72 - There are many truth still hide from world (Part 4)

231 15 0
                                    

"Hahaha.... hahaha...."

Badanku diseret ke tengah medan perang dan aku rela diperlakukan sebegitu sambil ketawa mengejek bagaikan orang tidak betul. Kadang kala aku terbatuk mengeluarkan darah dari mulut.

Akhirnya kami berhenti lalu dia meninggalkan aku dan menjauhiku. Selang sepuluh kaki dariku, dia membuat mantera sihirnya. Lemak dari tangannya dipotong lalu dicucuk pada dagingnya yang dipotong tadi sambil membacakan mantera.

Tiba-tiba angin bertiup kencang. Kaki langit semakin gelap menyebabakan suasananya tidak terang terutama di kawasan sekitarku.

Tiba-tiba kedengaran guruh berdentum dan tanpa amaran terus kilat menyambar badanku. Semua orang tergamam. Terdapat api di badanku namun aku cuma ketawa dan ketawa.

Beberapa kali kilat menyambar namun membuatkan kulitku semakin hitam seperti dibakar dan aku masih ketawa. Mareya mendengus. Dan sekali lagi kilat menyambar namun bertubi-tubi berserta detuman guruh yang menakutkan.

Tiada lagi suara ketawa kedengaran. Apabila kilat habis menyambar, hanya kelihatan jasad yang terbakar terbaring.
"Tania..",larang Lim lalu memekuk badan Tania dari bergerak. Air mata Tania mengalir. Dia tidak mahu Sheryll diapakan tetapi apakan daya jika dia juga seorang yang lemah.

Angin kencang bertiup lalu menerbangkan debu hitam yang berasal dari jasad yang sudah bertukar. Bertukar menjadi debu hitam.

Tania menangis teresak-esak disamping  Lim. Wardi melangkah perlahan ke hadapan. Air matanya bergenang menanti untuk mengalir.

"Like it...",sebut suara yang halus lalu Mareya terasa sesuatu yang bersinar di lehernya. Mareya tahu dia ditipu lalu memusingkan badannya.

Terus pedang bertembung kedengaran. Sengit. Kami berlawan sambil memandang tajam antara satu sama lain.

"Nice game,Ryll..."

"Thanks..."

"But i know your secret. Aku tahu kelemahan untuk tumbangkan kau,Ryll..",senyuman mengejek diberi.

Reaksi mukaku berubah sedikit. Terkesan dengan kata Mareya. Terus Mareya menghentak kepalanya padaku lalu menumbuk perutku kuat sehingga terpelanting jauh.

"Everything was weak and never change..."

Aliran cahaya unggu mengalir menuju ke arahku dan menyelubungi diriku. Aku memegang kepala sambil terjerit dengan suara berlainan berselang-seli. Suaraku kedengaran bercampur dengan suara garau Ryll.

Mindaku berkecai. Fikiranku terganggu. Cahaya silau menganggu pandanganku sampai aku mataku terpejam. Semuanya bercampur antara memoriku dan memori Ryll terbayang di minda. Jeritan yang membingitkan kedengaran pada telinggaku menyebabkan aku menutup telingaku dengan tangan.

"Argghhh! Argghhh!!"

Mareya mengukir senyuman sinis mekihat aku terseksa dan bagaikan orang gila. Fikirannya diusik. Minda sdalah perkara penting dalam hidup manusia di mana untuk memberi perhatian pada sesuatu perlawanan.

Dia melafazkan mantera lalu muncul sebuah lohong hitam yang kecil dan semakin membesar di hadapannya. Lorong itu membesar menuju ke arahku untuk menarik diriku masuk ke dalam. Lohong hitam Mareya.

Tania melepaskan diri daripada Lim lalu berlari namun aliran cahaya hitam kemerahan mencampaknya. Hazrey yang baru sihat turut berlari namun apabila kelihatan aliran itu terus dipotong menggunakan kuasanya.

Namun aliran kuasa yang banyak menyebabkan akhirnya Hazrey tercampak. Wardi menapak ke hadapan perlahan-lahan dan cahaya kuning dari Tania menghampirinya lalu menyebulunginya.

