Epilog

482 21 18
                                    

Sheryll dan adiknya, Sherlea berjalan sekitar taman sambil berpegang tangan. Mereka setelah berbulan Sheryll koma, mereka berdua semakin rapat apabila Sherlea sudah menghargai kakaknya dan Sheryll sudah membaiki kesilapannya.

"Kak, esok kita pergi funfair,nak?",tanya Sherlea manja sambil tersengih pada Sheryll. Sheryll ketawa kecil sebelum mengangguk.

"Terima kasih! Sayang kak!",ucap Sherlea lalu memberikan kucupan dipipi. Sheryll turut memberi kucupan pada pipi dan dahi Sherlea.

Mereka bercerita sambil berjalan melihat keindahan alam. Gelak ketawa gembira kedengaran antara mereka.

"Kakak messti ada bf kan?"

Sheryll memandang Sherlea dengan kerutan sebelum memaling ke hadapan dengan senyuman. Sherlea juga turut tersenyum.

"Eeeleh... adalah tu....",usik Sherlea membuatkan pipi Sheryll memerah menahan malu.

"Siapa dia? Lea tak bagitahu,janji",ucap Sherlea sambil mengangkat tangannya berjanji. Sheryll memandang dengan pipi kemerahan.

"Wardre",bisik Sheryll perlahan di telingga Sherlea dan dia berkerut mendengar.

"Wade?!"

"Shhh....",bisik Sheryll lalu menekup mulut adiknya.

"Wardi..."

"Oh... Wardi.... berapa lama?"

Sheryll termenung seketika sebelum mengeluh perlahan. Sherlea memandang kakaknya pelik.

"Akak dengan dia tak sah couple pun, confess pun tak..."

"Pastu?",bingung sekejap otaknya dengan cerita kakaknya yang berbelit.

"Akak pernah cium bibir dia...",perlahan dan malu Sheryll berkata.

"Apa?! Cium bibir?!"

"Shhh....",bisiknya lebih ditekankan sambil menekup bibir adiknya dengan mata dijegilkan. Haish dia ni, sengaja nak malukan aku. Orang di sekeliling menjeling mereka kerana suara Sherlea yang kuat menganggu mereka.

"Haish,sengaja ke apa?"

"Hehe... sorrylah kak. Tak sengaja. Macam mana rasanya?",soal Sherlea dengan senyuman nakal. Sheryll memandangnya pelik dan mencebik.

"Hish,gatal!",kepala adiknya ditunjal geram.

"Ouch! Sakitlah!",aduh adiknya sambil mengusap kawasan yang ditunjal.

"Dah, gatal sangat. Tanya orang apa rasanya? Rasanya macam kena penumbuk.."

Penumbuk yang dikepal ditunjuk pada Sherlea. Muka dan gaya Sherlea bagaikan rasa sakit ditumbuk dengan betul, "ouch... sakitnya...". Kemudian pecah gelak mereka berdua.

"Kak,tengok tu,kucing...",kata Sherlea sambil menunjuk pada seekor kucing yang sedang berjalan di tengah jalan raya bersebelahan tempat pejalan kaki.

"Nak ambil lah. Kesian dia..."

"Sherlea!",halang Sheryll namun sudah terlepas pegangan adiknya. Sheryll menunggu Sherlea yang sedang cuba mengambil kucing itu tetapi kucing itu melarikan diri. Sherlea mengejar namun dipanggil untuk menghalang tetapi tifak didengar.

"Sherlea! Haish!"

Tiba-tiba bunyi hon panjang kedengaran. Sheryll menoleh dan terus berlari apabila melihat sebuah van laju tidak terkawal bergerak menuju ke arah adiknya.

"Sherlea!"

Terus dia menolak adiknya jauh dan angannya refleks bagaikan mahu menghalang. Dia mahu biarkan dia dapat menyelamatkan Sherlea dari tercedera. Matanya terpejam.

Satu.

Dua.

Tiga.

"Akak!"

Empat.

Keriuhan kedengaran. Dia membuka kelopak mata takut-takut namun terbuka luas apabila melihat apa terjadi dihadapannya.

Ramai orang datang menghampiri kami. Beberapa orang memeriksa pemandu van itu dan beberapa orang menuju ke arahnya lalu membawa Sheryll ke tempat pejalan kaki tadi. Seseorang sudah menelefon ambulan.

Sheryll kaku kerana terkejut. Kekecohan berlaku apabila menjadi tumpuan ramai orang dari jauh.

Tak.

Tak mungkin.

Ketulan ais besar dan tebal kelihatan menjadi penghalang van itu sebelum dapat merempuh tubuhnya. Ais yang kukuh dan kuat diketuk namun sukar untuk retak. Walaupun bahang yang disimpan di bandar ini tidak mampu mencairkannya.

Sheryll masih terkejut lalu memandang kedua tapak tangannya yang sudah menggigil.

Tak kan....

Kepulan wap ais muncul keluar dari tapak tanganku. Kali ini dia jatuh pengsan.

End...

So, macam mana ceritanya? Okay tak? Puas hati tak? Thanks support this story😘

Lost In Ice World LandWhere stories live. Discover now