17 - Sheryll Hilang

522 29 0
                                    

Melangkah perlahan dan lambat sambil melihat sekeliling yang diliputi salji yang lebih nipis dengan suhu dingin. Badanku masih dapat mengawal suhu yang dingin tetapi tidak lah terlalu sejuk.

Hari ini katanya ada festival diadakan di ruang tengah pasar ini. Jadi,hari ini pasar agak sesak walaupun pasar ini sangat luas dan sepuluh kali kanda keluasan pasar besar Daerah sepuluh aku rasa.

Kata Meeda pasar maharaja ialah pasar terbesar,terluas,paling ikut peraturan, banyak program diadakan, banyak kedai dan dikatakan sebagai tempat perkumpulan sesuatu kawasan. Setiap daerah memiliki pasar maharaja kecuali Daerah Tujuh hingga Daerah Sepuluh.

Setelah Meeda bercerita pada aku yang tidak tahu apa-apa tentang Ice World Land sambil berjalan mencuci mata. Aku baru tahu Ice World Land ada lapan negeri dan salah satu contohnya Terice.

Ice World Land adalah salah satu negara terbesar di dunia dan terletak di bahagian utara bersempadan Earth Of Land. Bahagian utara dunia agak dingin dan sejuk. Setiap negeri akan dijaga dan diperintah oleh putera atau puteri atau raja atau permaisuri kecuali Deathice.

Deathice atau negeri ice mati tiada pemerintah yang dijaga. Kawasan itu ialah kawasan orang yang mati dan mahu mati. Pemerintahan itu semua tertakluk pada pemerintah yang menjaga. Seperti contoh, Terice dijaga dan diperintah oleh Putera Ice World Land atau Putera Erig O'Rejuvk. Putera Erig O'Rejuvk ialah anak kedua pasangan Raja dan Permaisuri Ice World Land.

Terang tentang ni pun dah cecah 200 patah perkataan. Cuba bayangkan mulut Meeda yang tidak henti bercerita, membebel dan makan. Sengsara aku dan Wardi melayan kerenah Meeda. Tak apa,janji sayang.

Di sini aku rasai pelbagai makanan yang pernah dirasa atau belum. Hasilnya daripada makanan yang dibeli oleh Meeda yang mahu merasa dan dibayar oleh Wardi yang terpaksa. Kesian Wardi tapi dia kelihatan seperti ikhlas.

Akhirnya langkah kami berhenti apabila kesesakan orang berkumpul di luar sebuah dewan besar.

"Festival apa?" Soalku tertanya apakah yang sedang berlangsung di dalam dewan.

"Alaa macam teater, tarian, nyanyian macam tu lah. Cuma khasnya hari ini Putera Ice World Land turun padang dan ramai artis serta seniman datang",jawab Meeda setelah membaca banting besar yang ditulis dengan tulisan yang aku tidak memahami. Ada juga perkataan yang tidak difahami. Meeda kan pandai, mestilah faham kan?

"Ohh..."

Meeda memandangku. "Nak masuk tak?",ajaknya dan aku mengangkat bahu tidak kisah. Terus aku dan Wardi ditarik merempuh kesesakan orang ramai.

Berbuih mulut aku dan Wardi meminta maaf dengan orang yang dilanggar tidak sengaja kerana ditarik kasar dan kuat oleh Meeda. Aku ada juga memintanya perlahan dan berhenti namun tidak diendah. Wardi pula kadang kala kedengaran dengusan tidak puas hatinya. Kami mengikut dengan terpaksa.

Akhirnya dia berhenti. Aku mengeluh lega dan Wardi mendengus kemarahan. Tangannya direntap dari pegangan Meeda kuat. Meeda tidak melayan namun matanya tersenyum memandang pentas.

Agak terkejut kami berada berhampiran dengan pentas. Meeda khusyuk melihat sambil mengenggam erat tangan aku. Mukanya pun kelihatan gembira apabila menjumpai artis idamannya.

Aku melihat Wardi yang terlukis muka tidak puas hati. Aku ketawa kecil melihat mukanya. Comel! Apabila Wardi mahu menoleh ke arah aku, terus aku membuang pandangan ke atas pentas. Ramai yang cantik dan kacak dengan pelbagai variasi warna kulit,mata dan rambut. Ada yang tidak pernah aku lihat dan aku pernah lihat.

"Meeda...",aku menoleh mahu berkata namun kesesakan dan kebisingan menjadi masalah. Meeda menoleh sedikit pada ku lalu terus memandang hadapan.

Aku mahu memanggilnya namun perbuatanku terhenti apabila telinga tajam mendengar bunyi tangisan dari bunyi bising ini. Tangisan sayu dan kesedihan sambil memanggil seseorang. Hatiku berdetik lalu tangan Meeda dilepaskan. Aku melangkah mencari bunyi tangisan itu. Tangisan seorang budak.

Meeda seperti baru perasan mahu menghalang namun kelibat ku sudah hilang ditelan orang yang ramai. Meeda risau atas kehilangan ku lalu bahu Wardi yang berhampiran dicuit.

Wardi menoleh mukanya pada Meeda sambil mengerutkan muka hairan. "Kenapa?"

Meeda menghampiri telinga Wardi lalu dijawab dengan agak kuat kerana kebisingan di sekeliling. "Sheryll tiada. Dia hilang".

Wardi agak terkejut mendengar walaupun agak sakit telinga. Wajahnya bertukar risau lalu ditarik tangan Meeda diajak untuk mencari Sheryll. Mereka berdua merempuh mencari Sheryll dalam kesesakan dan kebisingan orang ramai.

'Where are you,Sheryll. Kau merisaukan aku...'

Lost In Ice World LandWhere stories live. Discover now