24 - Merah Dan Biru

429 26 0
                                    

Aku memegang kepala. Pening dan sakit kepala. Badan pula lemah je. Mata dibuka. Wardi ada di hadapanku sedang minum mungkin.

Aku cuba untuk menukar posisi dari baring ke duduk. Aku mahu duduk. Lemah sahaja badanku. Kepalaku berdenyut kuat. Aku mengetap bibitr menahan kesakitan. Pandanganku berpinar-pinar. Kesakitan mencengkam.

Aku mahu menjerit kesakitan tapi tidak terkeluar. Aku memegang kepala sambil memejam mata. Cuba untuk menangung kesakitan.

Aku mahu turun dari katil namun aku tersalah langkah. Aku terjatuh dan masa itu baru jeritan kesakitan terlepas dari mulutku. Kepalaku semakin mencengkam kesakitan. Berdenyut sangat kuat.

"Sheryll!",jeritan Meeda bergema lalu mendapatkan badanku. Aku juga kedengaran suara Wardi menghampiri kami. Gelap.

Badanku menggelupur secara tiba-tiba. Aku tidak tahu mengapa. Aku tidak dapat mengawal badanku. Sakit yang aku rasa.

"Wardi, cepat ambil air",arah Meeda tergesa dan risau pada ku. Dia menarik badanku hampir kepadanya. Kepalaku dipangku pada ribanya.

Aku rasakan air direnjis pada mukaku dan badanku. Aku tidak tahu mengapa aku merasakan panas apabila air direnjis padaku. Aku menjerit kesakitan kerana panas.

Kali ini aku rasakan mukaku seperti melecur. Aku menjerit kesakitan apabila aku rasakan mukaku disapukan dengan air. Panas membakar.

"Sheryll,please. Aku sayang kau. Tolong jangan tinggalkan aku...",rayu Meeda lalu memeluk badanku erat. Air mata Meeda mengalir lalu menitis pada badanku. Aku tidak rasa panas namun sejuk dan nyaman.

Aku berhenti menjerit. Nafasku kembali normal. Pelukan Meeda dibalas. "Aku sayang kau juga..."

Kedengaran derapan tapak kaki menuju ke arah kami. "Wardi? Meeda? Sheryll? Kenapa dengan dia?",kedengaran suara garau lelaki yang aku tidak pati siapa.

Mataku terbuka. Aku melihat seorang lelaki yang sedang memandang kami kehairanan dan inginkan jawapan. Lelaki yang duduk di sebelah Wardi di sofa tadi.

Matanya memandang kami lalu terpandangkan diriku. Reaksinya agak terkejut apabila diriku. Aku memandangnya hairan.

Dan aku baru sedar sesuatu. Apabila aku memandangnya, dia ada dua. Sebelah kiri,sekelilingnya terdapat pelbagai perkataan manakala sebelah kanan hanya pandangan biasa. Aku pelik dengan pandanganku. Aku tidak rasa pening dan seperti memandang macam biasa. Tetapi mengapa jadi begini.

Meeda. Sheryll. Merah. Mata. Lain. Apa terjadi? Pergi. Ajak. Istana.

Aku terbaca perkataan di sekelilingnya. Aku mengerutkan kening tidak faham.

"Kenapa tak gerak lagi, Erig?",kini seorang wanita yang berpakaian elegen dan cantik muncul bersama dengan pasangan kembar yang terjenguk-jenguk ke arah kami. Dia memandang lelaki tadi pelik.

Oh lelaki itu namanya Erig. Perempuan itu pelik melihat Erig yang memandang sesuatu terkejut lalu dia mengalihkan pandangannya ke arah aku. Aku memandangnya lalu tersenyum padanya. Reaksinya juga terkejut dan masih terdapat dua bayangan dirinya.

Erig. Perbincangan. Ice World Land. Istana. Ayahanda. Bonda. Kaun Retunn. Musnah. Zaman kegelapan. Perempuan. Mata. Biru. Merah. Lain. Siapakah dia?

Aku membaca perkataan yang berada di sekelilingnya pada bayangan di sebelah kiri. Aku mengerutkan dahi tanda tidak faham dan pelik.

"Erig, siapa perempuan ni? Kenapa matanya warna lain?",tanya wanita itu dan masih memandangku tajam.

Apabila mendengar soalan itu terus pelukan dilonggar lalu Meeda memandangku terkejut. Aku memandangnya pelik. Ada apa-apa yang terjadi ke?

Air matanya bergenang. Wardi turut menyaksikan dan reaksinya sama dengan yang lain iaitu terkejut. "Wardi ambilkan cermin",arah Meeda dan  Wardi akur mengikut arahan.

Air mata Meeda mengalir. Pelik. Baru sahaja aku mahu menyeka tetapi terbantut apabila Wardi memberi cermin kecil pada Meeda. Meeda memegang cermin itu dihadapanku. Aku melihat pantulan imejku.

Dahiku mengerut tidak percaya apa yang aku lihat. Anak mata sebelah kiriku berwarna merah menyala manakala sebelah kanan warna biru seperti asal warna anak mataku. Aku rasa sebak. Sebak kerana apa yang terjadi padaku kini lalu aku memandang Meeda yang masih mengalir air matanya.

Bayangannya disebelah kiri banyak perkataan namun semuanya ada dua maksud yang sama sahaja. Berulang di sekeliling Meeda. Aku mengerutkan dahi pelik apabila membaca perkataan itu.

Beast. No!

"Meeda,apa itu beast?"

Meeda memandangku terkejut apabila mendengar perkataan itu muncul dari mulutku. Bukan Meeda tetapi semua orang termasuk si kembar memandangku terkejut. Aku memandang mereka pelik. Aku salah sebut ke?

(Maaf lambat. Sebenarnya saya dah tulis semalam tetapi Wattpad buat masalah dan saya hilang draftnya.)

Lost In Ice World LandWhere stories live. Discover now