58 - Dua laporan

249 15 0
                                    

Istene Diraja Atas,Daerah Satu,Luxice

"Bonda!"

Permaisuri Yanka yang sedang terbaring lantas duduk apabila anak perempuannya masuk ke kamar beradu peribadinya. Warshi yang memakai gaun labuh terheret apabila puteri sulungnya berlari cemas menghadapnya.

"Kenapa Warshi? Kenapa tergesa-gesa ni?",tanyanya pelik melihat puterinya seperti ini. Datang ke biliknya sebegini hanya apabila ada perkara yang penting.

Puteri Warshi kelihatan termegah-megah mengambil nafas berlari ke sini tadi. Dia mengatur nafasnya agar stabil sebelum berbicara.

"Bonda, ada laporan dari Meedanie! Laporan tentang kaum Retunnrijki! Mereka merancang korupsi jahat untuk menggulingkan kerajaan kita,bonda!",kata Warshi dengan riak cemas. Dia memandang bonda untuk mengetahui apa yang patut dilakukan kini.

Permaisuri Yanka memandang anaknya pelik. Terus dia berdiri lalu berjalan megah ke jendela. Membuang pandangan ke luar untuk melihat kota yang masih aman dan membangun.

"Bacakan laporan itu dengan jelas,Warshi",arahnya dengan tegas.

Warshi memegang sehelai kertas kecil yang tergulung. Tulisan kurani kuno iaitu tulisan rasmi surat diraja dan kecil yang dapat difahami semua keluarga diraja dibaca dengan kuat.

"Yang amat mulia, Permaisuri Yanka, Permaisuri Ice World Land. Istene Diraja Atas,Daerah Satu,Luxice.
Kami, Meedanie,Wardi dan Lim ingin melaporkan dan memberitahu tentang korupsi jahat yang telah diketahui oleh kami. Maaf, kaum Retunnrijki tidak mahu berdiplomasi dengan kami.

Kami mendapat tahu bahawa kaum Retunnrijki mahu menggulingkan kerajaan permaisuri atas dendam lama semasa zaman kemusnahan. Dan disebab itu akan terletusnya peperangan yang dilakukan oleh kaum Retunnrijki. Bukan setakat pemberontakan tetapi untuk merapas takhta dan menjadikan kaum mereka paling teratas manakala kaum lain akan menjadi taraf paling bawah,hamba.

Turut mengejutkan berita yang sangat luar biasa dan sedikit mengarut. Kaum Retunnrijki akan menghidupkan pemerintahnya paling teratas iaitu Rijki. Rijki sudah mati ditewaskan oleh permaisuri dan Scahryll serta lelaki Hilop. Rijki pemerintah sebelum-semasa zaman kemusnahan yang digulingkan. Rijki yang mati akan hidupkan semula. Bahan yang mereka perlu ada hampir mencukupi.

Kami disini hanya menunggu arahan yang diberi. Sila maklumkan apa yang patut kami lakukan.

Diberi kebenaran,
Meedanie Keturunan Dregra.
Wardrwe Jabbir Yewaq.
Wrev Lailim Derijik. "

Permaisuri Yanka hanya diam mendengar. Dia berfikir sambil melontar pandangan ke luar. Puteri Warshi hanya menunggu kata bondanya meniti untuk memberi arahan.

"Gulingkan kerajaan Hilop? Hidupkan Rijki? Heh...",kata Yanka seorang diri sambil tersenyum sinis. Itu adalah kerja gila. Menghidupkan orang yang mati dan merancang peperangan? Hanya Kaum Retunnrijki yang berani melakukan.

"Ya,bonda. Kaum Retunnrijki hanya memerlukan satu bahan lagi dan Rijki akan hidup. Pemberontakkan mereka semakin luas...",tambah Warshi lagi.

Yanka mengenggam tangannya yang disorok sebalik baju labuhnya. "Mana Sheryll?"

"Sheryll? Maksud bonda?",tanya Warshi hairan dengan soalan bondanya secara tiba-tiba.

Yanka menoleh ke arah anaknya. "Tiada nama Sheryll di atas surat itu? Dimanakah dia?"

Warshi memandang bondanya pelik lalu terus surat itu dibaca sekali lagi. Dan ya, tiada nama Sheryll disebutkan dalam surat ini sedangkan Sheryll yang diberi tanggungjawab besar untuk menyelesaikan kes ini. Tetapi ada nama orang lain di sini. Wrev Lailim Derijik.

