Sejak tiga puluh minit tadi lagi, Jungkook tidak habis-habis menjengkelkan Yeri. Pertama, dia tumpahkan coklat keatas baju Yeri. Itu boleh dimaafkan lagi.
Kedua, dia tumpahkan butterbeer keatas baju Yeri. Yeri terpaksa melindungi bajunya yang kotor dengan kot Baekhyun.
Ketiga, dia tolak Yeri sampai baju Yeri terkoyak dibahagian belakang badan. Itu dah lebih. Sekarang, mereka berada di taman yang berdekatan dengan panggung wayang. Taeyeon sedang memarahi kedua anak kecil itu setelah diberitahu oleh Baekhyun. Dasar pengadu.
"Kau Jungkook!"
Jungkook terkejut kerana disergah sebegitu oleh Taeyeon.
"Bila nak matang?! Dengan perempuan kau buli macam tu? Adik aku pula tu! Apa takde cara lain nak selesaikan masalah korang ni selain memalukan sesama sendiri?!" tengking Taeyeon. Wajahnya sudah merah.
"Yeri!"
Yeri pula terkejut besar.
"Kenapa cari pasal dengan senior sendiri haritu?! Unnie tak tahu kenapa kamu sihirkan si Jungkook haritu tapi kenapa tak minta maaf? Dekat sekolah ni, kita kena ada adab! Junior hormat senior, senior hormat junior! Dua-dua tolak ansur!" marah Taeyeon.
Yeri bergerak melindungi diri dibelakang Jungkook kerana takut. Hujung baju Jungkook dipegang.
Pening Taeyeon melayan dua budak-budak dihadapannya ini. Seorang tak matang, seorang keras kepala.
"Kau Baekhyun!"
Baekhyun tersedak. Bebola salji digumpal dan terus dilempar kearah Baekhyun.
"Apa? Aku pun kena ke?" soal Baekhyun. Taeyeon bercekak pinggang.
"Kau senior tak reti nak ajar diorang ke? Otak dekat mana? Lutut?! Aku jugak nak kena selesaikan semua benda! Bila kau nak berdikari hah?!" marah Taeyeon. Baekhyun menggaru belakang kepalanya.
"Budak-budak ni dengar cakap kau. Kalau aku, dah lama diorang buat derk lepastu ejek.." jawab Baekhyun. Taeyeon menampar dahinya sendiri.
"Macam manalah aku boleh ada dalam Gryffindor dan kau Slytherin? Kita ni tertukar jasad ke?" soal Taeyeon, lemah semangat.
"Mungkinlah kot. Kau dahlah garang macam singa memang patut masuk Slytherin.." Kata Jungkook.
Taeyeon menjeling Jungkook.
"Apa kau cakap?! Macam singa?! Kau ni memang nak kenalah!!!"
"Lariii!!!" Jungkook menarik Yeri lari daripada Taeyeon manakala gadis singa itu dipeluk kuat oleh Baekhyun agar dia tidak mengapa-apakan Jungri.
"Baek, lepaskan aku! Si Jungkook tu dah lama tak makan penampar aku!" Taeyeon meronta-ronta ingin mengejar Jungri.
"Sabar Yeon. Nanti bertambah tua kau sebelum umur yang sepatutnya.." ujar Baekhyun, sekadar ingin menghilangkan kemarahan Taeyeon. Namun lain pula jadinya apabila Taeyeon semakin mengamuk.
"Kau kata aku tua?!!! Byun Baekhyun?!!!"
"Omma!! Maafkan bakal menantu omma ni sebab garang macam singa?!! Tolong Baek omma!!"
Baekhyun melepaskan pelukan dan berlari sekuat hati. Taeyeon menyinsing lengan bajunya dan bersiap-sedia. Dia berada dalam posisi seorang atlet lumba lari.
"Tiga..dua..satu..Kau tunggu aku Baekhyun!!!"
...
"Dah lama ke kau berkawan dengan Cedric?" soal Joy kepada Seulgi. Seulgi tidak menjawab sebaliknya terus memakan ramen dengan lahapnya.
YOU ARE READING
(C)Potter [EXOVELVET]
FantasyHalf-blood. Kerana takdir itu, dia terpaksa melindungi dirinya di Hogwarts daripada muggle. Ingatkan dia dah selamat, rupa-rupanya masih banyak bahaya menanti termasuklah Park Chanyeol, ketua Slytherin. "Aku tak akan suka dia," "Senior memang suk...