64 - Ryll and me

249 17 0
                                    

Aku berjalan menuju ke khemah yang dikhaskan untukku sambil memandang sekeliling melihat mereka membuat persiapan. Masing-masing memiliki kelebihan tersendiri. Setiap kali mereka menyapa,aku akan membalas.

Aku melihat sendiri kedua-dua tanganku. Apa yang teristimewanya aku selain Ryll? Setiap kuasa yang ada padaku tak lain tak bukan ialah kuasa Ryll. Maksudnya aku hanyalah manusia biasa yang menumpang kuasa orang lain. Aku mengeluh. Kini aku baru faham mengapa Permaisuri Yanka tidak menyukaiku.

Aku hanyalah manusia biasa...

Setelah masuk di dalam khemah,aku terus duduk di atas kerusi yang menghadap ruang kosong. "Ryll,boleh tak kau keluar sekejap? Aku nak berbincang dengan kau",pintaku baik-baik.

"Apa yang kau nak,Sheryll?",suara dingin itu membalas serentak dengan kemunculan asap hitam di hadapanku. Matanya memandangku tajam. Aku menelan air liur. Aku perlukan kekuatan untuk berkata tentang ini.

"Boleh tak masa pertarungan nanti,aku yang kawal badan aku..."

"Tak boleh!"

Aku memandangnya dengan pandangan merayu dan mengharap. "Why? It is my body,not you!"

"Kau tak mahu nak kawal kuasa aku dan kau seorang yang lemah yang sentiasa memerlukan aku!"

"Aku tak! Kalau aku lemah,kenapa kau pilih tubuh aku? Kenapa nenek bagi kau kepada aku? Aku tak nak kau buat sesuatu di luar jangkaan aku! Aku masih manusia!"

Ryll mencebik lalu mendekatiku. "Kenapa kau nak berubah secara mendadak? Sebab Wardi ke atau sebab lain?"

Mukaku berubah riak sambil memandangnya tidak percaya dia akan membangkitkan nama Wardi. "Aku tahu kau suka dia dan aku dapat rasakan...",sarkastik Ryll berkata padaku.

Dia mengelilingi tubuhku dengan cebikan. Aku mengepal penumbuk menahan geram terhadapnya.

Dia memegang bahuku lalu berkata dengan sinis, "kalau kau nak,kau kena lawan dengan aku..."

Aku menoleh ke belakang sambil berkata,"aku bukan sekuat macam kau dan ada kuasa..."

Namun terus dia menghala tangannya padaku dan aliran cahaya hitam menolak tubuhku jauh mengenai dinding lalu jatuh. Aku tersandar pada dinding. Badan belakangku sakit kerana terhentak dengan dinding.

Aku memandangnya dengan pandangan tidak puas hati. "Aku tak ada kuasa macam kau!"

"Kalau kau bukan lemah,tanpa kuasa pun kau mampu kalahkan aku..."

"Mengarut!"

"Lawan seperti sseorang pejuang sejati,Sheryll..."

"Arrrghhh!",aku meluru ke padanya lalu menendang kepalanya namun dielak mudah. Aku memberi serangan padanya. Aku menumbuk,menendang,menyiku dan pelbagai serangan lagi namun dielak mudah tanpa serangan balas.

Dan akhirnya,dia menangkap tangan ku yang mahu menumbuknya lalu dicekik leherku. "Kau cuma manusia biasa dan tak mampu lawan sesiapa tanpa aku!"

Aku menahan sakit akibat dicekik dan tidak mempu bernafas dengan baik. Tanganku dilpaskan lalu aku cuba merungkai cekikannya. Tangan lagi sebelah cuba mengapai tubuhnya.

Aku berharap aku mampu lawannya. Selama ini tubuhku yang menjadi medium dia berlawan,tak akan tiada langsung kesannya padaku.

Mukaku semakin biru dan tidak dapat bernafas dengan normal. Mataku terbeliak cuba merungkai dan mendapatkan tubuhnya. Akhirnya,tanganku dapat menyentuh bahunya.

"I am not weak..."

Entah bagaimana tubuh Ryll tertolak ke belakang. Aku menarik nafas dengan seeloknya. Lega aku dapat bernafas kembali. Ryll memandangku terkejut.

