33 - Kisah Kaum Retunnrijki

447 26 4
                                    

"Saya akan berjumpa dengan ketua kaum Retunnrijki dan berdiplomasi dengannya, Raja",cadangku sebagai langkah pertama.

"Saya harap kamu berjaya,Sheryll",balas Raja Jahyin setelah berdiam seketika. Aku mengangguk sambil mengukir senyuman manis.

"Kamu akan bergerak esok. Bersurai",dingin arahan Permaisuri Yanka sebelum dia beredar dari situ diikuti dengan Raja Jahyin.

Dan hari keesokkannya, seperti arahan Permaisuri Yanka, kami bergerak ke Parkempungan Kaum Retunnrijki dari istana. Perkampungan kaum Retunnrijki terletak di sempadan negeri Deathice yang berada di naungan negeri IcyFancy yang kini sudah huru-hara akibat sumpahan yang sudah dikenakan pada pemerintahnya, Puteri Jayyanie.

Sepanjang perjalanan kami bertiga berbincang tentang apa yang akan dirancang dan bercerita tentang kaum Retunnrijki.

"Tapi peliknya, Kaum Retunnrijki tidak musnah seperti kaum lain. Selepas kemusnahan negeri Deathice, IcyFancy menjadikan perkampungan mereka sebagai antara salah satu perkampungan di IcyFancy. Benda itu menjadi antara salah satu yang tidak dapat diuraikan. Pernah menjadi berita yang tajuknya ditulis, 'Kemajuan Kaum Retunnrijki dan Kemusnahan Deathice'.

Menarik artikel itu. Mereka agak kasar dan tidak mesra dengan kaum yang lain. Kampung,pakaian dan adat mereka berbeza dari yang lain. Sangat menarik kebudayaannya. Mereka adalah kaum yang paling berani. Mereka akan berjuang sampai mati selagi kaum mereka tidak musnah.

Tetapi ada satu sifat buruk mereka. Mereka lebih gemar musnahkan kaum lain atau orang lain agar kaum dan diri mereka tidak derita dan musnah. Mereka paling pandai berselindung disebalik topeng malaikat.

Saya pernah baca sebuah artikel yang bertajuk, 'Dwendwam Retunnrijki' tetapi dalam bahasa kaum Retunnrijki. Saya faham. Dendam mereka adalah kerana kisah berabad dulu sebelum zaman kegelapan Ice World Land dan dikaitkan dengan pemusnah negeri Deathice",terang Meeda dengan info yang padat tentang Kaum Retunnrijki. Kami berdua mengangguk.

"Kaum Retunnrijki agak ramai dan luas kawasannya. Dianggarkan lima kali ganda kawasan bandar besar. Tetapi tidak semua diiktiraf dan dikatakan separuh darinya adalah kawasan larangan dan kawasan ghaib",baritahu Wardi pula menambahkan info.

"Dan dikatakan Kaum Retunnrijki ialah kaum paling misteri dan sangat mempercayai kepercayaan mereka. Dulu pernah negara ini digemparkan dengan kaum mereka dan kini digemparkan sekali lagi",celah Meeda pula.

"Kalian tahu siapa pengkhianat yang memusnahkan daerah Deathice?",soalku yang tidak berkait dengan kaum Retunnrijki. Dan tiada jawapan yang aku kedengaran dari mereka. Hanya muka mendung mereka sahaja kelihatan.

"Sebaiknya awak tak perlu tahu, Sheryll",ucap Meeda dan memutuskan penceritaan dan perbincangan kami. Kini aku menyesal bertanyakan soalan itu.

Dan apabila sampai disempadan IcyFancy, kereta yang dipandu oleh pemandu dari istana berhenti. Kami memandang pemandu itu dengan pelik. Dia memandang kami serba salah.

"Maafkan saya tetapi kawasan ini huru-hara dan di tangan pemberontakan yang besar-besaran. Kereta tidak boleh masuk,kalau tidak akan dibakar oleh pemberontak",beritahu pemandu itu serba salah. Kami mengangguk mengerti.

"Baiklah, kami turun. Terima kasih ya",ucapku lalu kami turun dari kereta itu dan menghadap sebuah jambatan kayu panjang yang memisahkan antara dua negeri.

"Agak jauh juga nak pergi ke sana, Sheryll. Kita terpaksa lalui kesemua daerah untuk menuju ke sana. Perkampungan itu berada di hujung negeri IcyFancy, bersempadan dengan Deathice",kata Wardi untuk mengingatkan kami tentang jarak dari sini ke sana. Aku berfikir seketika.

"Why we don't take time before meet them?",ujarku sambil mengukirkan senyuman yang bermaksud. Mereka agak terkejut mendengar kataku. Aku ketawa melihat reaksi mereka.

"Don't worry. Kita akan melihat huru-hara di negeri ini dan mana tahu kita akan bantu mereka lalu dapat membantu kita kan? Lagipun ambil pengalaman sebelum sampai di sana. Apabila kita rasa cukup, kita pantaskan gerakan kita menggunakan portal seperti hari itu",beritahuku tentang cadangan yang tiba-tiba muncul di benakku. Aku memandang mereka meminta pendapat dan mereka hanya mengangkat bahu tanda tidak kisah. Aku hanya tersenyum kecil melihat gelagat mereka.

"Let's go babe",kataku lalu kami menyeberang jabatan kayu itu. Walaupun agak takut apabila melihat cerun yang agak dalam namun tidak sedalam cerun di istana Luxice. Kami memberanikan diri berjalan tanpa rasa gayat walaupun ketakutan selalu menghimpit jiwa kami. Dan akhirnya perjalanan kami berakhir. Aku tersenyum namun pudar apabila melihat di hadapan.

Sebuah kebakaran yang besar berlaku di sebuah kampung di sana. Asap hitam berkepul-kepul. Baru aku sedar di sini, malam sudah menjelma manakala di sana tadi matahari baru memperlihatkan diri mahu terbenam.

Aku kedengaran suara ramai menjerit dan menangis. Kanak-kanak merintih kesakitan manakala wanita-wanita merayu-rayu dan kedengaran jeritan kesakitan dari lelaki-lelaki. Suara itu kedengaran seperti masa dahulu semasa aku mahu menyelamatkan Haura. Aku terkaku di tempatku.

"Sheryll,awak kenapa?",bahuku dicuit dan disoal risau oleh Meeda. Aku memandang mereka berdua.

"We need to help them!",kataku lalu menunjuk pada kebakaran yang berlaku di hujung sana. Tanpa mendengar kata mereka terus aku berlari meluru ke arah sana dengan perasaan risau menyelubung. Mereka juga terpaksa mengikut. Aku tak nak orang yang tidak bersalah mati!

Mati seperti nenek!

Lost In Ice World LandWhere stories live. Discover now