36 - Kemunculan Yang Dinantikan

407 27 0
                                    

Sebelum malam menjelma, aku sudah mencerobohi tempat yang dikurungkan Wardi dan Meeda. Mereka masih lena namun aku perlu kejutkan mereka.

Sebuah bekas bertutup dan sebilah pisau dibawa bersama. Aku mendekati Meeda lalu menghiris tangannya dan menakungkan darahnya pada bekas yang disediakan. Dia terasa sakit lalu membuka mata.

Dia terkejut namun aku meletakkan bibir di mulutnya agar tidak mengeluarkan bunyi. Setelah darah diambil, aku terus menyapu lukanya dan lukanya pulih kembali. Aku mengukirkan senyuman manis padanya.

Aku bergerak pada Wardi dan melakukan yang sama seperti Meeda. Reaksinya turut terkejut namun aku menyuruh agar senyap. Aku menyembuhkan lukanya.

Setelah selesai kerjaku mengambil darah, aku berdiri berjarak dari mereka. Aku mengukir senyuman manis. Dua aliran cahaya biru mengalir dan menuju pada mereka. Kali ini membawa mesej.

"Tunggu saya di gua berhampiran sempadan IcyFancy yang pernah dilalui kita semalam selepas berjaya melepaskan diri. Tunggu saya di sana tetapi kalau saya terlalu lambat, pergi dulu. Saya sayangkan kamu...",suaraku bergema pada otak mereka. Mereka memandangku dengan senyuman di bibir mereka. Aku mengukirkan senyuman paling lebar pada mereka sebelum beredar.

Dan apabila beredar, air mataku mengalir. Aku rasakan seperti ini kali terakhir aku berkata dan melihat mereka.

'Maafkan aku...'

💙💙💙

Malam sudah melabuhkan tirai. Ahli kaum Rerunnrijki sudah mula mencari mangsa. Kini Meeda dan Wardi antara mangsa mereka. Api sudah dinyalakan. Orang yang diikat diheret ke tempat perkumpulan seperti semalam. Penduduk bandar ini juga mula berkumpul. Ada yang merayu,ada yang menangis.

Dikatakan bahawa setiap malam menjadi waktu penghapusan. Mereka yang diikat dan yang dijatuhkan untuk dihapuskam hari ini akan dicampakkan ke nyalaan api yang membara dan besar hidup-hidup. Pembunuhan yang sangat kejam.

Seorang kanak semalam yang sempat diselamatkan diheret kembali. Mukanya sudah menyerah dan lemah sahaja. Meeda memandang kanak-kanak itu dan dia teringat peristiwa lama.

Rasa sedih menyelubungi jiwa Meeda. Jeritan dari seorang wanita yang mahu meluru namun dihalang dengan beberapa orang disekelilingnya. Dia menjerit nama anaknya dengan air mata yang mengalir. Jeritan itu tidak dihiraukan oleh mereka dan masih menyeret kanak lelaki itu.

Sayangnya hidupnya yang masih kecil mati sebegitu. Tiba-tiba bayangan imaginasi kakaknya yang menjerit lalu dicampakkan ke bara api. Air mata Meeda mengalir. Dia tak mahu terjadi pada bandar ini!

"No! Jangan!",jerit Meeda namun tidak dihiraukan.

"Toga ye! Jayanney!",kali ini Meeda menjerit menghalang dengan bahasa kaum Retunnrijki. Jeritan Meeda akhirnya menghentikan perbuatan mereka. Semua orang termasuk mereka memandang Meeda terkejut. Tidak percaya dengan bahasa yang dikatakan Meeda. Bahasa Mereka.

"No,Meeda...",kata Wardi risau sambil menggeleng kepala tidak percaya dengan tindakan berani mati Meeda.

Seorang lelaki yang berpakaian kaum Retunnrijki menghampiri Meeda dengan pandangan tajam. Dia duduk mencangkung dihadapan Meeda lalu mencengkam pipi Meeda.

"Ya wenna barniwe, Yatikki (kamu memang berani,si cantik)",kata lelaki itu sambil matanya memandang muka Meeda dengan pandangan yang sukar ditafsir. Meeda menentang mata lelaki itu tajam.

"Kerwani gya tego kepwegshut!"
(Kerana aku bukan pengecut!)

Meeda meludah pada lelaki itu. Lelaki itu memandang Meeda tajam lalu terus menampar Meeda. Kepala Meeda terpeleng ke kiri. Dia merengus kesakitan.

Lelaki itu berdiri sambil itu mengelap mukanya yang terkena ludah Meeda. Dia memandang Meeda tajam. "Ya na hati. Naday gecur wetau fagareh. Pailah...(kamu akan mati. Antara menjadi sisa yang jijik (rogol/pelacur) atau dijilap api. Pilihlah... )",kata lelaki itu sinis sambil memandang Meeda. Meeda terkejut mendengar itu.

"Lanjay! Gya pailah ferya..."
(Lambat! Saya pilihkan untuk kamu...)

