21 - The Beast

457 32 2
                                    

Mereka berlima berkumpul di ruang tamu. Meeda dengan dua kembar duduk di sofa tiga manakala Wardi dan Erig duduk di sofa dua. Mereka duduk bertentangan dan di antara mereka terdapat meja kopi kecil.

Erig memandang sepupu kembarnya dengan tajam mahukan penjelasan. Meeda hanya diam sambil memeluk bahu mereka berdua. Wardi hanya memerhati sambil memeluk tubuh.

"So, Laura and Haura care to explain?"

Haura dari tadi hanya menunduk. Laura memandang Haura lalu mengenggam erat tangan kakak kembarnya. Laura menarik nafas dan menghembus lalu memejam mata sambil mengenggam tangan Haura. Haura juga memejam mata sambil membalas genggaman adik kembarnya.

Mereka bertiga hanya memerhati dalam diam. Seketika, Laura membuka matanya lalu menunduk kepalanya. Laura mahu memulakan katanya dan mereka mendengar.

"Kami terpecah sendiri bila kami merempuh kesesakan di dewan waktu itu. Setelah sampai, saya mencari Haura tapi tidak dapat. Saya takut kehilangannya dan saya dengar suaranya meminta tolong dan menangis. Saya takut. Dia hilang dan dengan orang yang jahat.

Orang itu melakukan sesuatu yang tidak baik dengan Haura. Dia diculik lalu dibawa ke lorong sunyi. Lorong yang kita jumpa Haura. Haura meronta. Lelaki itu....", penjelasan Laura tergantung lalu dia memandang Haura. Haura sudah mengalirkan air mata. Terus Laura memeluk Haura dan Haura menangis dalam pelukan Laura.

"Lelaki itu rentap hud,baju luar dan seluar Haura. Lelaki itu berniat buruk pasa Haura. Haura cuba melawan tetapi tidak dapat. Dia hanya terperangkap apabila lorong itu mati. Dia lari untuk melarikan diri namun ditangkap dan dihumban ke dinding.

Lelaki itu menghampiri dan Haura mengengsot ke belakang namun apabila tahu bahawa dia lemah dan tidak mampu melawan,dia duduk memeluk lutut sambil menanggis. Dia menjauhi lelaki itu sedaya upaya. Dia tidak tahu apa akan terjadi padanya. Dia cuma mampu berdoa dan meminta pertolongan. Dan saya semakin takut.

Tapi penantiannya berakhir apabila kak Sheryll datang. Dia dicabul. Kak Sheryll cuba melawan namun tenaganya semakin lemah hingga akhirnya dia pengsan. Haura dan kak Sheryll hampir dirogol..",cerita Laura sambil air matanya mengalir apabila mengenang cerita kakak kembarnya hampir dirogol.

Mereka bertiga yang mendengar rasa membahang amarah. Meeda mengetap bibirnya sambil menghembus nafas san memejam mata. Apabila dia mengelip mata, air matanya jatuh mengalir.

Wardi pula hanya diam sambil mengepal penumbuk dan sebebarnya sedang menahan gigilan. Erig hanya memejam mata menenangkan diri. Mereka bertiga cuba menenangkan diri daripada perasaan amarah.

Sepupu dan kawan mereka hampir dirogol! Bagus jantan tu mati dengan kejam!

"Tetapi apa kait dengan The Worst Beast Of Fire In Ice World Land?". Soalan dari Meeda terpacul membuatkan mereka bertiga memandang si kembar. Laura mengetap bibirnya. Ya, ceritanya tidak habis. Bagaimana mulutnya terpacul the beast itu dan mengapa dua lelaki yang berniat buruk itu mati dengan kejam? Namun apabila mereka sampai, the beast itu tiada dan meninggalkan Haura dan Sheryll hidup-hidup?

Banyak persoalan di minda mereka yang menginginka jawapan dari Laura. Laura menelain air liur. Dia tidak mampu.

"Saya tak mampu nak kata tapi saya cuma mampu memberi bayangan",ujarnya lalu menghulur kedua-dua tangannya pada mereka.

Wardi dan Meeda berpandangan pelik antara satu sama lain. "Pegang tangan saya",arah Erig lalu menghulur tangan kepada Wardi dan Meeda. Lambat laun akhirnya mereka berdua memegang tangan Erig. Tangan Wardi dan Meeda sebelah lagi dipegang oleh Laura.

"Deroyuj...",ucap Laura lalu mereka bertiga seperti terkena renjatan sekejap. Mereka terkejut apabila menerima sesuatu aliran yang mengalir dan menyambung pada otak mereka.

Sesuatu peristiwa seperti ditayangkan pada mereka. Mereka berada pada peristiwa selepas Sheryll pengsan. Mereka berada di situ hanya kaku dan melihat apa yang berlaku.

💙💙💙

"Kita try gadis tu dulu lah. Perempuan ni pengsan,tak best",cadang salah seorang yang berambut hitam kerinting.

"Ok juga. Budak laki pulak tu. Kita ikat dia",ujar lelaki seorang lagi yang berambut coklat kelabu panjang.