Aliran kuasa yang datang terhalang lalu terpotong. Aliran cahaya biru pekat mengalir lalu menuju ke arah Tania dan Wardi. Wardi kini diselubungi cahaya warna biru pekat dan kuning menghampiri kami.

Lohong itu semakin luas dan menghampiriku. Wardi semakin dekat dengan badan belakang Mareya dan mahu mencapai.

Terus badanku termasuk di dalam lohong hitam yang besar itu namun sempat tangannya memaut penghujungnya yang sepenghujungnya kerana lohong itu masih membesar. Fikiranku masih serabut. Aku hanya daoat mengenggamsambil menahan sakit perit di kepala.

Bahu Mareya dicapai lalu pedang menikam perut Mareya dari belakang. Badan Mareya terkedepan. Tumpuannya terganggu menyebabkan fikiran sudah berhenti menganggu dan lohong hitam berhenti membesar.

Sebelah tangan lagi cuba mencapai rantai yang tersangkut di leher pemberian nenek yang sudah berubah warna.

"Maafkan aku,Ryll. Sudah tiba masanya aku perlu berdikari. Maafkan aku...",ucapku lalu menarik rantai itu sehingga putus lalu dicampak jauh ke permukaan tanah. Aku menarik nafas lalu cuba mendaki untuk naik.

Mareya memejamkan mata merasa besi yang memotong isi badannya di dalam. Wardi mendalamkan lagi tikaman.

Mata Mareya rerbuntang lalu terus dia menolak Wardi ke belakang. Pedang yang tersekat padanya ditarik sekilas dari depan. Wardi tegamam melihatkan lubang besar yang berdarah akibat koyakan pedang itu.

Namun malangnya daging itu bercantum kembali dan menjadi seperti asal. Mareya memandang Wardi tajam lalu mencucuk tangannya ke dada Wardi sehingga tembus ke dalam.

Mata Wardi terbuntang. Tania menjerit kesedihan. Hazrey dan yang lain tergamam. Aku melihat kejadian itu terus menjerit namun aliran cahaya berwarna coklat menikam tanganku lalu menolak diriku ke dalam lohong hitam itu. Aku menjerit meminta pertolongan sebelum lohong itu tertutup.

"Sheryll...",sebut Wardi lalu mengeluarkan darah dari mulutnya apabila jantungnya dipegang oleh Mareya. Telingga dan hidungnya mengeluarkan darah. Air matanya mengalir deras menunjukkan kesakitan yang tidak mampu dikatakan.

Mareya mencerlung tajam ke arahnya. "Matilah kau...",katanya sebelum jantung itu digenggam sekuat hati sehingga pecah. Wardi memuntahkan darah yang banyak. Mata,telingga, hidung,mulutnya dan lubang di badannya mengeluarkan darah. Dia kaku.

Sebelah tangan Mareya lagi menikam perut Wardi sangat dalam sehingga terkeluar besi pedang itu di belakang badan Wardi. Dia memusingkan pedangnya di perut Wardi agar memberi kesan yang mendalam lalu ditarik ke atas sehingga terbelah dua.

Jasad Wardi jatuh di atas tanah medan perang dengan kematian yang dasyat. Darah membuak-buak mengalir.

"Nnnoooooooooooo!"

Teaser bab 73 :

Seseorang muncul dari kawasan Queicy. Badannya semua berwarna putih biru salji dan memakai pakaian seperti tentera khas yang dipenuhi dengan kilat melilau untuk puteri yang berwarna perak dengan beberapa calitan biru cair. Rambutnya gangsa kemerahan dengan kilat. Matanya berona emas dengan kilat. Badannya penuh dengan serbut kilat yang berkilauan.

Semua orang terpaku dan tergamam siapakah perempuan yang lain daripada lain. Auranya lembut dan menenangkan datang menghampiri Mareya dengan langkah yang perlahan namun laju.

"Ice Princess....",sebut Hazrey tidak percaya. Yang lain yang kedengaran juga turut melihat dengan muka tidak percaya.

Lost In Ice World LandWhere stories live. Discover now