11 - Light in the dark

591 33 0
                                    

"Bebaskan anak saya! Awak dah dapat apa yang awak nak!"

Diam seketika. Suara siapa itu? Macam dikenali. Suara perempuan seperti selepas menangis. Tetapi kenapa aku tak nampak apa-apa.

"Botol lagi satu milik awak dah ada darah anak saya. Darah warna kuning bulu jagung! Itu darah dia! Sekarang lepaskan dia!"

Suara garau bergema mengetawakan perempuan itu sinis. Suara garau aku kenali,lelaki tadi. Lelaki yang menggelarkannya anak angkat penghulu Gokka.

"Apa yang awak nak! Lepaskan Meeda! Kalau awak nak dia, ambil lah!"

Dan bila nama Meeda disebut, baru aku tahu siapa. Aku rasakan air mata aku mengalir. Ibu Meeda, Kilany. How dare you!

"Awak sangat mementingkan diri sendiri, Kilany..."

Kini air mata ku mengalir semakin lebat. Sangat tidak menyangka.

"Semestinya! Itu anak saya!"

"Saya tak akan lepaskan mereka berdua. Mereka penting. Poilyt!". Seraya itu aku rasakan badan aku diangkat. Kilany, ibu Meeda menjerit pada mereka termasuk penduduk kampung.

"DIAM! AKU KATA DIAM!"

Aku terkejut. Kuat dan tegas serta dengan amarah. Aku merasakan auranya. Aura yang berlainan dari orang lain. Mereka semua senyap sunyi. Hanya kedengaran esakan dari seseorang yang aku pasti itu Kilany.

"Tolonglah... Aku sayang dia... Dia anak aku..."

"Kau nak orang yang tak bersalah tanggung silap kau? Kau daftarkan dan butakan orang lain bahawa dia anak kau?"

Esakan semakin kuat. "No..."

"Dia bukan anak kau, orang biasa macam kau! Sedar diri! Untung aku selamatkan kau orang! Gerak!"

"No.... tolonglah.... saya sayang dia macam anak kandung saya....",ujar Kilany sambil teresak-esak menangis.

Kedengaran kenderaan bergerak dan rasakan lantai yang aku baring tidak stabil dan sentiasa bergerak.

"Maafkan aku. Aku nak selamatkan kau orang. Kau orang tak patut di situ. Aku harap kau orang tak salah faham dan sedia. Maafkan aku",suara lelaki sepeeti aku kenali dengan nada sayu dan ikhlas. Suaranya seperti lelaki tadi namun tidak segarau tadi. Aku rasakan dahi aku seperti dicium.

"Reshki youtri..."

Aku rasakan hati aku mekar berbunga namun aku sedari siapa aku dan di mana aku.

"Derikop...",seraya itu. Semua diam, gelap dan tiada suara lagi kedengaran. Kosong,gelap dan sunyi.

💙💙💙

Aku terjaga dari mimpi yang panjang dan ngeri. Celik saja mataku terus terlihat seseorang jejaka tampan. Aku tersenyum sendirian. Rambutnya kuning cair seperti lalang atau jerami.

Sebelahku pula kelihatan Meeda dengan pakaian hud putihnya semasa pertama kali aku jumpa. Muka Meeda cantik dan comel itu aku tatap puas-puas.

Setelah puas, baru aku sedar aku dimana. Tempat yang tidak aku tahu dimana dan kelihatan seperti bukan rumah. Suram dan malap tetapi diterangkan dengan lampu.

Aku mengingati semula memoriku. Kali terakhir adalah apabila aku dan Meeda serta jejaka tampan itu melarikan diri daripada menjadi tahanan kaum Gokka. Dan baru aku ingat aku di dalam gua bersama mereka selepas penat berlari.

Aku tersenyum mengingati tempoh apabila aku dan Meeda diselamatkan oleh seorang jejaka yang tampan dan misteri dari tahanan sana. Aku bersyukur kerana ditemui dengan jejaka yang baik hati.

Semalam juga perkenalan kami. Namanya sangat panjang namun disuruh memanggil Wardi dan dia sama dengan kami. Istimewa dan berlainan.

Aku tersengih apabila teringat wajah tampan yang sudah memikat hati aku. Tapi aku sedar siapa aku dan siapa dia. Kami berbeza. Sangat berbeza. Senyumanku pudar.

"Tetapi cahaya tetap dalam kegelapan walaupun kita tidak mahu tapi kita tetap memerlukannya..."

Bibirku mengukir senyuman lebar dan manis. Harap kami bebas. Bebas dari menjadi pelarian yang berterusan. Meedanie dapat pulang ke pangkuan keluarganya walaupun bukan kandung. Aku dapat pulang ke rumah,ke dunia yang sebenar. Dan harap Warde dapat mencapai impiannya iaitu kebebasan hidup.

There's beautiful rainbow after rain.

No rainbow without rain.

There's light in the dark.

No light without dark.

Complete each other .

To make it good and better😊.

Lost In Ice World LandWhere stories live. Discover now