23 - Puteri Warshi Nadae

463 26 0
                                    

Ketukan pintu bilik hotel itu menyentakkan mereka. Wardi dan Erig berpandangan seketika sebelum Erig jalan menghampiri pintu itu. Apabila pintu terbuka luas, kelihatan seseorang yang Erig sangat kenali.

"Kak Nada?"

Seorang wanita yang cantik dan elegen dengan busananya yang menunjukkan dia adalah seorang puteri. Busana yang memang selalu dipakai oleh pemerintah-pemerintah. Dengan tiara yang dipakai. Menambahkan lagi bahawa dia bukan orang biasa-biasa.

Wanita yang dipanggil Nada tersenyum sinis melihat reaksi Erig yang terkejut. "Aku cari kau, Putera Erig O'Rejuvk",katanya tegas sambil memandang Erig tajam.

"Putera?",tiba-tiba suara Wardi menyampuk tidak percaya sambil memandang Erig.

"Awak seorang putera,Erig? Putera Erig O'Rejuvk?",tanya Wardi tidak percaya. Erig serba salah mahu menjawab. Dia mengeluh berat. Tersempit di tengah-tengah.

"Ya, dia Putera Ice World Land dan kamu?",kini pandangannya terarah pada seorang pemuda yang agak kacak. Pelik bagaimana dia boleh berada di sini?

"Saya,Wardi,Puteri",jawab Wardi sopan. Dia menunduk hormat pada puteri.

"Oh. Baiklah kalau begitu. Sila beri peluang saya dengan adik saya nak berbincang",arah puteri itu dan apabila mendengar panggilannya.pada Erig ialah adik. Maka sudah diketahui dia adalah Puteri Bongsu Ice World Land.

"Baiklah",jawab Wardi lalu menunduk hormat sebelum bergerak menuju ke pasangan kembar.

Setelah itu,pandangan puteri itu terarah pada adiknya, Erig iaitu nama panggilan.

"Erig, aku sayang kau dan semua adik aku. Dan adik kita semua dah kena sumpahan. Tinggal kita berdua. Semua negeri huru-hara kecuali Terice,Luxice,Fantice dan Gicy. Aku takut kehilangan kau bila aku telefon kau tadi",kata puteri itu sayu dan sedih lalu memeluk Erig erat. Erig membalas pelukan itu.

"Now, kita perlu pergi ke istana di Luxice. Bonda dan ayahanda sudah berkumpul di sana. Kalau berlarutan,negara kita akan musnah. Berpecah! Kau nak ke?"

Erig menggeleng. Semestinya sebagai putera, dia tidak mahu. "Kalau begitu, mari",ajak puteri itu lalu menarik tangan Erig untuk keluar dari sini namun ditahan oleh Erig.

"Kenapa?"

"Saya nak ajak kawan saya. Mereka tetamu kita,boleh?",tanya Erig mahu meminta kebenaran kakaknya. Puteri itu sudah beriak marah.

"Kalau akak tak bagi,saya tak akan pergi",ugut Erig dibalas dengan kerutan di dahi kakaknya.

"How dare you!"

Kening Erig terjongket sambil tersenyum sinis memandang kakanya. Dia mengangkat bahu.

Puteri sulung itu mengetap bibir tanda geram. "Okey, tetapi kau layanlah mereka sendiri",putus kakaknya. Erig tersenyum lebar lalu memeluk kakaknya erat. "Sayang akak",ucap Erig lalu beredar ke dalam bilik. Memanggil mereka yang lain. Namun terhenti apabila melihat Meeda berdiri kaku sambil air matanya mengalir pada matanya yang bengkak. Bengkak seperti selepas menangis.

"Awak, Putera Ice World Land, Putera Erig O'Rejuvk?",mendatar nadanya dengan mata dan reaksi yang kosong bertanya. Erig mengangguk lemah.

"Oh. Sheryll masih lemah. Dia pengsan",beritahu Meeda serak tanpa memandang Erig.

"Hmm... kalau begitu suruh Wardi angkat Sheryll. Kita akan bergerak ke Luxice",ujarnya perlahan dan juga tanpa memandang muka Meeda.

"Wardi ada dengan Sheryll. Tak apa ke kami menumpang kenderaan kerabat diraja? Dengan Puteri Warshi Nadae dan Putera Erig O'Rejuvk?",soalnya lemah. Erig rasa serba salah.

"Ya, boleh. Saya tak kisah dan dia pun dah beri izin",jawab Erig.

"Okay. Saya nak panggil Wardi",pinta Meeda sebelum beredar ke bilik yang menempatkan Sheryll yang pengsan dan dijaga oleh Wardi. Erig mengeluh lemah. Terus dia memandang sepupu kembarnya yang memandangnya sayu.

"Jom, Kak Nada ada di luar".

Lost In Ice World LandWhere stories live. Discover now