16 - Makan Dan Minum

513 28 0
                                    

Pasr Fastivel Maharaja, Daerah Satu,Terice

"Sheryll,open your eyes. Kita dah sampai",kata Meeda lalu serentak dia dan Wardi melepaskan tanganku perlahan.

Aku membuka mata apabila mendengar kata Meeda. Celik je,sekarang aku berada di dalam sebuah kedai makan. Kami duduk di sebuah meja bulat yang kecil. Kedudukan yang sama seperti tadi.

Aku memandang sekeliling. Pelik. Di atas meja kami duduk juga sudah ada tiga cawan kecil dengan ukiran menarik serta tiga mangkuk kecil. Sama corak.

Sekeliling kami juga turut terdapat banyak buah meja bulat tetapi saiznya yang berbeza. Terdapat ramai pelanggan selain kami di sini. Sesak dan ramai. Aku memandang mereka berdua yang duduk tenang dengan muka hairan.

"Kenapa, Sheryll?" Soal Meeda perihatin.

Aku mengerutkan dahiku. "Kenapa kita berada di sini?"

Meeda pula mengerutkan dahinya tidak memahami soalanku lalu dibalas pelik, "Pasr Fastivel Maharaja lah. Tempat yang saya tulis. Kenapa?"

"Bukan itu maksud saya..."

"Habis tu?"

"Hmm... kenapa kita jadi macam ni. Maksud saya kenapa di kedai makan dengan makanan minuman sudah tersedia lagi? Tak ke pelik?"

"Oh. Sheryll, Sheryll",sebutnya sambil mukanya menahan geli hati melihat prilaku yang kelakar dari Sheryll.

"Sebenarnya dah sampai lama lagi, siap kami dah order makanan dah. Saya teringin nak pergi kedai makan ni di pasar ni. Pasar terbesar,tersesak,teramai dengan pelbagai kedai dan kemudahan. Pasar ni lebih bagus dari pasar besar di Daerah Sepuluh tau. Terima kasih juga atas kebaikan Wardi yang belanja kita. Untung kita",seakan perli ayatnya pada Wardi di akhir ayat namun dihiraukan. Wardi hanya menjeling Meeda. Aku pasti mereka bergaduh tadi.

Aku mengangguk memahami. Aku suka Meeda yang baik hati menjelaskan pada aku tanpa banyak keluhan. Terima kasih! Dan aku suka Wardi juga! Suka?! Pipiku tiba-tiba merona merah namun ditampal dengan muka yang selamba.

"Apa yang saya buat tadi masa kau orang order?"

"Awak tidur kat atas meja sebenarnya. Kami cuma tunggu awak bangun dan akhirnya kami kejutkan awak. Lama betul juga ya. Eh, makan dan minulah! Sayang nanti duit tu nanti",ujar Meeda dan menerima jelingan daripada Wardi yang sedang makan.

"Apa ni?"

"Bihun sup tapi jenis Terice ni. Lain sikit rasanya tapi sedap. Rugi tak cuba",jawab Wardi lalu menyambung makannya. Kelihatan sedap dan tidaklah terlalu pelik. Macam di Malaysia tetapi lain sikit.

Aku menghirup supnya untuk mencuba. Sedap! Lalu aku terus makan. Tiba-tiba haus pula rasanya terus mataku teralih pada air warna unggu dalam gelas di sebelah ku.

"Air apa?"

"Air Grunn"

"Grunn?"

"Ya, Grunn"

"Tapi Grunn tu apa?"

Meeda memutarkan bebola matanya menyampah dengan jawapan Wardi yang sengaja. Semestinya aku tidak tahu kerana aku tidak tahu apa itu Grunn dan baru sahaja aku hidup di dunia ini. Aku mengeluh berat.

"Grunn tu ialah air anggur diperam dan dicampurkan dengan epal,tomato dan lobak. Sedap!" Jelas Meeda lalu meminum airnya yang sama warna denganku. Menunjuk mukanya yang heaven bila meminumnya. Aku sengih melihat perbuatannya.

"Arak ke?"

"Arak?" Soal Meeda terkejut.

"Arak tiada di pasar maharaja dari Daerah Satu sehingga Daerah Tujuh, Sheryll. Kalau di pasar besar Daerah Sepuluh mungkin ada. Kenapa? Awak nak arak ke?" Terang Wardi lalu menyoalku. Aku menggeleng lalu meminumnya. Tidak lah teruk rasanya. Sedap. Manis dan rasa berjus.

"Saya rasa saya nak pergi beli baju lah dulu. Awak tak rasa begitu, Sheryll?" Tanya Meeda sambil memandangku yang sedang makan. Dia sudah habis makan. Aku mengangkat bahu tanda tidak kisah.

"Awak Wardi?"

"Sukahati"

"Saya nak beli baju sebab baju kita pakai ni pelik. Terice tidaklah sejuk seperti Fantice. Dingin dan nyaman. Lagipun kita akan dipandang pelik",terang Meeda untuk menjawab ajakannya tadi. Aku dan Wardi mengangguk memahami.

"Tapi saya rasa tak perlu. Mana lah tahu kita nak bergerak ke tempat lain. Mungkin kita hanya buka baju luar dan hud? Jimat dan lagipun saya tak ada duit sini",cadangku sambil memandang mereka bergilir lalu meminum air.

"Bagus cadangan awak, Sheryll. Jimat duit saya",kata Wardi setuju dengan cadanganku lalu mengeluh lega. Aku pelik dengan riaksinya. Namun apabila melihat Meeda menjelingnya. Aku faham.

"Okay juga tetapi sayang lah tak dapat guna duit orang yang baik hati hari ni",perlinya namun aku tahu dia memaknakan persetujuan pada cadanganku. Aku mengangguk.

"So, kita nak pergi mana?" Soalku apabila melihat kami sudah habis makan dan minum.

"Berjalan sekitar sini?"

"Okay juga",setuju Wardi dengan cadangan Meeda. Aku juga  mengangguk menerima cadangan itu.

Kami membuka baju luar dan hud pada badan kami. Hanya mengenakan pakaian ringkas dan kasual. Lalu kami bergerak meninggalkan kawasan ini.

Lost In Ice World LandWhere stories live. Discover now