51 - Permulaan

282 20 1
                                    

"Semasa perjalanan menuju ke kampung yang tak pasti mana dulu aku mahu pergi. Aku terserempak dengan satu kumpulan manusia yang membuat perjumpaan. Tidak ramai. Empat hingga lima orang. Di kawasan jauh dari ramai orang dan waktu tengah malam...."

Bunyi cakap-cakap orang menghentikan langkah Ryll dalam halimunan. Dia menukar langkah ke arah suara yang sedang bercakap-cakap. Terdapat lima orang lelaki masing-masing memakai baju rasmi yang cantik dan mewah.

"Aku tak mahu desaku hancur! Kau bayar sebanyak mana pun aku tidak mahu!",marah seorang lelaki yang berpakaian hitam segak dengan muka bengis. Sarung yang berisi duit ditepis sehingga jatuh.

"Jangan begitu, Ihtidam. Merana hidup mu juga keluarga mu. Aku tidak mahu jadi begitu. Baik saja kalau kalian memilih kaum kami memimpin kalian. Tak begitu,Ihtidam?",seorang lelaki perut buncit berpakaian mewah memandang lelaki yang bernama Ihtidam tadi dengan senyuman sinis.

"Aku tak menyesal. Mari,Danny!",ujar Ihtidam tidak gentar lalu beredak dengan pemuda segak yang lebih muda. Mereka lagi tiga orang hanya memandang mereka dengan pandangan amarah dan dendam.

Ihtidam dan pemuda yang bernama Danny itu mula berjalan dan semakin laju. Ryll masih mengijut dengan kuasa halimunannya yang tidak dapat dilihat. Tiba-tiba mereka berhenti berjalan lalu memandang sekeliling. Ryll menghentikan langkahnya.

Mereka berdua tiba-tiba menjerit dan sesuatu perubahan berlaku pada tubuh mereka. Tubuh mereka semakin membesar dan berwarna merah. Ekor,kuku dan taring yang tajam dan besar muncul juga. Ryll akan teruja dan terkejut melihatkan perubahan itu.

Seketika lalu mereka berdua berlari laju di kawasan berbukit yang bersalji. Ryll yang masih budak-budak cuba berlari mahu mengejar mereka berdua yang laju. Akhirnya dengan bantuan kuasa, Ryll berjaya sampai di sebuah perkampungan iaitu perkampungan Biggies.

"Wah,uniknya!",jerit Ryll keterujaan melihat sebuah kampung itu. Dia masuk ke kampung itu namun kuasa halimunannya sudah ditutup. Dia muncul dengan identiti seorang kanak perempuan comel yang tersesat. Bermata biru biasa dengan rambut coklat keperangan.

Ryll seorang kanak namun memikirkan strategi untuk mendapatkan mereka yang teristimewa di situ dan antaranya ialah Half Beast seperti tadi namun sudah hilang jejak. Dia meliarkan pandangannya dan pandangannya tertancap pada dua orang lelaki tadi.

Dua lelaki yang bertukar tadi sedang bermual mesra dan bergurau senda dengan seorang wanita cantik dan seorang budak perempuan sangatcomel dan unik.

Ryll tersenyum manis apabila mengatur pelannya. Dia akan mendapatkan lima jantung half beast dan antaranya ialah mereka berdua. Senyuman dan hasrat disimpan dulu. Ryll terus berjalan seperti biasa sambil meliarkan pandangan untuk merancangkan strategi.

"Pada malam hari itu aku mahu mendapatkan jantung mereka dan sesuatu kejadian terjadi...."

Ryll berjalan senang menuju ke perkampungan Biggies namun terkejut apabila melihat api membara membakar rumah di situ. Ramai orang bertempiaran mencari tempat yang selamat dan dalam masa yang sama banyak mayat bergelimpangan sma ada sudah hangus ataupun berdarah.

Kuasa halimunan dibuka sebagai pertahanan. Segera Ryll masuk ke kampung itu. "Aku perlu dapatkan jantung yang baru dari Half Beast!"

Api yang membara tak dapat menghanguskan atau menjilat badannya kerana antara salah satu kekuatan kuasanya. "Aku perlu cepat!",segera Ryll melajukan langkah sambil meliarkan mata.

Seekor beast yang rasakan bukan binatang tidak perasan kayu rumah sedang dijilat api patah ke arahnya. Terus Ryll menunding jari ke arahnya lalu seekor lagi datang menyelamatkannya namun mereka berdua sudah terperangkap. Terperangkap dengan kuasa hitamnya yang melindungi mereka dan mengurung mereka. Asap hitam mengelilingi mereka lalu memghilang bersama mereka.

"3 left"

Ryll masih jalan walaupun api semakin marah menjilat tanah perkampungan ini seperti mahu memusnahkannya. Jeritan kuat yang sedang mengarah untuk menyelamatkan seseorang membuatkannya menoleh.

Ryll tersenyum gembira. Lelaki siang tadi dan pemuda tadi yang tidak jauh segera diperangkap dengan kepulan asap hitam. Ryll ketawa sedikit lalu berjalan mencari seorang sahaja lagi.

Tiba-tiba bunyi bom dari luar menghempas kawasan berdekatan dengannya. Dia terkena tempias sehingga terpelanting. Bunyi bom kedengaran beserta senjata lain di luar sana. Ryll mendengus geram.

Tangannya menghala ke arah pintu masuk perkampungan ini lalu asap yang semakin besar mengalir ke sana . Tangan digerakkan ke atas dan berhenti di pintu belakang perkampungan ini.

Kawasan kampung ini semakin malap yang diterangi api membakar. Ramai yang terperangkap di sini. Perkampungan ini sudah dikepung dengan kepulan asap hitam yang menjaga dari letusan bom datang menyerang. Ryll masih mencari mangsa.

Seorang lelaki pengsan dihempap kayu besar pada kakinya. Kuasa halimunannya dinyahaktif lalu dia mengalihkan kayu mengunakan kuasanya. Ryll mengejutkan lelaki itu.

"Abang! Abang! Abang,sedar lah!"

Setelah beberapa kali dikejutkan,akhirnya lelaki itu mencelik kan mata. Ryll mengukirkan senyuman comel.

"Abang,cepat bangun! Kebakaran bang!",terus reaksi berubah mendadak menjadi panik agar lelaki itu segera bangun dan sedar sepenuhnya. Seperti sangkaan Ryll,lelaki itu segera bangun dan apabila melihat kebakaran yang besar terus dia mendukung Ryll lalu membawa ke tempat selamat.

Namun sayangnya,lelaki itu telah masuk ke dalam perangkap Ryll. Mereka berdua dikepung asap hitam menghilang serentak itu asap hitam yang mengepung perkampungan Biggies akhirnya pecah.

"Akhirnya aku dapat lima half beast. Kerana siangnya aku belajar dan mengetahui semua tentang spesies half beast ini. Ini kuasa pertama yang aku dapat dari usahaku sendiri. Tapi aku tak menyangka...."

Lost In Ice World LandWhere stories live. Discover now