Part 44 : Reunion

464 46 6
                                    


Seungwan kembali ke dunia manusia. Kakinya menjejak semula ke rumah agam milik keluarga Myoui setelah begitu lama meninggalkan mereka.

Mina yang kebetulan sedang ingin keluar berbelanja di mall terkejut dengan kehadiran Seungwan bersama Hagrid. Dia bersembunyi dibelakang pintu sambil memanggil kedua orang tuanya. Ibu bapanya datang dengan cemas.

"Ingatkan ada pencuri. Rupanya budak pelik tu dah balik.." ujar Puan Myoui.

Seungwan melangkah masuk ke perkarangan rumah sambil diiringi oleh Hagrid.

"Masuk dulu.." ujar Seungwan.

Sebaik sahaja Seungwan hilang dari pandangan, Hagrid memberi amaran kepada mereka bertiga agar tidak menganggu gadis itu jikalau tidak, matilah mereka.

Keluarga Myoui meneguk saliva mereka. Ketakutan.

"Awak lah ni! Ada kakak ahli sihir pulak tu! Bala bala.."

...

Hampir sebulan Seungwan berada didunia manusia. Dia masih tidak mempunyai sahabat dan masih juga menjadi nerd seperti dahulu kala.

Dan sepanjang sebulan itu, Chanyeol langsung tidak menghubunginya mahupun kawan ahli sihirnya yang lain. Kehidupannya terasa membosankan. Dia merenung seorang gadis cantik yang sedang bergelak tawa dengan sahabatnya yang lain. Dia jiran barunya. Gadis itu mirip sungguh dengan Irene. Namun perwatakannya berbeza.

Gadis ini lebih ayu dan sopan orangnya. Orangnya gemar tersenyum. Dia juga boleh menyejukkan hati orang yang memandangnya. Gadis itu menoleh saat terasa dirinya diperhatikan. Dia membalas senyuman Seungwan dan menunduk hormat kearahnya.

Seungwan terkenang pula saat Yeri datang meminta maaf kepadanya atas perbuatan Irene.

Saat itu barulah Seungwan tahu kenapa Irene begitu berdendam dengannya. Gadis itu terlampau dipengaruhi dengan cerita-cerita toxic Leonis. Sehinggakan dia menjadi obses untuk menjadi pemimpin kejam seperti Leonis.

Seungwan mengemas buku-bukunya dan bersedia untuk pulang. Dia keluar bersendirian sambil memandang sekelilingnya. Daun-daun kering ditaman sedang berterbangan. Angin sepoi-sepoi bahasa mengusutkan rambutnya.

"Hey?"

Tangan Seungwan dipegang oleh Mark.

Lelaki itu tersenyum memandangnya. Disebelahnya berdiri Jackson dan Bambam. Seungwan melepaskan pegangan itu dengan kasar.

"Boleh tak jangan kacau aku?" pinta Seungwan. Dia sudah penat dengan permainan Mark Tuan. Lelaki paling tak guna di sekolah dahulu. Sudahlah beberapa hari lepas, lelaki itu memutuskan hubungannya dengan Mina. Entah apalah sebabnya Seungwan tidak mahu ambil tahu.

"Woo woo jangan jual mahal. Aku nak minta maaf pasal hal dulu. Aku cuma nak kita jadi couple je. Aku baru sedar yang aku sukakan kau dan bukannya si Mina tu.." ujar Mark tanpa berselindung.

Memang dasar playboy.

"Sorry no. Lepas apa yang kau buat pada Mina dan kau expect aku terima kau? Jangan harap! Kau nak apa dari aku yang nerdy ni?!" jerkah Seungwan..

Mereka bertiga ketawa.

"Look. Kau dah berbeza Seungwan. Rambut kau dah tak sepanjang dulu. Kau pun dah pandai pakai lens. Dan skirt kau pun dah pendek daripada dulu. Seksi. Sesuai jadi girlfriend aku.." ujar Mark. Melakukan seksual harassment terhadap Seungwan secara terang-terangan.

(C)Potter [EXOVELVET]Where stories live. Discover now