30 - Serangan Sheryll

425 29 0
                                    

Ruang Menunggu Bahagian Permaisuri, Istene Diraja Atas

"Lamanya, Sheryll",ucap Meeda bosan sambil itu takut benda buruk berlaku pada Sheryll. Erig hanya memandang laluan yang menuju ke ruang personal bondanya.

"Tak boleh ke kita masuk,Erig?",cadang Wardi mengejutkan mereka.

"Mana boleh!",bentak Meeda. Ni istana bukan tempat kita boleh buat sukahati. Terus Wardi dijeling tajam. Erig memandang Wardi lalu mengeluh.

"Tak boleh, Wardi.."

"Kenapa?"

"Ish, kau ni Wardi! Ni istana. Tak boleh, tak boleh lah!" Wardi memutar biji bola matanya tanda menyampah dengan Meeda.

"Aku tanya je! Erig kan putera. Tak akan tak boleh kot".

Erig mengeluh seketika. "Hmm... bonda akan marah. Jadinya sebab itu tak boleh. Lagipun tempat ini cuma bonda je boleh masuk",kata Erig.

"Tapi tak akan kena marah kalau permaisuri tak tahu kan?",kata Wardi dengan senyuman misteri. Meeda memandang Wardi dengan tajam. Dia faham maksud Wardi. Erig memandang Wardi hairan.

"Maksud awak, Wardi nak kata kita masuk senyap-senyap?"

Wardi mengenyitkan mata pada Erig.

"Tapi kita tak boleh masuk begitu sahaja. Ada kata kunci yang bonda saja tahu",kata Erig risau dengan rancangan di otak Wardi. Wardi menjeling ke arah Meeda. Erig memandang Meeda pelik. Meeda terjungkit keningnya.

"What?"

"Meeda pandai guna portal.."

"Kita guna portal?"

"What, Wardi?"

Erig dan Meeda memandang Wardi terkejut. Gunakan portal? Wardi hanya memberi senyuman misteri yang memiliki ideanya.

"Well..."

💙💙💙

Permaisuri ke belakang dan aku juga menapak ke hadapan. Dia mencapai sebuah pedang samurai dari dinding belakangnya. Pedang itu memancarkan sinarnya. Dia mengacu padaku dan aku hanya tersenyum sinis.

"Ini tak dapat bunuh aku, Yanka..."

Terus dia menghayunkan pedang itu pada aku. Aku dapat menangkap pedang itu. Digenggam. Darah mengalir namun tiada kesakitan dimukaku. Hanya senyuman sinis menghiasi.

Dia mahu menarik namun tidak mampu kerana kekuatannya tidak dapat dilawan dengan kekuatanku. Dia mendengus lalu cahaya hitam muncul pada tangannya menjadi bulat.

Dia tersenyum sinis padaku lalu dilontarkan. Aliran cahaya biru mengalir menuju ke cahaya hitam yang menuju ke arahku. Kedua-dua cahaya itu tembung. Biru versus hitam.

Serentak itu pedang yang sudah terbelah dicampak lalu aku menuju ke arahnya dengan laju tanpa disedari. Laju seperti petir.

Aku terus berlari laju sambil memberi cakaran padanya. Dia terjatuh dan cahaya hitamnya yang bertembung cahaya biruku terus hilang.

Lost In Ice World LandWhere stories live. Discover now