28 - Santapan Malam

437 24 0
                                    

Pintu diketuk bertalu-talu dari luar. Kasar dan kuat. "Meeda! Sheryll! Buka pintu ni!"

Meeda terkelip-kelip matanya merenung syiling yang gelap. Terkebil-kebil dia melihat sekeliling yang gelap. Dia baru teringat bahawa sekarang dia berada di dalam bilik di istana dan kin8 sudah gelap. Malam sudah menjelma.

"Sheryll? Meeda? Lagi 5 minit dah bermula santapan malam. Jangan lupa! 8:30 tepat!",suara Erig dan Wardi kedengaran di luar sambil mengetuk.

"Okay!",jawabku lalu segera aku mengejutkan aku yang masih lena tidur. Suara dan ketukan mereka sudah menghilang apabila Meeda sudah menjawab.

"Sheryll, bangun! Kita dah lambat",kataku lalu menolak-nolak badannya kasar. Aku terbuka mata sedikit lalu memandang Meeda yang kelam-kabut sambil menguap.

"Santapan Malam bersama keluarga diraja pukul 8.30 dan sekarang 8.26 mimit! Cepat, Sheryll!"

Jeritan itu menyedarkan aku bahawa kami sudah lambat. Terus aku hampiri Meeda yang sedang membelek pakaian di dalam almari mewah yang besar itu.

"Tak mandi ke?",soalku perlahan.

"Mana sempat! Cepat cari baju yang sesuai pastu pakai!",arah Meeda mengikut idea dia. Aku terpinga mendengarkan ideanya.

"Tak busuk ke?"

Dia menjelingku tajam. "No! Pakailah minyak wangi dan bersiap nampak banyam kita dah mandi",jawab Meeda. Aku mengalih pandangan pada meja almari solek. Boleh tahan. Ada banyak barang di situ.

💙💙💙

Santapan malam sudah bermula namun kelihatan dua kerusi masih kosong di sebuab meja bujur yang besar dan mewah. Terdapat pelbagai hidangan yang menarik dan lazat.

"Erig, Warshi, mana kawan kamu? Kata tiga orang? Mana lagi dua? Ayahda nampak Wardi sahaja?",soal Raja Ice World Land hairan sambil memandang kedua-dua anaknya. Warshi mengangkat bahu lalu memandang Erig. Erig pula hanya tersengib memandang ayahda mereka.

Erig memanggil Naj menghampiri. Naj menghampiri Erig ragu-ragu.

"Ya, Putera"

"Panggilkan Sheryll dan Meeda. Dua orang perempuan tadi, tetamu hari ini".

"Baik, Putera",balas Naj lalu beredar secepat mungkin dari situ.

Selepas Naj sudah beredar dari situ, tiba-tiba dua orang gadis cantik memakai gaun datang ke meja besar itu.

Meeda menyiku perut aku supaya memulakan ayat. Kami tersenyum manis pada kerabat diraja dan tetamu hormat diraja yang lain. Aku menahan debar untuk memulakan kata.

"Maafkan kami, Raja dan Permaisuri serta hadirin sekalian. Kami kelewatan kerana salah seorang kami sakit perut tadi. Maaf atas kelewatan yang tidak disengajakan",kataku lalu kami menunduk maaf. Suasana terdiam seketika.

"Siapa kamu berdua?",suara dingin memecah kesunyian. Kami tersenyum pada Permaisuri tidak silapku. Kini aku menyiku lengan Meeda pula.

"Saya Meedanie Keturunan Dregra dan kawan saya, Sheryll Marine Raque. Kami dijemput oleh Putera Erig O'Rejuvk",jawab Meeda sopan. Permaisuri Ice World Land iaitu Permaisuri Yanka atau selalu digelarkan Permaisuri Yang Dingin memandang aku tajam. Aku tersenyum serba salah pula. Apa yang tidak kena.

Bayangan permaisuri di sebelah kiri kelihatan perkataan sekelilingnya. Aku membaca untuk sengaja tahu apa yang difikir. Semasa perjalanan ke sini, sempat Meeda dan yang lain memberitahu adakah aku boleh membaca minda mereka. Dan aku katakan tidak tahu.

Sheryll? Siapa? Scahryll. Kaitan? Mata. Merah. Biru. Siapa sebenar? Kenapa? Halau.

Aku menelain air liur apabila terbaca perkataan akhir dan tak mahu membaca lagi. Dia masih memandangku tajam.

"Kenapa dengan mata kamu, Sheryll?"

"Hah?"

Aku meraba mataku dan aku terlupa cermin mataku tertinggal di dalam bilik. Aku mengerling ke puteri Warshi. Dia memandangku tajam. Aku memberi sengihan serba salah pada permaisuri.

"Itu hanya keistimewaannya,bonda. Mereka bertiga orang istimewa yang baik",balas Erig mencelah untuk menyelamatkan kami. Permaisuri hanya diam tetapi matanya tidak dialihkan dari kami.

"Duduklah,Meeda dan Sheryll",jemput Erig sambil memandang kami tersenyum. Kami membalas. Menunduk seketika sebelum menarik kerusi sopan dan duduk dengan beradab.

Kami semeja terus memulakan acara makan tanpa suara. Aku hanya menunduk saja mata. Tidak berani meliar melihat orang lain apabila aku sedar mata orang memandangku.

Permaisuri memandangku tajam. Puteri Warshi memandangku geram kerana tidam memakai cermin mata hitam pemberiannya mungkin. Wardi memandangku juga dan aku pelik kenapa dia memandangku dengan pandangan yang aku tidak dapat tafsirkan. Dan seorang lelaki di hujung bersebelahan Laura merenungku tajam dari kejauhan.

Santapan malam ini membuat aku seram sejuk dan ketakutan. Kenapa jadi begini? Argh! Mahu saja menjerit!

💙💙💙

Pakaian Sheryll Marine Raque pakai yang dipilih oleh Meeda dengan tergesa-gesa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pakaian Sheryll Marine Raque pakai yang dipilih oleh Meeda dengan tergesa-gesa. Sheryll lepas rambut manakala Meeda ikat rambut. Simple lah juga but nice. Warna lembut ini tidak mengentarkan jiwa Wardi? 😂😂

Ini pakaian yang dipakai oleh Meedanie Keturunan Dregra

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ini pakaian yang dipakai oleh Meedanie Keturunan Dregra. Merah menyala gitu. Manawan dan melawan terang bintang tak gitu? Kerana matanya yang biru terang bercahaya dengan baju merah menyala.😂😂

Lost In Ice World LandWhere stories live. Discover now