67 - We start and never stop (Part2)

232 16 2
                                    

"Perang!"

Terus kaum Retunnrijki berlari bagaikan dirasuk mengangkat senjata untuk berperang dengan musuhnya iaitu bawahan kerajaan Ice World Land dan Queicy. Rangka manusia juga turut mengikut berlawan.

"Perang!",laung Putera Erig bersemangat lalu tentera dan dirinya terus melangkah maju berlawan. Mereka semua berlawan bersungguh-sungguh kerana hanya ada dua pilihan pada tangan mereka iaitu, mengalah dan mati atau berlawan sehingga lawan mati.

Sebelum kaum Retunnrijki berlari menghampiri gerombolan Queicy, aliran cahaya biru cair dan biru laut muncul bermula dari setapak hadapan kaki Hazrey dan menyeliputi keseluruhan permukaan. Cahaya itu menjadikan salji di permukaan cair lalu terua beku. Permukaan tanah tempat mereka berperang menjadi beku.

Cahaya hijau kemerahan dan unggu pekat serta merah jambu kejinggaan menyelubungi mereka dan mengalir ke tentera bawahan Putera Erig lalu menyelubungi mereka.

Kaum Retunnrijki yang berlari tergelincir akibat permukaan yang lincin lalu jatuh. Separuh dari mereka terkena senjata mereka sendiri apabila terjatuh dan tak dapat dikawal lalu membunuh nyawa mereka sendiri.

"Lawan!", laung Hazrey tegas lalu serentak itu pakaian jubah mereka hilang oleh asap dan digantikan dengan pakaian dan senjata ketenteraan Queicy yang unik dan kebal. Mereka akhirnya berlari memerangi musuh yang terpingga dengan serangan mereka.

Ramai yang dibunuh dengan senjata ataupun kuasa mereka tersendiri. Berlawan dan bertempur mereka dengan senjata dan kuasa. Aku juga tidak turut terkecuali. Aku memegang pedang yang mengeluarkan kilat berwarna emas.

Sekarang bukan masa aku menggunakan kuasa. Bukan masanya. "Tania tunduk!",terus aku hayunkan pedangku melalui atas kepalanya lalu darah terpercik. 360 darjah aku menghayunkan pedang lalu mengena siapa yang mendekati. Darah terpercik di sana dan sini.

Rangka manusia yang datang ditikam dijantung dengan jampinya dilafaz, "hati guo fe em ni!". Terus terhapus menjadi debu.

Aku menendang lalu memancung kepalanya. Serangan kedua pula terus aku berlari selajunya. "Lim sedia!",kataku sebelum aku melompat tinggi menggunakan badannya lalu memusingkan pedangku bagaikan bilah kipas lalu memancung kepala orang yang berkumpul di tempat daratanku. Darah terpercik di mana-mana.

Aku mengambil masa beberapa minit setelah membunuh ramai musuh untuk rehat seketika. Tiba-tiba tempat itu bergegar seketika sehingga kami semua terumbing- ambing berjalan.

Dan akhirnya muncul seorang manusia gergasi dari celah pokok dari kawasan kaum Retunnrijki. Mereka yang lain lari bertempiaran kerana sesiapa yng menganggu laluannya akan dipijak sehingga mati tanpa mengisahkan musuh atau pihaknya sendiri.

"Drah!!!"

Bertebaran debu,pasir dan salji apabila sebuah jeritan bergema kuat darinya sebelum tiba-tiba dia berlari laju menuju ke Queicy. "Halang dia!"

Ramai yang cuba menghalangnya namun ada yang terpijak, ada yang ditendang dan dimakan. Kuasa mereka tidak memberi kesan apa-apa langsung padanya.

Loket bentuk love yang sudah bertukar warna besi terus dipegang lalu memejam mata. "Ryll, it is your time...".
Dan apabila aku mencelikkan mata,mataku sudah berubah menjadi berwarna-warni.

