35 - Mesej Cahaya Biru

373 27 0
                                    

Kali ini mereka mencelikkan mata apabila badan mereka disimbah air sejuk. Terjerit mereka berdua yang sudah diikat apabila kesejukan terasa. Mengigil badan Meeda.

Mereka ketawa mengejek pada Meeda dan Wardi. Wardi mengepal tumbukan dibelakang badannya yang terikat. Geram namun hatinya disabarkan. Cahaya matahari menyilaukan mereka. Mereka berdua ditinggalkan berdua di ditu.

Wardi mendengus geram apabila mereka yang lain sudah berambus dari situ. Meeda mengetap bibirnya menahan kesejukan yang menyebulungi badannya.

"Mana Sheryll?", soal Meeda perlahan dengan sedikit tersekat. Gigilannya cuba untuk disorokkan.

Kedengaran Wardi mengeluh berat. "Dia kata dia ada rancangan. Aku tak tahu rancangannya tapi dari semalam sampai sekarang, dia tak munculkan diri",jawab Wardi seperti rasa menyesal pula kini.

"Wardi..."

"Hmm..."

"Aku tak tahan sejuk..."

Wardi terus memandang Meeda risau. Dia mahu menghampiri Meeda namun ikatan ditangannya membataskan pergerakannya. Dia mendengus kasar.

"Meeda, guna kuasa kau untuk dapatkan haba",cadang Wardi agar Meeda tidak terlalu sejuk. Meeda mengangguk lalu cahaya kuningnya mengelilingi badannya. Badannya menerima sedikit haba namun gigilannya tidak dapat hilang.

"Wardi.."

"Ya,Meeda. Kau okey tak?",tanya Wardi risau apabila melihat muka Meeda semakin pucat. Meeda memandang Wardi sambil mengukirkan senyuman lemah padanya.

"Aku tak tahu kenapa. Mungkin sebab bisa semalam",perlahan dan lambat Meeda berkata. Wardi agak risau. Dia memikirkan jalan bagaimana untuk melepaskan diri namun terpandang apabila terpandang aliran cahaya biru kelihatan menuju ke arah badan Meeda yang mengigil.

Wardi melihat aliran itu masuk ke dalam badan Meeda dan kelihatan Meeda seperti sudah tidak sejuk dan pucat seperti  tadi. Dia mengeluh lega.

"Sheryll..."

Terus pandangannya dialih menuju ke permulaan aliran itu mengalir. Dari tingkap yang berdekatan dengannya. Dan muncul lah muka ku yang sedang tersengih. Aliran cahaya biru itu mengalir lagi dari tingkap itu dan menuju ke arah badan Wardi. Cahaya itu masuk dalam badan Wardi dan Wardi mendengar suara yang dikenali di dalam otaknya iaitu aku.

"Siap-siapkan diri. Malam nanti saya datang dan kita akan buat portal selepas mereka ditumpaskan. Jangan keluar dari sini selagi saya tak keluarkan kalian. Jangan risau, saya akan selamatkan kalian. Saya berikan cahaya biru pada kalian. Semoga baik-baik saja kalian. Saya sayang kalian. Maafkan saya..."

Dia memandang aku yang baru muncul dengan muka yang mahukan jawapan dan aku hanya mengukirkan senyuman sebelum mukaku hilang dari situ.

Kelihatan dua aliran cahaya biru menuju ke arah mereka. Birunya lebih pekat menuju ke badan mereka dan mengelilingi badan mereka sebelum menghilang meresap dalam badan mereka. Mereka rasakan lebih nyaman dan selesa.

Aku hanya dapat menyampaikan mesej kepad Wardi dan dapat memberikan mereka rasa yang lebih selesa. Aku mengeluh berat. "Maafkan aku..",gumamku lalu beredar dari situ.

Penampilanku bukanlah seperti semasa datang ke sini namun berpakaian biasa dan comot seperti penduduk bandar ini yang lain. Warna anak mata dan rambutku juga ditukar supaya tidak dicam nanti.

Aku mengukirkan senyuman sinis apabila mengingati malam ini. Malam yang aku azam untuk membunuh mereka yang mencederakan kawan aku dan membunuh orang yang tidak serba salah. Malam kemunculan the worst beast of fire. Tanpa aku sedar mataku mula memerah.

Dan tanpaku sedar juga,sepasang mata warna coklat gelap sedang memerhati langkahku.

Lost In Ice World LandWhere stories live. Discover now