6 - Sheryll

700 41 0
                                    

"Awak orang mana,Sheryll?"

Aku terdiam. Aku terfikir nak jawab apa. "Malaysia?"

Dahinya berkerut sambil memandang aku. Aku lagi lah berkerut. Aku jawab je lah. Dah memang jawapannya begitu.

"Di mana itu? Fire World Land? Fantasy Of Land? Water World Land? Cloud Earth Land? Ke..."

"Stop!",potong ku sebelum dia sambung membaca kesemua nama tempat yang pelik. Dia memandang aku hairan.

"Saya tak tahu saya dari mana apabila saya masuk tempat awak,Meeda. Saya tak tahu saya di mana dan tempat itu terletak di dunia mana. Antara dunia saya atau dunia yang saya sendiri tak tahu",terangku jujur sambil menggeleng. Aku sekarang pening memikirkannya. Tidak terlintas selama hidupnya akan jadi begini. Aku mengeluh.

"Saya minta maaf..."

Ayatnya yang polos dan ikhlas membuatkan aku sebak. Aku rindukan keluarga aku walaupun aku tidak melayan mereka dengan baik. Kini baru aku sedar bahawa mereka melayanku sebaik mungkin walaupun mereka tahu akan menerima dinginan dariku. Air mata bertakung.

"Awak tak salah, Meeda. Ini adalah balasan dan pengajaran pada saya selama saya hidup ini. Saya mohon pada awak, tolong saya pulang...",rayuku sedikit merintih dengan air mata mengalir.

Tolonglah diriku, Tuhan. Aku mahu pulang. Aku sedar sekarang aku mensia-siakan peluang yang diberi padaku. Aku sering menyakitkan hati orang lain yang mahu menggembirakan ku. Mengapa aku tidak sedar?

Aku janji aku akan jadi yang lebih baik. Aku tidak akan siakan peluang yang diberi. Aku akan berubah! Itu janji aku!

Meeda yang melihat diriku dengan pandangan sayu. Dia memahami walaupun tidak semuanya.

"Jangan risau, Sheryll. Saya akan tolong awak tapi kalau awak nak, awak perlu kuatkan diri dan usaha. Awak boleh lakukannya, Sheryll. Saya percayakan awak",pujuk Meeda sambil tersenyum manis ke arah aku. Aku turut tersenyum apabila melihat senyuman itu.

"Sheryll dalam Gughluj ialah kesedihan, manakala dalam Jujhp ialah orang yang berguna malahan maksudnya dalam Drewaq ialah penyelamat dunia. Kalau Marine, tak silap saya hanya dalam Ittduo. Maksudnya adalah keputusan muktamad. Nama awak indah dan nama Sheryll ada dalam nama istene atau kalau lekloknya, istana maharaja dulu",terang Meeda dengan senyuman yang lebar dan agak beria.

Aku yang mendengar hanya ketawa. Comel gelagatnya menerang dengan mata biru yang terang bercahaya.

"Awak minat bahasa pelbagai kaum dan sejarah sini ya?"

Dia hanya tersengih. Aku dah tahu jawapannya melihat sengihannya itu.

"Awak sangat berbakat. Kalau awak pula?"

Meeda menyengih dahulu sebelum menjawab dengan keyakinan yang tinggi, "Meedanie mengikut bahasa kaum belah nenek ibu saya, ia bermaksud cahaya yang terang dan tidak pernah putus. Nenek saya yang memberi nama itu sebab mata istimewa saya. Katanya mata saya sangat istimewa. Hehe...",aku hanya ketawa menyambut balasannya.  Aku akui matanya memang terang dan aku rasai sesuatu kehebatan serta keistimewaan yang tinggi pada matanya yang berwarna biru terang bercahaya. Aku agak cemburu walau mataku juga berwarna biru.

"So,sekarang kita nak pergi mana?"

"Perkampungan saya jom".

Lost In Ice World LandWhere stories live. Discover now