Lelaki itu terus mendekatkan mulutnya pada Meeda, "gecur la hati... (rogol sehingga mati...)". Meeda terkejut memandangnya. Terus Meeda diangkat olehnya lalu membawa Meeda berjalan ke arah yang sama sebelum dibawa ke sini.

"Meeda!",Wardi pula meronta sambil cuba mengejar Meeda namun dihalang oleh mereka dan terus ditumbuk.

"No! No way! Go away!",jerit Meeda sambil meronta semasa dibawa oleh lelaki itu. Dia tidak mahu menjadikan badannya santapan mereka. Jijik! Meeda berusaha melepaskan diri.

Wardi cuba berdiri lalu menghentak mereka dengan gari yang mengikatnya. Apabila lawannya sudah jatuh terus dia berusaha lari untuk mengejar Meeda yang masih meronta. Dia tidak tahu apa yang mereka perkatakan tetapi dia tahu itu bukan tanda yang bagus.

Namun sia-sia apabila perutnya tiba ditendang. Wardi jatuh meringis kesakitan. Terus dia dipukul oleh kayu pada badannya. Dia menjerit kesakitan.
Badannya dipukul beramai dan agak teruk juga sehingga dia lemah dan dia sudah tidak dipukul. Mereka yang membelasah berhenti pukul apabila kedengaran laungan.

"Ya hati!",laung seseorang dari mereka. Dua orang lelaki tadi yang membelasahnya terus menghampirinya. Wardi diheret menuju ke nyalaan apai yang besar. Wardi tidak mampu melawan. Tenaganya sudah berkurang. Hanya berharap pada cahaya merah gelapnya yang baru muncul mengelilingi badannya. Berharap dapat mengawal haba yang akan memanas.

Tiba-tiba sebuah lolongan bergema hampir keseluruhan tempat. Lolongan binatang yang berulang-ulang dengan kuat. Seperti banyak binatang itu. Mereka menghenti mengheret Wardi. Penduduk dan mereka terdiam dan terkejut mendengar lolongan itu. Lolongan haiwan yang berbahaya,the beast!

Wardi tersenyum lemah. "Sheryll, akhirnya...",katanya lemah namun gembira bahawa dia tahu mereka akan diselamatkan oleh Sheryll.

Kedengaran derapan tapak melangkah dengan nafas yang berbunyi menakutkan. Mereka semua melihat ke arah bunyi itu dan muncul lah The Worst Beast Of Fire dan di sebelahnya The Worst Beast Of Ice.

Seekor berwarna merah keseluruhan badannya dengan matanya kedua-duanya merah menyala penuh. Ekornya kelihatan duri-duri kecil yang tajam dan berbisa. Manakala seekor lagi badannya berwarna biru cair seperti ais. Anak matanya putih dan matanya yang lain berwarna biru cair.

Kedua-duanya badan lebih besar dan paling besar diantara the beast yang lain dengan cahaya biru cair di sekeliling badan keduanya. Kedua-dua gigi taring yang tajam dan bersinar muncul apabila menyeringai. Kuku mereka tajam dan besar. Ekor mereka agak besar dan panjang. Kedua pasang mata memandang manusia yang berada di situ dengan tajam.

Penduduk yang lain menjerit ketakutan lalu berlari bertempiaran melihat beast yang tidak pernah dilihat. Lebih besar, lebih menakutkan dan lebih tajam. Mereka kaum Retunnrijki tergamam dan ada yang terketar melihatkan itu.

"Lewanni! Lewanni! (Lawan ia! Lawan ia!)",jerit seseorang dari mereka sebagai arahan kepada mereka semua. Mereka terus mengeluarkan senjata mereka dan segala binatang milik mereka untuk menyerang beast itu.

Mereka dan binatang mereka iaitu beast dan ular menghampiri the beast itu. Kedua ekor the beast itu turut berlari menuju mereka.

Seperti kilat dan petir larian the beast sehingga mereka tidak perasan di mana ia berada. Terus the beast membuat serangan tanpa mereka perasan dan sukar untuk mengelak.

Libasan yang kuat dari kedua-duanya menhentam mereka sehingga menghancurkan kawasan perumahan yang dihentak oleh badan yang dicampak akibat libasan. Cakaran dan robekkan yang dalam juga diberikan pada mereka sehingga mati.

Serangan yang diberi secara rambang oleh mereka mencederakan dua the beast itu sedikit dan lukanya terus menghilang manakala luka mereka membawa mati.

Darah terpercik sana dan sini. Banyak. Dengan jeritan kesakitan dari mereka membuatkan mereka yang melihat menelan air liur. Ramai yang terkorban dengan serangan hebat dan bahaya dari kedua-dua beast itu.

Akhirnya mereka yang menyerang semuanya sudah mati. Tiada luka pada badan the beast hanya darah yang terpercik sahaja kelihatan. Keduanya berjalan perlahan menuju pada orang yang diikat.

Lost In Ice World LandWhere stories live. Discover now