43 - Lupa ingatan

375 22 0
                                    

Mataku dibuka. Silau dengan cahaya yang tersuluh padaku. Aku melihat sekeliling. Sebuah rumah kayu. Badanku banyak balutan. Kaki,tangan,perut dan dadanya berbalut.

Walaupun rasa pedih dan sakit namun aku cuba kuatkan untuk bangun. Selepas dua kali percubaan, akhirnya aku berjaya dengan bantuan dinding. Aku cuba ingatkan apa yang terjadi padaku dan memoriku seperti kosong kini.

Di manakah aku? Apa yang terjadi pada aku? Dan soalan yang paling penting yang aku selalu terfikirkan, siapakah diriku?

Aku melangkah perlahan dengan cermat. Tidak mahu lukaku kembali luka. Apabila aku sampai di ruang tamu rumah kayu ni,terus mataku terpandangkan susuk tubuh seorang lelaki aku rasa. Dia berdiri membelakangiku dan sedang melakukan sesuatu di atas meja di hadapannya.

Seperti dapat tahu kehadiranku, terus dia menoleh ke belakang memandangku. Mata coklat dan rambut biru cair. Kacak namun tidak dapat tandingi War.... siapa kah pulak yang aku sebut?

Dahiku berkerut memandangnya. Aku memandangnya dengan dahi berkerut dan pandangan pelik.

"Siapa awak?",jari telunjukku terarah padanya. Dia tersenyum manis padaku.

"Kau lupa siapa aku?"

Aku mengangguk.

"Aku Loppi,orang yang tolong dan selamat kau",jawabnya mesra dengan senyuman manisnya.

"Dan siapa aku?",soalku dan kini jari telunjukku terarah padaku sendiri. Loppi tersenyum pahit padaku.

"Kau memang dah lupa ingatan...",katanya perlahan lalu menghampiriku. Aku memandangnya hairan.

"Kau ada kenalkan diri kau pada aku tapi aku ingat-ingat lupa. Zerryl? Szechryl? Cheryll? Sheryll? Scahryll? Eryl? Entah yang mana satu tapi lebih kuranglah",katanya dengan nada selamba.

Aku menunduk sambil mengerutkan dahi berfikir apakah namaku. Dan aku terdengar sesuatu. Aku menarik nafas dan menghembus sebelum memejam mata dengan tenang.

"Sheryll...."

"Sheryll!"

Jeritan dan kata suara yang perlahan dan berlainan tiba-tiba muncul dalam mindaku. Aku membuka mata lalu memandangnya dengan senyuman.

"Aku, Sheryll Marine Raque..."

Loppi memandangku terkejut. "Hmm.. apa nama panjang kau?"

"Aku?",tanyanya lalu menujukkan dirinya sendiri. Aku mengangguk.

"Wrev Lailim Derijik"

"Why need to call you Loppi?",soalku hairan.

"Because someone who i love called me Loppi..",katanya dan aku terperasan pipi merona merah sedikit. Aku tersenyum lebar.

"So,macam mana aku boleh berjumpa dengan kau, Lim?",soalku mahukan jawapan.

"Kau panggil aku Lim?",soalnya teruja. Aku ketawa lucu melihatnya lalu mengangguk,"yeah". Dia juga ketawa mendengar jawapanku dengan terbahak dan aku hanya tersenyum pelik.

"Never anybody call me Lim and you are first",katanya setelah puas ketawa. Aku hanya menjawab selamba, "sebab senang dan mudah". Dia ketawa kecil lalu bahuku dipeluk lalu ditarik menuju ke luar.

"Jom keliling tempat ni sambil aku cerita. Aku tahu kau still sakit tapi aku ada. Jangan segan-segan",ucapnya selamba lalu kami berdua menuju ke luar rumah kayu itu dan mengelilingi kawasan yang berkampung itu.

Seperti katanya,dia menceritakan tentang perjumpaan kami sehingga hari ini dan baru aku tahu aku pengsan selama seminggu. Dan aku baru tahu diri aku dan dia adalah half beast,separuh manusia dan separuh binatang.

Akhirnya cerita tentang apa yang terjadi pada kami sehingga aku luka parah dan dia pula terpaksa melawanku kerana tidak mahu aku membunuh kawan baikku. Apbila ditanyakan siapakah nama mereka dan dia menjawab soalan dan kerenah ku seperti tadi dengan mesra.

"Kau panggil dia orang Meeda dan Wardi..."

Nama yang disebut Lim menyentakkan jiwaku tiba-tiba tanpa ku sedar.

'Meeda,Wardi...'

💙💙💙

Aku keseorang di sesuatu tempat yang kosong dan gelap. Berjalan perlahan mengikut hati dan naluri sahaja. Di manakah aku?

"Sheryll....",nama dipanggil oleh suara seseorang yang garau bergema di seluruh. Aku terkejut dan berhenti melangkah lagi.

"Siapa kau,hah?"

"Hahaha...,kesian kau Sheryll. Hahaha",suara garau itu bergema lagi dengan ketawanya yang kedengaran mengejek.

"Kau,kau siapa hah? Kau kenapa ada kat sini? Kenapa kau kacau aku? Lim!"

Kelibat tubuh seseorang kelihatan lalu aku menghampirinya. Berkelubung dengan memakai baju labuh dan hud yang kesemuanya warna hitam. Siapakah dia?

"Siapa kau?",soalku lagi lalu kepalanya memaling ke arahku. Apabila melihat, terus aku terkebelakang dan jatuh duduk. Aku masih tidak percaya apabila melihat mukanya.

Dia menghampiri aku lalu pipiku dicengkam. "Aku adalah kau, Sheryll...",katanya dengan sinis dan tajam pandangannya ke arah aku. Aku memandangnya seakan tidak percaya.

Ya, muka dia hampir serupa dengan ku tetapi warna mata, warna rambutnya berlainan dengan kemunculan dua gigi taring dan separuh mukanya seperti melecur. Rambut kelabu dengan warna mata yang kedua belahnya berlainan.

Sebelah kanan, anak matanya warna unggu dan matanya yang sepatutnya warna putih kelihatan kuning. Manakala sebelah kiri, anak mata jingga dan mata merah. Pelik namun menkajubkan kepelikannya.

"Aku adalah kau,Sheryll..."

Aku memandangnya pelik. Cengkaman dikuatkan. Aku merintih kesakitan.

"Siapa kau?"

"Aku adalah kau...."

Lost In Ice World LandWhere stories live. Discover now