52 - Deal

277 20 0
                                    

Situasi berubah pada sebuah kawasan lapang yang tersembunyi sedikit. Terdapat Ryll,kanak perempuan dengan cahaya hitam disekelilingnya dengan hadapan lima ekor beast besar masing memandangnya tajam.

"Jangan pendang rendah pada aku. Aku boleh musnah sebuah kampung dalam sekelip mata. Dan aku yang selamatkan kau orang! Dan aku yang bagi keluarga kalian bernafas lega seketika tadi!"

Seorang yang berbulu warna merah dan berbulu duri yang halus mengaum kuat lalu mereka menyerang Ryll serentak namun kelima-limanya terpelanting jauh. Cahaya putih kelihatan bersinar sebagai pelindung Ryll.

"Aku Ryllivya Voseny cuma mahukan jantung kalian. Itu sahaja!"

Mereka bersiaga sambil memandang Ryll tajam. Ryll mendengus kuat. Seekor beast menyerangnya lalu kerana kegeraman kaki belakangnya bengkok lalu jatuh. Beast yang lain memandang tidak percaya.

Seekor beast merah paling besar perlahan-lahan menjadi bentuk manusia semula. Dia lelaki yang bernama Ihtidam memandang Ryll dengan pandangan merayu. Dia mengeluh perlahan seketika sebelum memulakan kata.

"Kalau itu sahaja kemahuan kau,aku turut tetapi ada syaratnya. Selamatkan kampung kami,keluarga kami dan jangan seksa kami....",dia memandang satu persatu beast yang lain dengan muka berharap. Ihtidam memandang kanak yang masih kecil namun luar biasa.

"Itu deal kami. Kami berlima. Jadi dapatkah kamu penuhi?"

Ryll memandang Ihtidam tajam sebelum mengukirkan senyuman manis. "Aku tak dapat selamatkan kampung kalian kerana kampung kalian sukar dipulih kembali. Banyak nyawa sudah menjadi korban. Mereka sudah masuk ke kawasan kalian tapi..."

Ryll memandang kelima-lima kaum Biggies sebelum menyambung katanya, "aku dapat selamatkan nyawa yang mana boleh diselamatkan. Nyawa mereka hanya dapat dihabiskan dengan kuasa lebih tinggi dari ku",lafaz Ryll lalu jarinya menunding ke atas lalu cahaya putih meletus ke atas seperti percikan mercun.

"Hanya sepuluh orang yang terselamat. Itu sahaja aku mampu,aku minta maaf",ucap Ryll lalu memandang muka mereka dengan muka yang kesal. Mereka kelihatan seperti hampa sedikit.

Ryll menunduk seketika. "Maafkan aku...",ucap Ryll lalu mendongak dengan matanya hitam sepenuhnya serentak mereka berlima rebah ke tanah.

"Aku perlukan jantung hidup. Maaf jika menyeksakan kau tapi aku dapat biuskan kau supaya tidak merasa kesakitannya....",kata Ryll perlahan lalu menuju ke jasad mereka yang rebah. Dia perlu makan jantung yang masih hidup,masih berdenyut untuk mendapatkan kebolehan mereka.

Dan malam itu, mereka mati dengan rentapan jantung dari Ryll. Ryll akhirnya dapat kebolehan mereka iaitu dapat menjadi half beast.

Mata Ryll bertukar menjadi merah darah sepenuhnya dan kedua-keduanya. Badan Ryll mula bertukar dan akhirnya bertukar sepenuhnya menjadi the beast of fire yang besar dan mengerikan. Dia mengaum sepenuhnya.

Kini bergerak laju seperti cahaya elektrik yang bervolton tinggi menuju ke kampung Biggies yang kelihatan api marak menyala. Asap hitam mengelilingi badannya sebagai pertahanan. Sebagai janji,dia cuba menyelamatkan.

Di depan pintu perkampungan itu,Ryll mengaumkan bunyi yang mengerunkan sehingga bergema seluruh kampung. Setelah itu terus berlari masuk ke dalam perkampungan itu sambil melibas dan mencakar orang yang membakar dan membunuh kaum Biggies iaitu Kaum Retunn.

Ramai yang mati dan ramai yang berjaga-jaga. Akhirnya,Ryll berhenti langkahnya dan memunculkan diri. Dia dikepung oleh orang Retunn dengan senjata mereka di tangan. Aku menyeringai pada mereka. Ada yang gentar ada yang tidak.

Salah seorang dari mereka melepaskan tembakan namun tidak lut pada badannya bahka memantul dan membunuh orang itu kembali. Rekasi mereka takut dan muka menjadi pucat.

Terus ekor yang besar itu melibas mereka semua sehingga mati. Baru Ryll mahu berlari,tiba-tiba sebuah jaring besi yang besar memerangkapnya. Dia mahu mengoyakkan namun tidak mampu. Kedengaran seseorang menepuk sambil berjalan mengelilingi jadring itu.

"Beast,beast. Malang nasib kalian. Kalau kalian dengar kata kami,pasti hidup aman kini. Sekarang kau,aku jual...",ucapnya sinis lalu beredar. Ryll seperti ditarik oleh jaring itu. Dia menyeringai dan mendengus.

"Ger yuo ger reg..."

Mata beast merah yang terperangkap dalam jaring berubah menjadi warna putih sepenuhnya. "Grrrrrr....",Ryll menderam lalu badannya terdapat lingkaran cahaya putih.

Asap hitam mengepung orang yang menarik jaring itu dan orang yang mengucap sinis tadi lalu menghilang. Asap hitam terus mngumpul ke arah 10 orang yang sudah terpilih.

Cahaya putih dari badannya tiba-tiba menyilau ke seluruh kampung sehingga cahayanya dapat dilihat di atmosfera. Sekelip mata,semuanya sudah musnah sepenuhnya. Cahaya putih berhenti menyilau.

Mayat bergelimpangan di semua tempat. Rumah-rumah kayu sudah musnah. Saki baki api masih membara. Mata Ryll yang merah menyala itu bergenang. Dia mengaum sepenuh hatinya sambil berlari keluar dari situ. Ya,dia yang memusnahkan kampung itu sepenuhnya.

Dua orang yang diperangkap dengan asap hitam tadi direntap jantung lalu dimakan. Mereka ialah orang istimewa.

Namun esok senja,dia memunculkan diri lagi di situ. 10 orang yang terpilih sudah selamat dan beredar dari situ. Maka kedua tapak tangannya diletakkan atas tanah.

Sebuah lohong hitam muncul di tanah dan semakin membesar sambil menelan semuanya yang berada di atas. "Kampung Biggies menjadi misteri. Hanya yang berasal dari tanah ini mengingatinya. Pada suatu hari sumpahan ini akan mati dan kembali muncul kampung Biggies yang maju. Kaum Retunn biarlah mati tidak bertanda dan tidak diingati..."

Lost In Ice World LandWhere stories live. Discover now