"Cedric ni bodoh. Selalu suka seksa diri demi wanita yang dia cintai. Sebab tu aku sayang dia dan benci dia. Lelaki tak guna ni terlalu baik. Sampaikan tak ada wanita didunia ni yang layak untuk jadi pendamping dia sehingga dia terpaksa bawa diri ke syurga demi cari pendamping hidupnya.." ujar Jongdae dan menumbuk manja kubur milik Cedric.
Memang dia sebal dengan sahabatnya yang satu itu tapi itulah sahabat sehidup sematinya.
Seungwan menunduk ke tanah. Kubur Cedric disuburi dengan rumput-rumput hijau. Sungguh indah mata memandang. Gambar Cedric yang berada diatas batu nisan itu diusap.
'Gomawo senior.. saya harap kita akan berjumpa lagi nanti--'
"Sudahlah. Cedric mesti tak suka kita sedih-sedih ni. Apa kata kita bersiap-siap untuk mulakan semester baru? Lepas semester ni kan kita dah nak graduate?" Baekhyun memecahkan kesunyian.
Dia sengaja tidak mahu mendengar lagi kata hati Seungwan. Taeyeon mengangguk setuju.
"Aku dah terima surat jemputan semalam. Alang-alang semua dah ada dekat sini, jom lah pergi beli barang-barang baru?" ajak Taeyeon.
Semester baru ini akan menggantikan semester lepas dek kerana peristiwa hitam itu.
"Baik. Kita mulakan hidup baru. Demi Cedric! Demi persabahatan kita! We are family! We are one!"
Baekhyun memberi semangat. Mereka semua mengangguk-angguk setuju. Masing-masing mula beredar dari tanah perkuburan.
Chanyeol menghulurkan tangannya kepada Seungwan.
"Mulakan hidup baru?" ajaknya.
"Mulakan hidup baru!" sahut Seungwan lalu menyambut tangan Chanyeol.
Mereka berpimpin tangan masuk ke dalam kawasan sekolah Hogwarts sambil memakai pakaian yang baru. Nampaknya pada semester ini, para junior ambilan pertama telah mendaftar lebih awal sebulan.
Junior-junior kelihatan seronok sewaktu melangkah masuk ke dalam sekolah, mungkin kerana baru pertama kali melihat keajaiban dunia itu.
Pintu masuk Hogwarts dibuka. Ahli EXO, SNSD beserta Seungwan, Seulgi dan Joy berpecah masuk ke kelas masing-masing.
Mereka menjalani kehidupan seperti biasa sama seperti dulu cuma kali ini, warna-warni kehidupan lebih ceria kerana kekasih hati disisi.
Ujian demi ujian diberikan dan mereka lulus semuanya dengan lancar. Para guru juga begitu kagum dengan pencapaian mereka. Seperti biasa, ahli EXO memang dikagumi oleh para junior seperti awal tahun dulu dan sebelum-sebelumnya. Mereka kerap digoda oleh junior sendiri sehingga kadang-kadang menyebabkan Seulgi dan Taeyeon naik angin dan merajuk. Seungwan? Tak peduli pun.
Sebaliknya Chanyeol yang kuat meragam. Eh?
Dia kembali ke sifat dingin apabila berada ditengah-tengah orang awam demi melindungi Seungwan daripada mata-mata miang junior lelaki. Tapi kembali lembut apabila mereka bersendirian. Banyak kali mereka ditangkap kerana bermanja-manja ditempat orang awam sehingga didenda oleh guru kelas. Kejadian yang memalukan tetapi bakal menjadi pengalaman indah buat mereka.
Sebulan kemudian, para pelajar berkumpul didalam dewan menonton para senior menerima ijazah mereka. Pakaian graduasi yang dipakai oleh setiap rumah itu menampakkan lagi keistimewaan dan keunikkan setiap rumah.
Chanyeol mengenyitkan matanya saat terpandang mata dengan Seungwan. Namun lain pula jadinya apabila junior-junior yang menjerit histeria kerana perasan.
Sebaik sahaja sijil diterima, mereka berkumpul ditengah-tengah padang dan bergambar. Topi graduasi itu dilempar tinggi ke udara sambil melompat. Mereka semua mengucapkan tahniah kepada sesama sendiri.
YOU ARE READING
(C)Potter [EXOVELVET]
FantasyHalf-blood. Kerana takdir itu, dia terpaksa melindungi dirinya di Hogwarts daripada muggle. Ingatkan dia dah selamat, rupa-rupanya masih banyak bahaya menanti termasuklah Park Chanyeol, ketua Slytherin. "Aku tak akan suka dia," "Senior memang suk...