenali orang yang muka putih pucat dan sembab dan mata berona hazel.

"Ibu....",sebutku lalu air mata mengalir. Ibu meluru padaku dengan air mata mengalir lalu mencium Sheryll bertubi.

"Ibu...Sheryll sayang ibu. Ibu tak akan sia-siakan kasih sayang ibu lagi. Sheryll sayang ibu...",ucap Sheryll sayu sambil menyeka air mata ibu.

Ibu hanya tersenyum sambil menahan tangisan memandang Sheryll. Terbit sinar gembira pada matanya apabila anaknya,Sheryll sudah sedar.

💙💙💙

Musim berganti musim. Bayu yang sejuk menghembus lembut. Menyapa tubuhnya yang terdedah. Gaun singkat berwarna perak bersulam mengingatkannya pada sesuatu peristiwa tidak boleh dilupakan.

Sudah berbulan dia meninggalkan dunia Ice World Land. Rindu sudah terpaut pada hati. Risau juga turut tertanya terutama Wardi. Dia mengeluh berat.

Dia tidak tahu adakah Wardi masih hidup lagi dan bagaimana keadaannya. Dia juha tidak tahu bagaimana keadaan Ice World Land dan kawannya kini. Dia merinduinya semua tetapi dia tidak tahu bagaimana mahu muncul kembali menemui mereka.

Subang flake pemberian nenek dipakai dipegang. Dia memakai mengharapkan ada sesuatu kejadian terjadi sebelum ini yang menemui mereka tetapi tiada apa-apa terjadi sehingga kini. Dia mengeluh sebelum membuang pandangan pada pantai yang indah itu.

Namun dia perlu bersyukur. Dia sudah sedar setelah empat bulan koma kerana dirinya ditemui bagaikan membeku apabila terdampar di tepi lubang tasik yang pecah berhari-hari. Apabila pulang dari percutiaan yang dilanjutkan hari, dia ditemui dengan muka pucat kebiruan dan badan yang terlalu sejuk. Nafas tidak dapat dirasai dari hidung. Degupan jantungnya juga tidak kedengaran dari luar badan kerana terlalu lemah.

Namun harapan untuk dia hidup masih ada cuma mengambil masa. Dan sepanjang itu,keluarganya yang tercinta menunggunya dengan setia. Kasih sayang yang tidak terhingga.

Tidak mengapalah.

Dia berdoa dan berdoa setiap hari agar tuhan memakbulkan doanya untuk berjumpa mereka lagi dan dipanjangkan umur mereka. Walaupun aku tidak tahu mereka adalah fantasiku atau realiti yang terselindung?

Dia mengukir senyum lalu menyambung berjalan sambil mengingati memorinya sebelum ini.

Lost In Ice World LandWhere stories live. Discover now