8 - Sejarah Meeda

638 29 0
                                    

Lot 55a, Dregra Miggul, Parkempungann Gughlushij, Daerah Sepuluh, Fantice

Akhirnya kami sampai di sebuah rumah yang didepannya tergantung sebuah papan kayu yang tertulis alamat rumah ini. Dregra Miggul, aku rasakan itu nama ayahnya kerana terselit nama keturunan Meeda.

Meeda mengetuk pintu rumahnya tiga kali lalu dilaungkan nama penuhnya, "Meedanie!"

Selepas beberapa saat, pintu rumah terbuka dan seseorang menjenguk ke luar. Cantik! Dengan mata kelabu dan  kebiruan sedikit dengan rambut warna peach. Walaupun pelik namun aku menyukai kesepadanannya kerana cantik. Mukanya lebih matang dan tinggi sedikit dari kami.

"Inu Kilany!" Sapa Meeda lalu memeluk wanita itu. Aku merasai itu adalah ibunya.

"Meedanie yughri", sebut wanita itu lalu membalas pelukan Meeda. Selepas sudah berpelukan, wanita itu menyedari aku yang berdiri terus dia berkata sambil memandangku hairan.

"Rewa gu fiare? Gerlu gana?". Aku rasakan itu soalan namun aku tak tahu mahu jawab pada soalan yang aku tidak tahu apa pertanyaannya. Aku terpinga memandangnya. Aku tahu itu bahasa Gughluj tapi aku tidak faham!

"Inu, mera iupo gaqen gup. Mera niko tureh Gughluj. Gaqen gup,Sheryll",balas Meeda sebagai jawapan kepada soalan itu.

"Leklok?" Meeda mengangguk menjawab soalan wanita itu.

"Jemput masuk, Sheryll",kata wanita itu lalu pintu dibuka luas buat kami. Meeda memasukinya lalu diikuti aku.

Rumahnya sangat cantik dan nyaman. Tidak sejuk seperti luar. Banyak hiasan kristal yang cantik belaka di dalamnya.

"Duduklah, saya ambilkan air panas", ajak wanita itu lalu beredar pergi ke dapurnya mungkin.

Aku menoleh ke arah Meeda. "Siapa tu tadi?" Soalku mahu tahu. "Ibu saya, Kilany Keturunan Fetrew". Mataku membulat tidak percaya sangkaanku benar, "serius lah?" Meeda ketawa kecil lalu mengangguk.

Aku meliarkan pandanganku di seluruh ruang tamu yang aku duduki. Mataku berhenti meliar apabila terlihat sebuah bingkai gambar yang besar dan terlihat sebuab keluarga yang unik dan pelbagai. Dalam keluarga itu juga kelihatan Meeda namun masih kecil dan umur lingkungan lima tahun.

"Lovely family!" Pujiku apabila dapat merasa dan melihat kegembiraan yang terserlah walaupun hanya sekeping gambar.

Meeda terkejut mendengar pujianku lalu memandang ke arah yang dilihat olehku. Dia tersenyum gembira, "thanks".

Aku juga mengharapkan keluargaku juga begitu. Namun apa daya jika aku tidak memberi sokongan dan kerjasama. Aku tahu aku bukan lah anak yang baik. Aku mengeluh.

"But, my old sister was die. Seven years ago.."

Aku terkejut mendengarkan katanya itu. Aku memandang seorang gadis yang lebih tua dari Meedanie. Cantik dan kelihatan matang. Rambutnya blonde dengan mata warna hijau gelap namun kelihatan bercahaya sama seperti Meeda. Namun sayang sudah meninggal. "Kenapa?"

Dia mengeluh berat lalu memandangku sayu. "Pemberontak bunuh dia. Dia merayau dan masa tu pemberontak sedang dalam perjalanan ke sini. Dia dibunuh kejam. Depan mata kami",sayu dia berkata. Aku terasa serba salah dan simpati dengan dirinya.

Aku mengenggam tangannya agar dapat memberi kekuatan. Aku senyum manis padanya dan dia membalas walaupun hambar sedikit. Aku rasakan aku bertuah. Sekurangnya aku tidak kehilangan sesiapa orang yang tersayang. Meeda menunduk.

"Dan mereka mahu bunuh ahli keluarga saya yang lain sebab saya. Sebab keistimewaan mata saya...".

Aku memandangnya hairan. Aku perlukan penjelasan yang lebih. Meeda terus mendongak memandangku dan aku terkejut.

Matanya bertukar warna. Kedua-dua matanya bertukar warna merah pekat darah. Aku terkebelakang kerana terkejut. Sangsi dengan keistimewaan yang ditunjuk.

"Dan saya tak akan biarkan mereka bunuh keluarga setelah ayah saya, Miggul Keturunan Dregra dibunuh kerana tidak menyerahkan saya pada mereka. Dan saya akan balas dendam pada mereka...",ujarnya dengan penuh keazaman dan dendam. Mata merahnya membara seperti api.

"Meeda..."

Meeda memandangku tajam lalu dia menundukkan muka. Dia mengeluh berat sebelum mengucapkan maaf padaku. Aku hanya tersenyum nipis. Tidak mungkin aku memarahinya kerana hal itu saja? Tidak akan.

"Awak ada berapa adik beradik?"

"Lima. Kakak saya,Lilyan,saya,adik lelaki saya, Piruyit serta kembar lelaki, Huer dan Haer Keturunan Dregra. Kenapa?"

Belum aku mahu menjawab, kami terdengar bunyi letusan beberapa kali dilepaskan dan bergema kuat. Aku rasa satu kampung mendengar. Kami berpandangan.

"Meedanie!!!"

Lost In Ice World LandWhere stories live. Discover now