74 - Willing yourself to be a good person is hard than change other's (Part 6)

277 18 0
                                    

"Again,Mareya. Do you want to change?"

"No and never",angkuh Mareya berkata.

Aliran cahaya warna api muncul membakar gaun peraknya sebelum bertukar gaun singkat berwarna api berbulu pelepah di hujung. Matanya bersinar kemarahan. Aura menyeramkan muncul di sekitarnya menghangatkan.

Angin yang menyapa tubuh terasa hangat bakar yang panas. Langit semakin gelap. Dia mengeluarkan aliran cahaya warna biru pekat menuju ke arah Marey sambil berkata, "lawan atau mati..."

Tangan sebelahnya lagi dikeluarkan lalu mengalirkan aliran cahaya biru cair dan mengalir pada tanah yang bertukar pelbagai warna oleh Mareya dan bertukar kembali kepada asal. Tanah berpasir dan bersalji.

Mareya merasakan badannya bertenaga. Tulang yang retak disambungkan kembali dengan lebih baik. Daging yang terluka bercatum kembali. Dia berdiri tegak lalu menangkap pedangnya yang datang ke arahnya.

"I rather to fight you than give you that fucking respect to you as a weak queen...",angkuh Mareya berkata lalu memulakan langkah berlawannya.

Pedang dihayunkan kepada musuhnya. Dia mengelak lembut dan perlahan. Bertubi-tubi namun dapat dielak dengan pantas. Mareya bersungguh-sunggu mencari titik kelemahan lawannya dan berlawan.

"My turn...",ucapnya lalu terus tubuh Mareya berhenti tidak dapat bergerak lagi.

Dia berlari menghampiri Mareya lalu menendang perut Mareya kuat sehingga tercampak jauh. Dia terus menghentak tanah membuatkan tanah di bawah badan Mareya muncul meninggi lalu mencampakkan tubuh Mareya ke hadapannya semula seperti sebelum ini.

"Terseksa?",soal dia sinis lalu cahay biru cair keluar dari kedua tapak tangannya lalu membeku Mareya perlahan-lahan dari bawah. Mareya cuba memecahkannya menggunakan kuasanya namun tidak berjaya. Bdannya terus membeku namun berhenti di lehernya. Mareya memandang dia dengan mata terjegil namun tidak terkesan padanya. Hanya senyuman sinis yang terukir padanya lalu dia menghampiri Mareya.

"Hidup ini bagaikan roda. Ada masa kau di atas dan ada masa kau di bawah. Jangan terlalu mendabik dada dan menongkat dagu kerana tiada yang kekal...",nasihatnya lembut namun mata Mareya masih terjegil sehingga mengeluarkan darah seperti titisan air mata.

Dia mengeluh berat sebelum kepala Mareya terbeku. Dia menepuk ketulan ais yang membeku Mareya lalu pecah berkecai seperti ais di lantai. Ramai yang menyorak kemenangan. Dia menoleh ke belakang lalu melangkah berjalan.

Tanpa disedari oleh mereka sesuatu perubahan pada pecahan ketulan ais itu. Ia mengeluarkan asap hitam sebelum hilang sebegitu sahaja.

Berjalan menuju jasad Wardi yang dibunuh kejam oleh Mareya sedang terbaring. Air mata menitis lalu jatuh menjadi salji berbentuk flake.

Setiap langkahnya diikuti dengan ketulan ais yang tebal dan cantik di belakang. Dia duduk melutut dihadapan jasad Wardi lalu menangis teresak-esak.

"Hati-hati!"

"Arrk...",badannya ke hadapan apabila tubuhnya ditikam sesuatu. Sesuatu yang besi dan memutuskan dagingnya yang bercantum. Matanya bertukar separuh merah.

Besi pedang yang tersembul di hadapannya dipegang lalu terus menjadi abu. Dia berdiri lalu menolak Mareya sehingga terseret jauh. Terus dia berlari ke arah Mareya dan api membakar mengikuti langkahnya.

Setiap tendangan,sepakan dan tumbukan dielak sebaik mungkin oleh Mareya. Mareya membuat serangan namun ditepis mudah.

Namun sebuah tolakan kuat dari serangan dia kepada Mareya menyebabkan Mareya tercampak jauh. Tanpa menunggu masa yang lama, terus dia berlari menghampiri Mareya.

Lost In Ice World LandWhere stories live. Discover now