48 - Black Story of Ryll

312 23 0
                                    

Tangisanku sudah lama berhenti. Aku hanya termenung memandang kegelapan. Sebuah cahaya tiba-tiba muncul menyilau pandanganku. Aku memejam mata kerana tidak menahan silauan itu.

"Maaar! Jangan usik Maaar aku! Hey,si tua Belengiz!",jeritan seorang kanak-kanak perempuan menyentakku lalu mataku terbuka. Aku memandang sekeliling. Kini aku berada di sebuah perkampungan di kawasan berpasir namun sejuk.

Kelihatan ramai berkumpul dan di tengahnya kelihatan api besar membara. Terlihat seorang lelaki berbadan tegap dan mukanya bengis sedang mendukung seorang wanita cantik yang pengsan. Di belakangnya seorang budak perempuan comot berlari menjerit untuk menghalang lelaki itu.

"Belengiz, jangan kau usik Maaar aku! Aku sayang dia! "

Tidak dihiraukan anak kecil itu lalu mereka melangkah laju ke arah perkumpulan penduduk kampung dan menuju ke arah api yang membara.

Lelaki yang dipanggil Belengiz melutut apabila berhadapan dengan seorang yang berpakaian megah dan mewah.

"Kami miskin tiada duit. Wanita ini boleh dijadikan tebusan. Dia half human..",kata Belengiz perlahan lalu menunjukkan wanita yang masih pengsan dalam dukungannya. Lelaki bermisai seperti ketua itu berfikir sambil melihat wanita yang cantik itu.

"Jangan usik Maaar aku! Aku tak akan benarkan!",jerit budak comot itu lalu menghalang wanita itu diapa-apakan. Dahi lelaki bermisai itu berkerut.

"Siapakah dia, Belengiz?"

"Dia anak ku, Rajyu",jawab Belengiz lalu menarik budak itu merapatinya dengan muka bengis.

"Siapa namamu,budak comot?",soal lelaki bermisai atau namanya Rajyu dengan sinis. Budak perempuan itu memandang tajam lelaki itu.

"Ryllivya Voseny Dinggie"

"Nama yang bermaksud dan sedap. Macam lelaki. Jadi apa yang kamu nak,budak? Jangan halang kami!",katanya Rajyu garang dan tegas. Budak tidak langsung gentar bahkan melangkah mendekat.

"Aku tak akan gentar! Aku sayangkan Maaar!"

Rajyu ketawa seketika apabila mendengar ayat kebudakannya. "Tak akan gentar hah budak? Kalau macam tu, kau perlu pilih. Aku ambil Maaar kau atau aku campak kau. Pilih..."

Budak itu memandang lelaki itu tidak percaya. Rajyu hanya tersenyum sinis.

"Baiklah. Belengiz, bawa perempuan tu ke dalam van. Hutang kamu langsai",kata Rajyu lalu memalingkan badannya dan Belengiz akur arahannya.

Budak itu terus cemas dan risau mukanya. Terus dia menghalang ayahnya,Belengiz. "Aku sanggup dibara api dari kau bawa Maaar aku pergi!"

Rajyu tanpa menoleh segera mengarahkan orangnya. Terus orangnya memegang kedua tangan budak itu lalu diangkat. "Apa yang kalian lakukan?! Lepaskan aku!"

Tanpa berkata terus bufak dicampak ke api yang membara sehingga aku terjerit. Ramai penduduk termasuk Belengiz tidak percaya melihatkan kejafian itu. Dia terduduk. Asap berkepul di udara membakar seorang jasad kanak yang tidak bersalah.

"Ryllivya mati macam tu?"

Tiba-tiba sekumpulan burung kecil berwarna putih terbang berpusing di atas api membara itu. Kepulan asap yang banyak tidak dihiraukan dan masih berpusing.

Asap semakin tebal. Namun hanya seketika sebelum asap menghilang dan kelihatan sesuatu besar bentuk bujur berwarna putih di atas api membara lalu jatuh masuk ke dalam api.

Sesaat. Tiada apa terjadi cuma semakin banyak asap hitam muncul di udara. Ramai yang tertanya dan ada yang sudah panik menjauhi kawasan itu.

Tiba-tiba api menjulang tinggi sebelum terpadam. Jeritan suara seseorang kedengaran dan serentak api yang membara menjulang lebih tinggi lalu terpadam. Muncul seorang budak perempuan yang dikelilingi cahaya putih. Dia mendongak dan terlihat iris matanya biru putih.

Dia melangkah dan baki api terpadam dengan pijakannya. Tiada rasa melecur mahupun sakit. Matanya memandang Rajyu dengan pandangan tajam.

"Aku benci kau! Manusia tamak! Pembalasan buruk!"

Jari telunjuk ditunding ke arah Rajyu yang panik lalu digenggam perlahan-lahan. Serentak itu Rajyu menjerit kesakitan dan rasa terseksa apabila tulang badannya patah kesemuanya. Bunyi riukan tulangya kedengaran. Sangat mengerikan.

Genggaman sudah habis dan badan Rajyu sudah melengkung dan bengkok. Rajyu sudah mati. Budak itu meletakkan tapak tangannya di tanah lalu sebuah lubang muncul dan menelan jasad Rajyu. "Kau tak layak mengukir nama sebagai pemimpin. Kau hanya layak sebagai penjahat tanpa diketahui mana mayat jijik kau!"

"Itu aku waktu kecil...",suara garau yang aku kenali muncul lalu aku menoleh ke belakang. Dia muncul semula setelah sekian lama menghilang mengambil alih jasadku.

"Cerita aku waktu kecil. Bermulanya aku memegang kuasa. Kuasa yang dianugerah ketika aku dijilat api yang marak. Cahaya putih. Lubang penelan. Penghancur tulang manusia. Tanpa syarat. Kerana ini semua bantuan Maaar,ibu aku...."

"Aku Ryllivya Voseny Dinggie atau Ryll. Bermata biru biasa namun berubah apabila mendapat kuasa. Aku seorang manusia dahulu sebelum menjadi hanya roh tanpa identiti kerana sumpahan atas silap dan ketamakkan ku dulu....."

"Sebab itu nama kau Sheryll dan wajah kita sama. Kau gunakan aku, aku gunakan kau. We are mutualisme right?",dia ketawa sedikit.

"Tetapi kenapa kau kena sumpah?",soalku tertanya. Dia memandangku tajam.

"Ceritanya tak berakhir begitu...."

Hye,guys👋. Saya kembali kerana cuti tahun baru cina. Tetapi hanya seketika dan saya mampu publish jika tidak terlalu sibuk, 1 bab sehari. Selamat membaca cerita ini dan jangan lupa support cerita ini.

View,vote dan comment anda sangat dihargai✌😊

Lost In Ice World LandWhere stories live. Discover now