2 - Auntie Vaneesa

893 46 0
                                    

Sheryll mengeluh. Tangan yang sejuk digosok bersama-sama untuk membebaskan haba. Badannya mengigil akibat kesejukkan yang tidak terbiasa.

Dia,adik kembarnya iaitu Allyvia dan Ollivy yang terbaring di stroller masing-masing,Sherlea iaitu adik perempuannya,ayahnya iaitu Mr. Xazer Raque dan ibunya iaitu Mrs. Vanilla  berada di airport negara empat musim menunggu auntie Vaneesa menjemput mereka.

Dua hari sebelum ini iaitu hari dia bermimpi tentang neneknya, dia diberitahu oleh ibunya bahawa mereka akan pergi bercuti di rumah auntie Vaneesa dan sekarang mereka di sini.

Sekarang musim sejuk di tempat ini dan salji boleh kelihatan di sini kerana suhunya mencecah negatif celcius. Ini bukan lah kali pertama mereka bercuti di rumah Auntie Vaneesa dan setiap setahun pasti datang beberapa kali.

Keluarga auntie Vaneesa Denny tinggal di sini mengikut uncle Fullen Denny yang berkerja di sini. Mereka baru dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jauver Haiyan Denny sebaya dengan Sherlea.

Akhirnya penantian mereka berakhir apabila kelihatan seorang wanita berambut hitam dengan kulit putih pucat dengan seorang kanak lelaki berambut hitam keperangan dengan kulit putih kemerahan menghampiri kami.

Mereka berpelukan dan bersalaman seperti lama tidak berjumpa.

"Hai sayang-sayang auntie sekalian. Rindukan auntie tak?" Tanyanya pada mereka dan mereka hanya mengangguk walaupun terpaksa terutama Sheryll.

Sheryll tidak tahu mengapa tetapi dia tidak suka dengan keluarga auntie Vaneesa. Dia hanya paksakan senyum dan bergembira walaupun sebenarnya tidak. Hanya merelakan untuk menjaga perasaan mereka.

"Mari masuk ke kereta. Percutian kali ini walaupun tidak aktif tapi akan mengembirakan. Percayalah pada auntie. Kita akan mula berjalan pada hari lusa setelah biasa dengan persekitaran sekarang. Kita akan.....",ucapan dan bebelan auntie Vaneesa tidak dihiraukan. Sheryll hanya berjalan sambil menarik bagasinya dan membawa beg galasnya.

Walau bagaimana pun mereka kata menyeronokkan percutian namun tidak pada Sheryll dan dia akan menolak selagi mampu.

Harap dia mampu bertahan di sini sepanjang percutian. Dia mengeluh. Keluhan dia didengari ibu lalu dijeling tajam sebagai amaran supaya tidak membuat masalah. Sheryll hanya mampu tersenyum lemah dan mengangguk.

Lost In Ice World LandWhere stories live. Discover now