60 - Perbualan dan Masalah

255 20 0
                                    

Meeda mencelikkan mata. Dia berada di mana dia tidak tahu tapi kelihatan juga Wardi dan Lim yang terbaring di tanah.

Sekeliling dilihat. Dia terkejut melihat. Is it heaven? Dia sudah mati ke? Terus Meeda meraba badannya sendiri dan mencubit. Masih rasa sakit dan dia masih tidak mati lagi.

Tiba-tiba kepulan asap muncul di hadapannya dan apabila lesap kelihatan seseorang yang berpakaian megah dan cantik lagak seorang puteri.

"Sheryll...",panggil Meeda lalu berlari memeluk susuk tubuh yang sudah lama merinduinya.

"Tania...",aku juga turut memanggilnya lalu memeluknya. "Akhirnya kau jadi Tania bukan Meeda lagi",ucapku lembut. Aku merasakan bajuku basah dan bahu Meeda terhinjut. Aku mengusap belakang badannya.

"Sheryll,aku rindu kau..."

"Ya aku pun sama..",aku tersenyum dan air mata jernih jatuh tetapi apabil jatuh ke tanah terus berkilauan.

"Adakah aku terlepas lagi?",kata suara yang aku sangat kenal walau dia kelihatan seperti berubah sedikit dan pasti merinduinya. Aku memandang ke arahnya sedikit sambil mengukir senyuman.

Wardi juga turut mengukir senyuman. Dia hanya memeluk tubuh berdiri di sebelah Lim. Lim juga turut ada?

Hati berdegup laju. Rasa rindu dan cinta tak akan hilang apabila aku mengenalinya. Aku tak sangka hari yang aku inginkan akan datang. Tertulis pada hari ini.

💙💙💙

"Kau berubah,Sheryll. Rambut kau biru pudar. Iris mata kau biru dan putih yang bercampur. Bagaikan berkilau dan kilat...",puji Meeda sambil merenung mataku yang berubah sedikit dan cantik padanya.

Aku ketawa perlahan sambil itu pipiku merona merah. "Kau pun cantik macam ni. Aku keliru nak panggil kau Tania ke Meeda? Mana yang kau lebih prefer?",soalku sambil membuat muka keliru. Aku nak panggil namanya tetapi keliru nak panggil nama yang mana.

Meeda tersenyum manis lalu berdiri di hadapanku. Tangan dihulur dengan bersemangat. Aku hanya menggeleng melihat kelakuannya lalu menyambut huluran itu.

"Saya Tania Ashrey Ihtidam. Panggil saya Tania mulai hari ini. Selamat berekenalan",ucapnya bersemangat. Aku mahu ketawa namun ditahan agar lakonan nampak lebih baik dan menjadi.

"Saya Sheryll Marine Raque. Panggil saya,Sheryll. Selamat berkenalan juga",kataku bersemangat lalu tangan kami berkoncang bersama. Lalu terlepas ketawa kami bersama. Aku merindui saat ini.

"So, macam mana hidup kau di sini,Sheryll?",tanya Meeda usai perkenalan tadi. Muka teruja mahu mengetahui. Sheryll mengukir senyuman sebaris.

"Sesuatu perubahan berlaku pada aku tanpa sedar menyebabkan aku boleh termasuk ke sini...."

"Perubahan?"

"Panjang ceritanya. Nanti aku ceritakan. Tetapi kau nak tahu sesuatu rahsia?"

"Rahsia apa?",soal Meeda curiga.

"Janji dulu",arah Sheryll lalu menghulur jari kelingkingnya. Meeda yang curiga namun memautkan jari kelikingnya dengan jari keliking Sheryll. "Janji".

Telingga Meeda didekati lalu dibisik sesuatu. Meeda menumpukan perhatian terhadap apa yang Sheryll mahu katakan. "Scahryll rupanya nenek aku..."

"Apa?!"

Terkejut Sheryll apabila dijerkah sebegitu. Terus dia menjauhi Meeda yang memandangnya tidak percaya.

"Dan hilop orang kaya dari Terice ada di sini dan pemberian nenek aku membawa aku sini. Berkumpul semula sebagai wakilnya...",terang Sheryll perlahan. Meeda mendengar bagaikan tidak percaya. Loket masih tergantung dan sudah berubah warna besi ditunjukkan lalu disorokkan kembali.

"Untuk apa?"

"Kau tahu kan tentang kaum Retunnrijki?",tanya Sheryll lalu Meeda membalas dengan anggukan.

"Kita akan memulakan peperangan..."

Kening Meeda terjongket dengan mulutnya ternganga kerana terkejut dan tidak percaya. "Tetapi.... huh",kata Sheryll tergantung dengan keluhannya. Dia tertunduk selepas mukanya diraup bagaikan orang yang banyak masalah.

"Tetapi?"

"Well,permaisuri Yanka tak suka aku dan dia tak nak bergabung dengan kami hanya semata-mata kerana aku",ngadu Sheryll lalu menunjukkan dirinya.

"Kerana kau?"

"Ya,kerana aku Quenna di sini...",pandangan sayu diberi agar difahami kesultannya.

"Hah?"

Meeda ngerti apa maksud Quenna itu sendiri.

Lost In Ice World LandWhere stories live. Discover now