Mereka menghampiri Haura yang sedang memeluk lutut dan menunduk sambil menangis. Haura cuba menjauhi dari mereka namun sudah terperangkap oleh kedua-dua lelaki itu. Lelaki itu memberi senyuman nakal padanya. Haura semakin takut.

Mereka memegang tangan kedua tangan Haura serentak. Haura meronta sambil air matanya mengalir dan menggeleng. Mereka mahu memegang kaki Haura namun tersentak apabila terdengar bunyi sesuatu yang bergema dalam lorong itu. Seperti bunyi daripada binatang yang buas.

Mereka berdua berpandangan antara satu sama lain lalu melepaskan tangan Haura. Haura terus menjauhi mereka sambil memeluk lutut dengan badannya mengigil. Dia tahu itu bunyi beast tetapi tidak tahu jenis yang mana. Bahaya atau tidak.

Mereka menoleh ke belakang. Tiada apa-apa dan perempuan yang pengsan tadi tiada. Mereka meliar pandangan mencari perempuan itu tetapi tiada. Ketakutan melanda mereka. Fikiran mereka dibayangi dengan perempuan tadi dimakan dengan binatang yang berbunyi tadi.

Mereka menoleh semula pada gadis itu namun sebuah libasan yang tajam dan menyakitkan terkena pada muka mereka. Mereka mengaduh kesakitan yang amat.

Mereka mahu membuka mata mahu melihat apa yang dilibas pada mereka tetapi mereka dicakar. Bukan sekali tetapi bertubi-tubi dan terlalu pantas untuk menghalang. Badan mereka juga dilibas. Mereka meraung kesakitan yang terlalu amat sakit. Cakaran yang dalam dan libasan yang kuat sehingga memercikkan darah.

Akhirnya sekali leher mereka seperti ditetak dengan sebilah parang yang tajam dengan kuat. Darah terpanjut laju mengalir. Mereka rebah dan mati. Haura yang melihat itu mengigil ketakutan.

Binatang itu berjalan mengelilingi kedua mayat itu lalu berhenti pada salah satu mayat. Kukunya yang sangat tajam dan besar digunakan untuk merobek dada lelaki itu. Jantung dicabut dari tangkainnya dengan satu rentapan. Jantung itu disiat dengan taring tajamnya lalu dimakan sehingga habis. Setelah itu, ekornya yang panjang dan besar dengan terdapat seperti duri pada ekornya melibas badan mayat itu dua kali dengan kuat. Menghancurkan tulang dan orga. dalamnya sehinga kulitnya terkoyak.

Perkara yang sama dia lakukan pada mayat lelaki lagi seorang. Kedua-dua jantung mereka dimakan. Akhirnya, pandangan binatang itu teralih pada Haura yang memerhatikan segala perbuatannya sambil mengigil dan menangis.

Binatang itu menghampiri Haura. Haura menangis sambil mengeleng agar dia menjauhi. Mata yang sepenuhnya merah menyala dipandang memohon dengan mata biru Haura. Haura memohon agar binatang itu menjauhkan diri darinya dan tidak mencederakannya dalam hati. Dia tahu betapa sakit dan seksa apabila melihat lelaki otu menerima cakaran dan libasa dari binatang itu.

Binatang yang seakan harimau tetapi ada campuran seperti manusia namun lebih besar badannya dan badannya semua berwarna merah darah. Matanya semua merah menyala. Mukanya kelihatan bengis. Kukunya kelihatan tajam dan besar. Sakit apabila dicakar. Sangat dalam. Ekornya juga kelihatan. Jika dilibas kuat boleh menghancurkan tulang manusia serta mengoyakkan kulit dan daging manusia.

Binatang atau dipanggil oleh mereka di Ice World Land, beast. Beast Of Fire jenisnya dan paling teruk dalam dunia ini rasanya. Binatang itu menyeringai pada Haura dan kelihatan giginya yang kelihatan tajam dan terdapat dua taring yang tajam dan panjang.

Tiba-tiba binatang itu berhenti menghampiri Haura. Kelihatan muka bengis itu seperti dalam kesakitan lalu dia meraung. Raungannya bergema dalam lorong. Raungan yang menakutkan dan mengerikan.

Dia terus menjauhi Haura dengan mukanya yang kelihatan seperti dalam kesakitan yang amat. Haura hanya memerhati.

Dan bayangan peristiwa itu semakin pudar.

"Apa yang kau orang sedang lakukan?"

Suara Sheryll tiba-tiba bergema lalu menyentak bayangan peristiwa yang pudar menyebabkannya hilang.

Meed,Wardi dan Erig terpinga-pinga apabila melihat sekeliling. Mereka bukan berada di lorong tetapi di sebuah hotel sewa. Tanagan mereka juga sudah terlepas dari pautan tadi.

Sheryll yang masih kelihatan lemah memandang mereka pelik sambil menahan diri dari jatuh dengan memegang dinding.

"Sheryll?"

Lost In Ice World LandWhere stories live. Discover now