19 - Pertolongan

434 26 0
                                    

"Mana Sheryll ni? Saya tak sedap hati, Wardi. Macam ada benda buruk berlaku",ujar Meeda risau dengan kehilangan Sheryll secara tiba-tiba. Mereka sudah jauh dari dewan besar itu namun tidak kelihatan kelibat Sheryll langsung.

"Awak perasan tak di mana arah Sheryll berjalan?" Soal Wardi yang turut risau. Sudah lah Sheryll tidak tahu tempat ini sangat. Sudah lah bahaya.

Meeda memandang Wardi seketika. "Apakata kita ikut naluri kita. Kita berpecah?" Cadang Meeda. Wardi memandang Meeda tajam.

"Kau nak kita berpecah? Nanti hilang kau pulak. Ikutlah naluri kau. Aku ikut",bantah Wardi tegas lalu mencadang untuk mengikut saja langkah Meeda.

Mereka berhenti seketika di jalan menuju pelbagai kedai. Meeda memejam mata sambil mengenggam tangan Wardi erat. Hati Meeda meronta memanggil nama Sheryll namun setelah beberapa minit, Meeda hampa tidak dapat.

"Awak pula?"

Wardi mengangkat bahu lalu melakukan seperti Meeda namun jawapan mereka sama, tidak dapat.

'....sayangkan Meeda',suara Sheryll lemah dan sayu kedengaran sangat perlahan. Meeda memandang Wardi.

"Awak dengar tak?"

"Dengar apa?"

"Suara Sheryll. Sheryll jauh dari sini. Mungkin kita salah ambil jalan tadi. Kita kena patah balik. Sheryll mungkin sudah pengsan",kata Meeda cemas lalu tangan Wardi ditarik. Mereka berpatah balik namun terhenti apabila disapa dengan seorang gadis mata hitam dengan rambut kelabu cair yang memandang mereka sedih.

"Akak, abang,ada jumpa kakak saya tak? Kakak saya hilang...",tanya gadis itu dengan matanya bergenang air mata. Mereka memandang gadis itu hairan. Gadis itu mula menangis. Meeda menghampirinya lalu gadis itu dipeluk dan dipujuk.

"Mana kakak awak? Awak siapa? Macam mana boleh hilang? Kawan akak pun hilang..."

Gadis itu tersedu-sedu cuba untuk menahan dari menangis. Pelukan dileraikan lalu air matanya diseka oleh Meeda. Meeda memandang gadis itu sayu. Gadis yang sebaya dengan adik lelakinya,Piruyit.

"Saya Laura Mediteranean dan kakak saya Haura Mediteranean. Kakak saya tiba-tiba hilang masa kami pergi ke dewan besar sana. Kakak saya bisu. Saya tak dapat nak cari dia. Tolong saya, kak",sayu Laura meminta. Meeda memandang muka Wardi yang kelihatan risau. Meeda memandang Laura pula.

"Jom kita cari sama-sama. Tapi Laura ada klu tak nak cari kakak Laura?"

Laura memandang mata biru terang Meeda sayu. "Saya boleh dengar suara hati kakak saya. Dia kembar saya",ujar Laura mengukir senyuman manis Meeda. Keistimewaan itu menyenangkan untuk mencari. Mungkin dia dapat menjumpai Sheryll juga semasa menacari kakak Laura ini.

"Gunakannya untuk cari kakak awak".

Laura itu menunduk dan berdiam seketika. Dia memejam mata. Hatinya merintih nama kakaknya sambil menajamkan telinganya. Mengharap hatinya dapat dibuka dan mendengar suara kakaknya. Harap kakaknya selamat.

Meeda dan Wardi hanya memerhatikan Laura. Telinganya yang capang bergerak-bergerak mencari arah kawasan suara hati kakaknya. Walaupun pertama kali melihat namun Meeda tidak terkejut sangat. Nama belakangnya pun agak pelik sedikit.

Mata gadis itu terbuka lalu mendongak memandang Meeda dengan senyuman gembira. Meeda membalas senyuman gembira yang menandakan dia berjaya mendapatkan arah kedudukan kakaknya.

"Mana?",soal Meeda memahami.

"Jom",ajak Laura lalu menarik tangan Meeda bergerak. Meeda terikut dan menarik tangan Wardi sekali supaya mengikut. Arah yang sama mereka mahu gerak.

"Kanan",katanya lalu berjalan ke arah kanan apabila ada persimpangan sambil menarik tangan Meeda.

Langkahnya terus berjalan dengan senyuman gembira tidak lekang namun tiba-tiba langkahnya berhenti dan mukanya berubah dengan muka sedih.

"Kenapa ni Laura?" Soal Meeda risau dan terkejut.

"Hilang...",jawabnya lalu menunduk sambil memejamkan mata seperti tadi. Mungkin mencari kembali arah kedudukan kakaknya.

Tiba-tiba Laura berubah drastik. Dia membeliak mata apabila mendongak. Terus tangan Meeda ditarik kasar dan langkahnya laju. Mukanya sangat risau dan cemas. Meeda juga terikut cemas dengan apa yang berlaku.

Tiba-tiba semasa mengikut langkah Laura yang laju tidak kira ramai atau sedikit orang menyebabkan Meeda tersadung. Dia tidak dapat menyimbangi diri dengan tangannya masih ditarik Laura.

Dia memejam mata. Bersiap sedia untuk rasa sakit dan jatuh ke lantai yang keras.

Satu. Dua. Tiga

Tiada rasa sakit namun rasa dipegang oleh seseorang. Mata Meeda terbuka untuk melihat gerangan yang menyambutnya dari jatuh. Sangkanya Wardi namun apabila melihat mata perak yang bening memandangnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.Meeda tahu itu bukan Wardi.

Pandangan mereka berdua bertaut.

Dadanya berdebar hebat. Alangkah gembiranya rasanya seperti ada rama-rama yang berterbangan dalam perutnya.

"Abang Erig?"

Lost In Ice World LandWhere stories live. Discover now