34 - Perlawanan

418 27 0
                                    

Bandar Deripp, DaerahTiga, IcyFancy

Akhirnya kami sudah tiba di situ. Kami menyorok pada sebuah batu besar yang berdekatan dengan tempat perkumpulan pendudukan kampung itu. Kelihatan beberapa orang yang pelbagai golongan diikat. Kelihatan tempat yang sedang membara apinya. Kelihatan orang yang berpakaian pelik dengan menutup separuh muka mereka. Kelihatan juga binatang macam.... the beast! Namun bukan berwarna merah tetapi warna putih kebiruan.

"Siapa yang berpakaian pelik itu, Meeda? Dan kenapa beast ada di situ?"

"Itulah pakaian kaum retunnrijki. Itu beast jenis biasa yang terdapat di Ice World Land tapi itu bukan macam kamu,Sheryll. Kamu half beast dan itu beast yang asli, yang memang binatang",jawab Meeda.

"Hmm... ada rancangan tak?",soalku pada mereka. Mereka berdua memandang antara satu sama lain dengan pelik. Mereka mengangkat bahu tanda tiada. Aku memalingkan badan menghadap mereka sambil menyandar. Cuba untuk berfikir.

Tiba-tiba aku mengukirkan senyuman misteri. Mereka memandangku pelik. Aku sudah dapat idea.

"Meeda, saya boleh tukar jadi beast biasa tak?"

"Saya pernah baca dan boleh cuma saya tak tahu macam mana nak buatnya berubah",jawab Meeda sambil memandang ku seperti mahu menduga.

"Meeda, macam mana half beast nak merubahkan diri mereka menjadi beast?",soalku lagi dan Meeda melayan soalanku.

"Hmm... saya pernah melihat dan mengetahui bahawa mereka perlu duduk merangkak dan memejam mata membayangkan perubahan mereka. Saya pun tidak sangat memahaminya",jawab Meeda lalu mengangkat bahu. Aku tersenyum manis.

Jeritan dan teriakan kedengaran di belakang lalu aku terus menoleh. Mereka menyeret seorang kanak lelaki yang menangis dan menjerit meminta pertolongan ke kawasan bara api itu. Dan terdapat juga orang yang menjerit tidak mahu melihatkan situasi itu. Aku agak terkejut dengan caranya yang agak kejam. Sebelum dia mahu mencampakkan kanak itu, jeritan yang mengahalang kedengaran kuat dari sini. Ya,dari sini.

Aku terbuntang mata lalu menyorokkan badan sedikit dari batu itu. Idea lain menerjah. Aku tersenyum misteri.

"No!",jerit Meeda tidak sengaja sambil berdiri di belakang batu tempat persembunyian kami tadi. Dia juga kelihatan terkejut apabila menyedarinya namun sudah terlambat. Dia memandang tajam pada orang yang mahu mencampakkan kanak itu ke bara api.

"Kewi Ja!",kata lelaki itu lalu terus beberapa orang mereka menuju  menghampiri Meeda. Meeda tanpa menoleh terus menuju ke hadapan lalu pedang dari sarungnya yang tersangkut pada badannya ditarik dan diacu pada mereka. Meeda bersiap sedia mahu berlawan.

Mereka yang menghampiri terus mengeluarkan senjata mereka. Kapak, anak panah,pisau yang bersinar, rantsi besi berbentuk bulat dan sebuah busur yang diperbuat dari besi. Seorang lawan lima. Hati Meeda ada genatr sedikit namun jiwa dikuatkan. Cahaya kuning berkilauan muncul dari badannya. Mereka berundur ke belakang setapak.

Serangan dimulakan dengan ahli mereka. Meeda melawan menggunakan tenaganya, kepakarannya melawan dan pedang kurniaan dari Raja. Cahaya kuning miliknya untuk menlindunginya dari serangan.

Kelihatan pertarungan sengit ini seperti berpihak kepada Meeda yang keseorangan melawan lima orang. Namun sebuah strategi dirancang.

Seorang dari mereka yang bersenjatakan bilah anak panah membaling anak panah berdekatan Meeda. Meeda tidak perasan kerana anak panah yang agak halus dan kecil.

Anak panah itu tidak diduga menjadi seekor ular berbisa yang jenis kecil menyelinap seliput ais menuju ke arah Meeda. Kegelapan malam dan kefokusan untuk melawan membuatkan Meeda tidak perasan dan Meeda menjerit kesakitan.

"Arghh!"

Dia dipatuk lalu jatuh ke tanah. Mereka yang lain menghampiri Meeda yang sudah kehilangan tenaga. Nafas Meeda tersekat. Mukanya kelihatan kesakitan yang amat. Tiba-tiba badannya menggelupur sambil buih-buih keluar dari mulutnya. Racun dari ular itu sungguh bahaya dan sangat cepat menyerap pada badan.

Tiba-tiba sebilah pisau dicampak membunuh ular yang sedang mematuk kaki Meeda dan serentak itu tanpa kelihatan, aliran cahaya biru laju mengalir menuju ke luka Meeda yang dipatuk.

Kelihatan seorang lelaki yang berambut kuning cair dan matanya berwarna biru cair dengan cahaya merah gelap kelihatan di sekeliling badannya. Dia memandang mereka tajam sambil bersiap sedia untuk berlawan.

Kali ini Wardi bukan dilawan oleh mereka namun tiga ekor beast spesies biasa di Ice World Land menghampiri Wardi. Walaupun hanya spesies biasa namun bukan mudah untuk menumpaskannya lagi-lagi yang dilatih untuk berlawan.

Badan Meeda yang sudah lemah dan pengsan diangkat oleh mereka menuju ke suatu kawasan. Wardi berjalan mahu mendapatkan Meeda tetapi terhalang apabila salah seekor beast menyerangnya. Dia terpaksa mengerahkan tenaga melawan binatang itu.

Wardi tahu ada caranya namun dia tidak mempelajari dan tidak tahu. Wardi hanya cuba membunuhnya walaupun agak sakit dengan libasan dan cakaran yang diterima. Pedangnya dihayun dan dicucuk lalu mematikan dua ekor beast. Beast satu lagi yang lebih besar menyerangnya dari belakang dengan mengigit kaki Wardi.

"Arghh!"

Bisa yang melumpuhkan dari gigi beast itu disalurkan pada Wardi. Kaki wWardi tiba-tiba lemah lalu dia jatuh. Dia mahu menggerakkan kakinya namun tidak mampu. Di seakan lumpuh.

"Erghh!"

Beast itu kelihatan mahu menerkam. Wardi cuba menggerakkan badannya yang masih tidak lumpuh untuk mencapai sesuatu yang boleh membunuh binatang itu. Sebelum Wardi diterkam, beast itu terus jatuh dengan muka yang terseksa. Wardi menarik nafas lega.

Tanpa orang kelihatan dan perasan, sebuah aliran cahaya biru mengalir menuju ke beast itu lalu ditembusi dan menuju ke badan Wardi. Wardi yang sudah lumpuh diangkat oleh mereka ke kawasan yang sama dituju oleh mereka yang mengangkat Meeda.

"Maaf...."

Lost In Ice World LandWhere stories live. Discover now