"Apa yang kau buat kat aku,Sheryll?"

Aku masih tercungap-cungap mendapatkan pernafasan semula memandang pelik kepada Ryll. Aku memandangnya terkejut apabila melihat badannya mula membeku dari kakinya dan bahunya.

Aku melihat sumber kebekuan dari kakinya lalu terhala pada tapak tanganku sendiri. Ais yang melalui kawasan itu beku. Aku memandang kedua tapak tanganku.

"Apa yang terjadi?"

Aku meletakkan tanganku diposisi tadi. Aku memandang Ryll yang hampir berbeku badannya dengan muka nakal. "Aku nak kau bagi aku kawal tubuh aku,baru aku lepaskan kau. So?"

"Tak leh!" Aku memutarkan mata melihatkan keegoannya.

"Okay",aku berdiri mahu beredar dari situ.

"Okay! Kau boleh tetapi akan ada masa aku ambil posisi aku. Kau boleh kawal keseluruhannya dengan bantuan aku. Aku akan kawal kau dari jauh!"

Aku menoleh padanya dengan senyuman namun seketika aku menggaru kepala. "Tapi,macam mana aku nak lepaskan kau,Ryll. Aku pun tak tahu kenapa benda ni terjadi...",kataku dengan muka serba salah.

"Sheryll!"

Aku mengaru kepalaku tidak tahu dan serba salah. "Kau cuba dulu..."

"Okay",balasku lalu meletakkan ku pada tempat tadi lalu menunggu. Tiada apa terjadi. Aku mencebik sedih.

"Ryll,tiada apa-apa terjadi!"

"Cuba lagi!"

Aku meletakkan tangan semula pada tempat tadi sambil memejamkan mata. 'Fokus,Sheryll. You can do it',monologku kepada diri sendiri.

"Cairkan Ryll",kataku lalu aku membayangkan air dari kecairan ais di tanah yang membekukan badan Ryll mencair dan kembali pada jirim yang asal.

Tanpa aku sedar, aliran cahaya warna biru cair dan biru laut mengalir dari tubuhku lalu menuju ke arah Ryll melalui jalas yang membeku tadi. Aliran cahaya itu bergerak laju padan tubuh Ryll lalu menyelubungi dan air yang membekukan Ryll cair lalu jatuh pada tanah.

Cahaya itu mengalir menuju ke arahku kembali lalu mengembalikan keadaan asal pada ais di tanah. Ryll hanya memandang kejadian itu laku menoleh padaku yang masih memejam mata walaupun aliran cahaya itu sudah meresap pada tubuhku.

"Bukalah mata kau. Aku dah okay. Terima kasih...",kata Ryll lalu aku mencelikan kelopak mataku dan memandangnya gembira.

Namun senyuman pudar apabila memikirkan sesuatu. "Kenapa aku ada kuasa,Ryll?",aku baru menolehnya padanya mahu bertanya namun dia sudah menghilang.

Ais yang terdapat debu hitam diambil sedikit lalu digenggam. Fikiranku bercelaru kini. Kenapa aku boleh begitu sedangkan aku tiada kuasa atau disebabkan Ryll atau Ryll memberi kuasanya padaku tanpa aku sedar. Mataku membulat apabila terfikirkan alasan itu secara logikalnya. Sebab itu,dia menyuruhku melawannya.

Aku mengukir senyuman gembira. Tidak menyangka Ryll masih ada hati yang baik dan ikhlas. Tapak tangan tadi yang mengenggam ais dibuka lalu dicampak tanpa melihatnya lalu berjalan keluar dari khemah.

Tanpa sedar,ais yang memiliki debu itu sudah menjadi sebuah mutiara berwarna hitan kebiruan dan berasap apabila jatuh. Darah pekat tiba-tiba muncul dari mutiara itu lalu mengeluarkan mutiara putih jernih.

Mutiara putih jernih itu tiba-tiba mencair dan melarut pada ais yang melapisi tanah.  Larutan itu mengembang dengan laju tanpa dilihat sehingga terkeluar dari khemah dan berekembang lag tanpa disedari oleh sesiapa.

Lost In Ice World LandWhere stories live. Discover now