"Kau asal?"soal Baekhyun sebaik sahaja melihat Chanyeol yang baru sahaja masuk ke dalam dorm Slytherin dengan wajah yang bengkak.
"Kena tumbuk.." jawab Chanyeol, selamba. Dia terus berbaring diatas sofa bersebelahan dengan Baekhyun sambil membuka uniformnya. Baju panasnya juga turut sama dibuka. Jangan risau, dia pakai sehelai lagi baju t-shirt biasa.
"Tuan Leonis eh?" soal Baekhyun, simpati.
"Bukan.."
"Habistu?"
"Junior Gryffindor. Seungwan–"
"Heol! Chanyeol kena pukul dengan perempuan--"
Mulut Baekhyun ditekup kuat oleh Chanyeol. Malulah dia kalau orang lain dapat tahu yang dia ditumbuk oleh seorang perempuan. Jatuh maruah dia sebagai lelaki paling kacak dekat Hogwarts ni.
"Senyap bodoh. Kita-kita jelah," marah Chanyeol. Baekhyun memberi tanda okay kepada Chanyeol tanda dia bersetuju untuk merahsiakan perkara itu.
"Tapi asal kau kena tumbuk? Kau nak rogol dia ke apa tadi?" soalan cepumas diberikan. Chanyeol tersedak oksigen.
"Bukanlah hanat! Aku letak tangan dia dekat perut aku tadi. Dia ingat aku miang--"
"Perghh! Cubaan Chanyeol untuk diraba oleh perempuan dengan sengaja ke ni?!" Jerit Baekhyun dan lantaran itu dia menerima satu pukulan di kepalanya.
"Aku kata senyap lah Byun Baekhyun!" marah Chanyeol. Baekhyun segera meminta maaf berulang-kali.
"Tapi asal kau buat macam tu?" soal Baekhyun lagi. Setahu dia, Chanyeol bukanlah seorang yang desperate untuk diraba. Yang ada, perempuan yang nak raba dia. Dan lagi, mana sahabatnya ini pernah berminat dengan perempuan. Yang pasti, dia bukan kelainan spesies a.k.a gay..
"Dia yang cabar aku. Ada ke patut dia kata aku ni tak hot? Selama ni perempuan keliling nak attention aku tahu tak?" Chanyeol mulai mengadu. Beberapa kali dia menarik-narik rambutnya. Dengan bibir yang dimuncungkan lagi. Baekhyun tersenyum.
"Kau dah jatuh cinta ke?" soal Baekhyun, secara mengejut.
Chanyeol berhenti dari bercakap dan merenung Baekhyun. Matanya bergetar dan ianya tidak mampu untuk membalas renungan Baekhyun.
"Hm. Betullah ni. Kau tak dapat tengok anak mata aku maknanya kau dah jatuh cintaa.." usik Baekhyun.
"Ma-mana ada! Khurafat semua ni!" bantah Chanyeol. Baekhyun tersenyum lagi cuma dalam riak mengejek.
"Jangan malu brother. Aku pun macam tu jugak kalau dengan Taeyeon. Nampak macam aku ni hamba dia tapi kau salah. Aku bukan hamba Taeyeon tapi aku hamba cinta Kim Taeyeon. Muahahaha.." sambung Baekhyun. Lelaki itu tiba-tiba membayangkan wajah Taeyeon pada kusyen disebelahnya.
"Apakah..Aku tak tipulah. Mana ada. Aku dekat dengan dia pun sebab misi hujung tahun ni je..Kita kena kalahkan seluruh sekolah kan?" dalih Chanyeol. Baekhyun berdecit. Paha Chanyeol ditendang olehnya namun tidaklah terlalu kuat.
"As much as I concern about the so called new awards called Potter's whatsoever, aku rasa kau lagi berminat dengan dia. Dan sebelum ni kau tak pernah kisah pun pasal House Cup. Tiba-tiba berminat dengan award baru tu kenapa?" Sindir Baekhyun. Chanyeol menggulikan matanya.
"Kan aku dah cakap. Misi!" Balasnya. Baekhyun tersenyum sinis. "Macam aku tak tahu kau dah kena buang. Tapi apa-apa jelah."
"Suka hati kaulah tak nak mengaku. Dah tangkap leleh nanti jangan nak berdrama bermanis-manis dekat depan aku," ujar Baekhyun.
YOU ARE READING
(C)Potter [EXOVELVET]
FantasyHalf-blood. Kerana takdir itu, dia terpaksa melindungi dirinya di Hogwarts daripada muggle. Ingatkan dia dah selamat, rupa-rupanya masih banyak bahaya menanti termasuklah Park Chanyeol, ketua Slytherin. "Aku tak akan suka dia," "Senior memang suk...