Warshi memandang bondanya lalu menggeleng. "Tiada nama Sheryll tetapi ada nama lain,Wrev Lailim Derijik atau Lim di atas surat ini,bonda",jelas Warshi. Yanka merengus kasar. Matanya yang berwarna seakan ice seperti terbakar.

"Tak guna!",rengus Yanka marah.

Barang di dalam bilik itu tiba-tiba jatuh dan melambung. Warshi melihat bondanya. Yanka mengenggam kedua belah tangannya dan sekeliling badannya ada aliran cahaya biru api. Warshi menelan air liur melihat bondanya menjadi sebegini.

"Keluar!"

Jeritan yang maha kuat dan bergema seluruh bilik. Warshi terus keluar dari situ. Barang terus bergegar dan jatuh serta melambung ke sana sini. Tempat itu berselerakan.

Badan Yanka yang dikelilingi aliran cahaya biru api melangkah. "Kau hampir bunuh aku dan kau lepaskan tangan? Aku tak akan maafkan kau dan kaum retunnrijki!"

"Rijki,aku akan bakar kau sampai kau tak boleh dihidupkan lagi! Sebabkan dendam kaum kau yang bodoh buatkan 3 puteri aku terkena sumpahan bodoh kau! Nyawa hati!

Aku bersumpah aku bunuh kau. Makan kau. Dan bakar kau! Termasuk kau,Sheryll! Tiada sesiapa yang mampu membunuh atau melawan aku lagi! Apatah memusnahkan empayar penat lelah aku bina! That are madness!".

Bilik itu seperti lautan api yang marak. Kemarahan Yanka terlalu jelas sehingga sekelilingnya memarakkan api namun tiada kesan padanya.

"Yanka Hilop..."

Yanka yang dimarak dalam kemarahan tersentak seketika. Dia kenal suara itu dan hanya dua orang sahaja yang boleh teleportasi dengannya dari kecil.

"Hazrey Terice Hilop. Lama aku tak dengar tentang kau...."

Yanka duduk di sofa empuknya yang berdekatan. Aliran cahaya biru api semakin berkurangan dan lenyap. Api yang marak di situ juga semakin terpadam.

"Haha... aku pun. Kita terpisah dari tempat yang terhijab,Yanka. Kau lupa?"

"Oh,ya aku lupa. Maaflah sudah lama aku tak lawat lagipun aku ada masalah di sini. Bagaimana dengan keadaan Luciryll Queicy? Aku merindui tempat yang indah dan syurga itu. Dan kenapa kau mahu berkata denganku?"

"Yanka,aku tahu berlaku di tempatmu. Kamu sedang diancam bukan? Dan tempat ini sudah ada Quenna sendiri dari keturunan Scahryll dan dijaga Ryll. Ya,aku ada sesuatu mahu katakan benda yang amat penting pada kau,Yanka".

Yanka mengerutkan dahi apabila mendengarkan kata Hazrey. Tempat ini sudah ada pemerintah? Dan apa yang mahu dikatakn oleh Hazrey yang sangat jarang berkata dengannya.

"Ya, Hazrey. Apa yang kau mahu katakan Hazrey? Dan siapa keturunan Scahryll yang menjadi Quenna di situ? Bagaimana?"

"Terlalu panjang ceritanya. Tetapi aku mahu katakan Quenna ingin memulakan peperangan dengan kaum Retunnrijki yang aku tahu mereka mahu menggulingkan kerajaan kau. Kaum Retunnrijki akan meminta kuasa kegelapan dari ahli mereka yang meliputi pelbagai bangsa dan kekuatan. Kau tahu mereka ada orang larangan yang kuat dan ramai bukan? Ini yang mahu dikatakan oleh Quenna Sheryll untuk kita bergabung seperti dulu...."

"Apa?! Sheryll?! Peperangan?!"

"Yup"

"Whatttttttt!!!!!!"

💙💙💙

Hai, sorry lama tak update. Cerita ini lagi sikit nak habis sebenarnya. Dan saya nak kau orang stay dengan cerita dan sokong walaupun asyik lambat publish. I am so sorry. Dan saya ada buat cerita baru, "vampire's". Cerita ini tak akan panjang macam cerita ni. Tengok-tengoklah juga sikit. Btw thanks sbb support me walaupun hanya sebagai pembaca yang diam. Sorry banyak bebel.

Lost In Ice World LandWhere stories live. Discover now