63 - Mareya Tcevile Dēclóus

241 16 0
                                    

Penjara Utama Bandar Dua belas

Kekocohan yang berlaku tidak mengacau ketenangan seseorang di dalam salah satu bilik penjara yang tersedia. Dia masih berdiam diri sambil berbaring di atas katil dengan mendengar kenecohon di bawah. Matanya tertutup.

"Retun Rijki...",matanya dicelik secara tiba-tiba. Mata merahnya kelihatan pekat dan menyala. Kuku yang panjang dan kehitaman mengetuk besi yang mengikat badannya yang kurus dan cekung. Rambut yang serabai dan panjang bergerak ke sana -sini mengikut badannya yang meronta untuk dilepaskan.

"Ťśaviou hjituk őkkkhsbn illteranf woropd....",lafaz dibaca sambil menghentikan pergerakannya dan memegang salah satu besi yang mengikatnya walaupun agak susah.

"Decutl!",besi itu terus hancur bagaikan debu di atas badannya. Dia berlari ke pintu bilik penjara ini dengan merangkak secara laju. Tombol pintu dipegang lalu lafaz mentera yang sama dibaca dan tombol itu musnah menjadi debu. Dia berlari mengunakan kakinya secara tidak betul dan tidak menghiraukan kekecohon yang terjadi pada sekelilingnya.

Akhirnya dia berhenti pada sebuah tempat yang sunyi dan seram. Kawasan perkuburan yang terletak di pendalaman sekitar pinggir bandar utama. Dia berjalan dengan terhinjut-hinjut kerana kaki di sebelah kirinya tidak mampu berjalan dengan betul.

Dia berjalan sehingga sampai di sebuah keranda yang ditanam separuh. Terdapat pelbagai tulisan berdarah pada atas permukaan keranda yabg diikat dengan tali tebal berukang kali. 'Devetta Tcrosiy Dēclóus' tertera di atas permukaan keranda itu.

Dia berjalan sekeliking keranda itu sambil meraba-raba dan mengetuk keranda itu. Keranda salah seorang keluarga Dēclóus yang terkenal hebat dalam keluarga ahli sihir. Mereka terhebat kerana sesuatu. Dia mengukir senyuman yang menyeramkan.

Kedua tapak tangannya diletakkan di atas keranda lalu lafaz mantera disebut dengan kuat. Setelah itu,dia melukakan tangan kirinya dengan kuku panjangnya sehingga menitik darah menyentuk keranda kayu itu.

"Bngkit ferimil Dēclóus!",terus ikatan tali tebal terbelah secara serentak dengan mendadak. Dia menjilat bibir dan kelihatan giginya yang berterabur dan hitam kerana bersemangat untuk mengambil sesuatu di situ. Sesuatu yang mempunyai kekuatan dan roh yang tidak aman.

Atap yang menutupi keranda ditolak ke tepi. Kerangka tulang yang kehitaman kelihatan namun sesuatu yang menyerlah di situ menarik perhantiannya. Cincin perak berukiran seekor naga dan ular. Cincin yang tebal dan terletak batu permata kecil ditengah membuatkannya kelihatan antik nanun cantik.

Cincin itu diambil dari jari tulang belulang yang hitam lalu dibelek dengan teruja. "Fibindo lop Mareya",dia mencium cincin itu lalu dipakai pada jari manis tangan kanannya.

"Mareya Tcevile Dēclóus!"

Tiba-tiba banyak bayangan hitam datang ke arahnya dan masuj di dalam badannya satu persatu. Badannya semakin berisi sehingga hancur secara tiba-tiba. Debu hitam yang kelihatan berteraburan di tanah dengan sebentuk cincin perak.

Namun tidak lama selepas itu, debu hitam itu tiba-tiba bergerak dan bercantum antara satu sama lain lalu membentuk seorang kelibat manusia. "Haaaa......",nafas sudah kembali sedia ada. Dia menarik nafas sedalamnya. Kelopak matanya tercelik dan memperlihatkan mata merah menyalanya.

Dia mengambil cincin perak yang jatuh lalu disarungkan pada jarinya. Batu permata yang berwarna putih tadi sudah bertukar hitam lalu disentuh dengan jari dan bertukar warna hitam. Tangan dan badannya diregang sedikit setelah mendapat tubuh yang sanggup membangkitkan dirinya, syaitan dan ahli sihir terhebat, Mareya Tcevile Dēclóus!

Tangannya dihalakan pada sekeliling tempatnya dengan membaca lafaz mentera. "Bangkit untukku,jasad yang tidak bernyawa! Bangkit!".

Tiba-tiba sebuah tulang terkeluar dari sebuah kubur dan akhirnya mengeluarkan kerangka tulang yang lengkap. Satu persatu keluar sehingga membentuk ramai di belakang wanita bermata merah menyala itu.

"Pertarungan tidak lama lagi. Tidak lama kita akan berjumpa,Ryll",senyuman sinis terukir lalu dia menghalakang tangan pada rangka tulang manusia yang lengkap. "Jasad manusia yang berdaging dan berdarah dan tidak akan mati lagi...",terus kerangka tulang manusia dilapisi daging yang muncul sehingga menampakkan mereka seperti manusia biasa.

Tangannya bagaikan berpusing dan menari lalu menghala ke tanah dan sebuah lohong hitam menelan mereka  ke suatu tempat. Tidak lama selepas itu, lohong hitam itu menghilang tanpa meninggalkan apa-apa dan kekecohan terus berlaku.


Lost In Ice World LandWhere stories live. Discover now