Part 1 : Welcome to Gryffindor!

2.4K 132 75
                                    

Gadis berkaca mata itu berjalan menuju ke dewan utama dimana pemilihan rumah untuk pelajar Hogwarts dimulakan. Beberapa kali badannya dilanggar oleh pelajar lain yang turut bergegas ingin ke tempat yang sama.

"Aduh! Jalan pakai mata boleh?!" marah seorang lelaki yang berkemungkinan seorang senior kepada gadis nerd itu. Gadis itu menunduk meminta maaf beberapa kali.

Dapat dia dengar dengusan kasar lelaki itu. Senior itu segera beredar dan masuk ke dalam dewan dengan begitu sombongnya. Manakala dia, dengan langkah yang perlahan mengambil tempat bersama beberapa pelajar tahun satu yang lain. Dia sebenarnya sudah pun berusia 16 tahun namun baru tahun ini dia akan meneruskan persekolahan di Hogwarts atas sebab-sebab tertentu.

Minerva McGonagall, Pengetua sekolah magik tersebut mengambil alih perhimpunan. Kesemua pelajar di dalam dewan menutup mulut dan mendengar ucapannya. Pemilihan rumah akan dilakukan seperti tahun-tahun berikutnya iaitu menggunakan topi pemilih (Sorting Hat) yang ajaib.

"Dan untuk tahun ini, kita akan lima orang pelajar baharu yang baru sahaja berpindah ke Hogwarts. Saya harap kamu akan melayan mereka dengan baik."

Serentak itu, pemilihan dimulakan.

"Bae, Irene. Slytherin!"

Dia tahu serba-sedikit tentang rumah tersebut. Nasib baik dia sempat baca sewaktu berada didalam kereta api tadi. Slytherin adalah salah satu daripada empat rumah di Hogwarts  yang diasaskan oleh Salazar Slytherin. Salazar mengarahkan topi pemilih untuk memilih beberapa ciri khas yang paling dihargainya. Ciri-ciri seseorang itu adalah licik, pintar, dan bercita-cita tinggi (kebanyakan mereka adalah berdarah tulen kerana ketidakpercayaannya terhadap kelahiran Muggle). Maksudnya Salazar tidak menerima mereka yang lahir daripada manusia biasa. Akan tetapi, Slytherin dari kelahiran muggle wujud, walaupun dalam peratus yang sedikit dan teramatlah jarang.

Dia tersedar dari lamunan saat mendengar pelajar rumah slytherin bersorak untuk ahli barunya.

"Park, Joy. Ravenclaw!"

Ravenclaw pula diasaskan oleh Rowena Ravenclaw. Ahli rumah ini dicirikan melalui kebijaksanaan, kecerdasan dan pembelajaran mereka. Dia tersenyum senget mendengar pelajar rumah itu turut sama bersorak.

"Kang, Seulgi. Hufflepuff!"

Hufflepuff diasaskan oleh ahli sihir zaman pertengahan, Helga Hufflepuff. Hufflepuff adalah yang paling eksklusif di antara empat buah rumah kerana menghargai kerja keras, dedikasi, kesabaran, kesetiaan, dan bermain adil daripada kebolehan tertentu dalam anggotanya. Dan yang paling istimewa, sekiranya anda tidak layak untuk Slytherin, Ravenclaw dan Gryffindor, Hufflepuff akan sentiasa mengalu-alukan anda.

"Seterusnya! Son, Seungwan!"

Badannya ditolak oleh seseorang. Pelajar itu memberi isyarat kepadanya untuk naik ke pentas dan duduk diatas kerusi bersebelahan dengan topi pemilih. Dengan penuh gementar dia menuju kearah pengetua yang sedang memandangnya. Setelah dia duduk di sana, topi pemilih itu diletakkan diatas kepalanya.

"Ahh. Another Potter. Semangat kamu mengingatkan saya kepada Harry Potter, moyang kamu." Topi tersebut bermain-main dengan Seungwan.

"Slytherin?" Pelajar Slytherin nampaknya tidak berapa berminat setelah mendengar nama Potter yang disebut oleh topi pemilihan.

"Baiklah.. Gryffindor!"

Gryffindor pula diasaskan oleh Godric Gryffindor. Ciri-ciri pelajar yang dipilih ke dalam Gryffindor adalah keberanian, ketaatan, dan tekad.
Sorakan kedengaran lagi. Seungwan menguntumkan senyuman yang mekar saat melihat pelajar rumah Gryffindor menerimanya dengan begitu mesra.

(C)Potter [EXOVELVET]Where stories live. Discover now