66 - Permulaan Peperangan (Part1)

247 16 0
                                    

SOMUYT,SEMPADAN QUEICY DAN KAWASAN PERKAMPUNGAN KAUM RETUNNRIJKI

"Line in the world ...
Try to separate us...
From love,family and happiness...."

"The battle cry to you ...
Stand up, offer your blood...

Tiba-tiba terdapat sesuatu terkeluar secara perlahan dari tanah bersalji namun penuh berpasir.

Your sweat, your heart and your sacrifice...

Rangka manusia hidup keluar dari tanah dan diikuti dengan rangka manusia yang keluar dari situ. Asap hitam berkepul di kawasan bertentangan negeri Queicy kelihatan dengan segerombolan kaum Retunnrijki yang bersiap-siap dengan senjata dan ada yang berkelubung di belakang.

For everyone who you love...

Dan muncul sebuah letupan berwarna biru pekat di langit yang mendung menjadi terang lalu kelihatan segerombolan manusia berkelubung jubah labuh dengan aliran cahaya biru yang pekat dan besar bersama dari kawasan Queicy.

For everythings you that need...

Tiba-tiba segerombolan manusia yang memakai baju tentera dengan bersenjata lebih hebat dengan kuda dan gajah perang. Terdapat juga beberapa buah meriam yang boleh digerakkan. Mereka hadir dari timur Somuyt.

For everywhere which are yours...

Kawasan Somyt sudah dikepung dengan ahli-ahli tentera yang bersiap berperang. Utara Somuyt adalah tentera dari kaum Retunnrijki. Timur dikepung oleh tentera Ice World Land yang diketuai oleh Putera Erig. Dan selatan Somuyt iaitu sempadan Queicy ialah tentera dari Queicy atau dikenali juga sebagai Deathice yang diketuai oleh langkah seseorang yang berselubung jubah labuh dan besar berwarna biru gelap.

And anythings that you pretend...

Mereka berjalan dengan semangat dan amaeah yang membara. Rangka manusia berdiri tegak menunggu gerombolan kaum Rerunnrijki tiba. Masing-masing memiliki niat dan kuasa tersendiri namun tidak tahu siapa yang akan terkandas dan siapa yang dapat berdiri kemenangan. Tapi apa yang pasti, lawan sehingga nafas terakhir...

From destroy,damage...

Langkah mereka semua akhirnya berhenti. Ketua setiap seorang melangkah maju setapak ke hadapan. Kelubung biru gelap dibuka serentak dan kelihatan seseorang yang amat terkenal dahulu,Hazrey! Ramai yang berbisik-bisik terkejut melihat salah seorang ahli Hilop yang telah mencatatkan sejarah di Ice World Land.

"Masih ada peluang lagi untuk berserah,berundur sebelum tiada peluang untuk memenangi kehidupan ini!",Hazrey melaungkan kata-katanya pada suasana yang telah sunyi sambil memandang gerombolan kaum Retunnrijki yang sudah ada yang seperti mahu beredar.

Erig turut melangkah ke hadapan. "Aku berpihak pada tanah Queicy!",laung Erig sebagai pemeberitahuan bahawa dua gerombola bersatu melawan satu gerombolan. Sudah terdapat pemuda dan pemudi yang sudah kecut perut.

"Kami tak akan mengalah...",laung seseorang sambil melangkah ke hadapan melalui laluan yang sudah disediakan. Seseorang pemuda gagah dan berpakaian pakaian tentera tradisional kaum Retunnrijki sambil menunduk berjalan ke hadapan. Terdapat beberapa orang seperti memperlekehkan ketua mereka.

"Kami tak akan mati selagi kami tidak dapat menuntu bela atas apa yang terjadi sebelum ini! Dan kami menuntut bela daripada nyawa kesayangan kami terkorban! Dwendwam Retunnrijki!"

"Dwendwam Retunnrijki!"

"Dwendwam Retunnrijki!"

"Dwendwam Retunnrijki!"

Mereka bersorak Lalu swkali lagi lelaki itu melaungkan 'Dwendwam Retunnrijki' sebelum mendongak memandang ke hadapan. Mata merah yang mengalir darah memandang tajam ke tentera bawahan Putera Erig.

Siapa yang terpandang terus menjerit kesakitan sebelum menggelupur dan mati. Seorang demi seorang jatuh menggelupur dan mati. Putera Erig terpingga-pingga melihatkan tenteranya yang semakin ramai mati.

Putera Erig menoleh ke gerombolan tentera Kaum Retunnrijki dan terpandangkan mata yang berdarah itu.
"Erig!",jerit seseorang lalu tiba-tiba aliran cahaya kuning mengalir menuju ke arah pemuda mata berdarah itu tanpa sedar lalu menyelubunginya seperti diikat. Dia meraung sakit sambil menggelupur kesakitan.

Aliran cahaya biru pekat mengalir ke arah tentera bawahan Erig yang tellah mati dan menggelupur tadi tanpa disedari sesiapa. Yang sakit sudah kembali bertenaga dan kesakitan sudah berkurang manakala yang mati tiba-tiba bangkit seperti bangun setelah pengsan dengan terkebil-kebil.

Mata mereka semua terarah pada lelaki yang masih menjerit dan menggelupur terseksa sebelum jatuh dan mati dengan darah keluar deras mengalir dari soket matanya bagaikan seperti terpancut.

And devil to be safe with your lovely...
And war begin again..."

"Perang!"

Teaser bab 67:

D

an akhirnya muncul seorang manusia gergasi dari celah pokok dari kawasan kaum Retunnrijki. Mereka yang lain lari bertempiaran kerana sesiapa yng menganggu laluannya akan dipijak sehingga mati tanpa mengisahkan musuh atau pihaknya sendiri.

"Drah!!!"

Bertebaran debu,pasir dan salji apabila sebuah jeritan bergema kuat darinya sebelum tiba-tiba dia berlari laju menuju ke Queicy. "Halang dia!"

Teruskan bacaan anda! Enjoy your reading!😀😀😁

Lost In Ice World LandWhere stories live. Discover now