Terus aku berlari mengejarnya sebelum di masuk ke kawasan Queicy. Sungai yang beku pada hari itu yang menjadi sempadan dicairkan. Tangannya diletakkan di atas tanah lalu lafaz mantera disebut. Aliran cahaya berwarna hitam mengalir bagaikan bayang menuju ke arah Rijki atau gergasi itu.

"Nei bogori!",terus aku tertolak apabila terkena sesuatu kuasa yang diberi. Mataku memandang tajam pada orang yang berkelubung jubah merah dari Kaum Retunnrijki. Aku bagaikan diikat oleh sesuatu,sesuatu yang tidak nampak.

"Hazrey!",jeritku lalu dia berpaling. Aliran cahaya warna merah biru mengena ke arah orang itu lalu menghilangkan fokus justeru itu aku boleh bergerak.

Aku terua fokus menghasilkan aliran cahaya hitam menghampiri Rijki. Dan akhirnya di diikat dengan cahaya hitam. Asap hitam banyak kelihatan berkepul-kepul di kawasan Queicy sehingga mata tidak dapat melihat dengan jelas. Rijki mendengus lalu cuba bergerak sambil menghalang kepulan asap yang menghampirinya.

Sungai itu dicairkan lalu tanah di pinggir sungai kawasan Somuyt semakin melebar lalu air sungai semakin banyak memenuhi kawasan yang semakin lebar. Tanah di bawah sungai itu juga semakin mendalam hingga menjadi cerun tajam di dalam. Air yang tenang bertukar deras apabila kawasan itu sudah bertukar. Periuk api kelihatan berpusar-pusar.

Rijki yang diikat ditolak masuk ke sungai. Rijki meraung sambil menolak keras atas cubaan untuk memutuskan ikatan itu. Kaum Retunnrijki mengalih perhatian padaku dan beberapa serangan dilakukan. "Hazrey! Back up!",pintaku lalu menggunakan sebelah tangan terus menyerangnya dengan aliran cahaya berwarna hitam kejinggaan.

Hazrey dan beberapa orang muncuk menyerang dan menghalang mereka yang mahu menyerangku. Terus aku fokus pada Rijki yang sudah masuk ke dalam sungai. Semakin dalam sehingga mencecah bahunya.

Aliran cahaya warna hitam kebiruan kelihatam bergerak laju menuju ke sungai itu lalu membekukan air sungai itu termasuk badan Rijki. Rijki memberontak lalu bertindak ganas apabila cahaya warna merah darah menyelubunginya menyebabkan ikatan itu putus dan aku terheret ke belakang jauh.

Dia cuba memecahkan air yang mula membeku agar dirinya tidak beku. "Li ur si ta rev viu opskur Rijki hati da!",lafazku lalu tangan dihala padanya dan cahaya hitam pekat dan sedikit biasan warna putih mengalir dan menuju ke badan Rijki.

Rijki menjerit kesakitan dan dalam masa yang sama sungai itu membeku termasuk membeku Rijki sekali.

"Arrrrrgggggggghhhhhhh!"

Teaser bab 68:

Kelihatan sungai itu mencair dan bukan biru jernih yang kelihatan tetapi sudah bertukar warna merah darah. Semua yang melihat kagum dan terkejut. Hazrey,Meeda,Wardi dan yang lain yang merisaukan keadaan Sheryll menjenguk-jenguk mencari dimanakah Sheryll.

Sebuah tubuh kelihatan lalu Hazrey menghampiri untuk dilihat. Sebuah tubuh tidak berkepala terus membuatkan Hazrey terundur ke belakang kerana terkejut. Tubuh itu terus menjadi tulang sebelum hangus menjadi debu hitam. Angin dingin menghembus melayangkan debu hitam itu.

Tentera bawahan menjerit keriangan dan kemenangan. Hazrey dan Wardi terkedu sebentar. Tania  sudah mula mengalirkan air mata dan ditenangkan oleh Lim yang juga terkena tempias kesedihan itu.

Lost In Ice World LandWhere stories live. Discover now