40 - Keluarga Yang Terbuang

366 24 0
                                    

Setelah masuk ke dalam rumah, Meeda dan Wardi duduk bersila berhampiran dengan sebuah meja kayu yang terletak di tengah ruang tamu. Meja kayu yang tidak lah besar. Meja kayu kopi.

Rania dan Katrina datang ke hadapan dengan membawa dulang yang terletak cawan dan jug kecil. Cawan yang diperbuat daripada kayu diletakkan di hadapan mereka berempat. Rania menuangkan pada setiap cawan dengan cermat.

"Teh,minumlah",jemput Rania dengan senyuman lalu dia dan adiknya duduk bersila dihadapan Wardi dan Meeda diantara sebuah meja kayu kecil. Wardi dan Meeda mengangguk dengan senyuman lalu menghirup sedikit teh yang masih panas lagi itu.

Dan barulah penjelasan dan penceritaan dimulakan. Namun sebelum itu soalan Wardi memecahkan dulu, "mana ibu bapa kamu?"

"Masih bekerja. Nanti senja baru pulang".

"Ohh, baiklah".

"Apa sebenarnya yang berlaku pada keluarga awak, Rania? Dan apa maksud awak dengan half human? Half human hanya memiliki sedikit campuran berkaitan dengan kromosom manusia dan selebihnya bukan kromosom manusia. Adakah awak half beast?",soal Meeda bertubi dengan tidak sabar dan inginkan jawapan. Akhir soalan itu juga membuatkan dia menelan air liut kesat. Berdebar menanti mendengar jawapan daripada Rania. Rania senyum manis pada Meeda.

"Kami bukan half beast pastinya kerana kami tiada campur darah yang berkaitan dengan half beast...",mendengarkan jawapan itu membuatkan Meeda mengeluh lega. Rania terus menyambung kata dan mereka berdua mendengar dengan teliti.

"Kami berasal daripada kaum Retunnrijki namun dibuang setelah keluarga kami menentang tentang perkara yang diusulkan oleh mereka semua...",dahi Wardi berkerut mendengar itu.

"Usul apa?"

"Usul untuk menggulingkan pemerintahan Ice World Land kini dan menjadikan kaum Retunnrijki, kaum pemerintah..."

"What?!",tersentak apabila suara Meeda dan Wardi bergema serentak dengan reaksi tidak percaya.

"Are you dead seriously, Rania?",soal Wardi tegas tidak percaya. Rania mengangguk lemah termasuk Katrina yang mendengar kisah dari Rania.

"Kerana itu keluarga kami tidak mahu dan bantahan hanya minoriti manakala majoriti menerima usul itu. Jadi,keluarga yang tegas tetap tidak mahu menerima usul itu dibuang dari kampung itu. Kerana itu kami pindah di sini,tempat yang terselindung",jelas Rania bersungguh-sungguh. Mereka berdua terangguk-angguk memahami. Kini mereka tahu mengapa keluarga mereka dibuang dan duduk di kawasan perhutanan.

Tetapi ada sesuatu yang masih tidak dijawab dan dijelaskan. "Jadi,bagaimana tentang half human pula?",soal Meeda yang masih curious.

Rania mengeluh berat sebelum menjawab, "kamu tahu kan tentang kawasan perkampungan kaum Retunnrijki lebih berganda dari bandar besar kan?". Wardi dan Meeda mengangguk tanda mengetahui tentang info yang pernah dibincangkan.

"Dikatakan meliputi kawasan larangan dan kawasan ghaib kan?". Mereka berdua sekali lagi mengangguk.

"Semua itu benar dan kami kaum Retunnrijki dari kawasan larangan..",jawapan Rania dibalas dengan pandangan terkejut dari mereka berdua. Tidak percaya.

"Siapa kalian yang sebenarnya?",tegas Wardi bertanya sambil memandang Rania tajam dan tidak percaya. Rania mengeluh berat sekali lagi. Sukar untuk dikatakan.

"Ayah saya bukan dari Ice World Land dan tersesat masuk ke perkampungan ibu saya, kawasan larangan. Orang dikawasan larangan itu hampir semua half human termasuk ibu saya. Mereka bertemu dan akhirnya berkahwin. Dan lahirnya saya di muka bumi ini tanpa diketahui percampuran darah mereka yang berlainan menghasilkan saya seorang yang jenis baharu dan...",katanya dengan senyuman hambar.

"Jenis baharu dan...?",tanya Wardi sedikit menggesa apabila ayat Rania tergantung. Rania menoleh ke arah Katrina dengan senyuman kelat. Dia menggosok rambut biru cair yang pudar itu perlahan lalu dicium ubun-ubunnya.

"Adik, pergi mandi. Bau busuk",sakat Rania lalu mendekati adiknya sambil menghirup bau. Lalu terus dia menjauhi dengan muka yang berkerut sambil mengetip hidung. Wardi dan Meeda hanya memerhati. Wardi baru mahu memanggil terus dihalang Meeda dengan gelengan.

"Busuk lah! Berbau! Pergi sana,wangikan badan dulu kalau mahu akak buatkan coklat",sakat Rania sambil mengugut. Muka Katrina sudah masam memuncung lalu dihentak kakinya tidak puas hati sebelum beredar naik ke atas. Rania hanya tersenyum melihat Katrina pergi sebegitu lalu apabila kelibat Katrina sudah hilang, terus muka tetamunya dipandang dengan senyuman hambar.

"Katrina anak kandung saya..."

"But how? Bukan tadi awak kata Katrina adik awak ke?",tanya Meeda pelik sambil tangannya memegang tangan Rania erat. Konon mahu memberi semangat.

"Saya jenis yang lain daripada lain atau jenisnya dikatakan Drikji. Saya orang istimewa, saya Drikji, saya Hilop, saya half human dan saya Rewi. Banyak campuran. Dan apa awak boleh bayangkan pada Katrina,anak saya? Saya pernah bertemu dengan seseorang jejaka yang cedera.

Saya rawat dia dan ajak dia berteduh di sini. Dan saya tak sangka, dia... dia...rogol saya...",katanya perlahan dan sayu. Air matanya sudah mengalir deras. Genggaman tangan Meeda pada tangannya lebih kuat. Meeda memandangnya dengan sayu.

Wardi memandang Rania dengan senyuman nipis namun soalan dibenaknya masih diluahkan perlahan, "tapi kenapa awak tak nak bagitahu dia. Dia patutu tahu..."

Rania memandang Wardi dengan muka yang tidak dapat ditafsirkan. Rania menggeleng sambil berkata, "saya tak nak dia rasa kotor. Tak akan saya nak mengaku dia anak tak sah taraf. Lagi-lagi dia tu macam-macam ada. Lelaki itu Darker. Lagipun saya bunuh lelaki itu...". Dia terus memalingkan muka apabila menuturkan pengakuan terakhirnya.

"A.. awak bu.. bunuh dia?",kata Meeda tergagap tidak percaya. Genggaman tangan seperti longgar.

Rania memandang mereka berdua dengan air mata yang masih mengalir dan mata yang memerah. Tajam pandangannya seperti amarah.

"Darker inside Katrina is stronger than him. I met him when i was pregnant. And he died",kata Rania perlahan namun jelas kedengaran.

"Katrina and him Darker?",kata Meeda mahukan kepastian. Rania mengangguk.

"Siapa nama lelaki itu?",soal Wardi kedengaran tegas.

"I don't know. He asked me to call him Jir..."

Lost In Ice World LandWhere stories live. Discover now