Part 36 : Savior

367 50 3
                                    


Sehun mendukung badan kerdil Seungwan menuju ke bilik rawatan. Dia perlu memastikan gadis itu berehat dengan sepenuhnya sebelum perlawanan bermula.

Dia nampak apa yang terjadi pada teammatenya itu. Dia tak pasti sihir apa yang Irene kenakan namun dia akan dapatkan penjelasan daripada gadis itu nanti. Dia malas mahu bersyak-wasangka sekarang kerana itu bukanlah sifat Oh Sehun.

Dari jauh, kelihatan Joy yang kebetulan baru sahaja pulang dari tandas. Gadis itu menyorok disebalik dinding, memerhati Sehun dan Seungwan. Bibirnya diketap. Perasaan cemburu membuak-buak. Dek kerana tidak berpuas hati, dia berlalu pergi pulang ke asrama. Tak kuasa dia berada dimajlis meraikan seorang perampas.

"Seungwan mana? Dah balik ke?" soal Baekhyun kepada Chanyeol. Lelaki itu nampak seolah-olah mabuk walaupun ditangannya ada segelas koktail. Bodoh.

Menari sakan dia sambil memerhati sekeliling, mencari si pelengkap hati iaitu Kim Taeyeon.

"Kau kenapa macam orang mabuk? Bukannya ada arak pun," soal Chanyeol, tidak berpuas hati. Baekhyun tersengih.

"Saja," jawab lelaki itu lalu berhenti daripada menari dan menghabiskan minumannya.

Chanyeol kembali diam. Dia malas mahu mengingatkan Baekhyun akan pertanyaan lelaki itu tadi. Baekhyun pun sudah tidak bertanya banyak.

"Yeol! Seungwan mana?" jerit Jongdae. Menyapa dari jauh. Lelaki itu kelihatan agak desperated mencari anak murid gymnya itu.

Chanyeol tidak menjawab.

"Woi orang tanya lah yang kau senyap asal?! Tuli?!" soal Jongdae menaikkan amarah Chanyeol. Lelaki itu menolak badan Jongdae dengan kasar sehingga Jongdae terjatuh.

Para pelajar diam. Semua terkejut dengan situasi yang sedang berlangsung. Mereka fokus pada Jongdae dan Chanyeol.

"Weh agak-agaklah Yeol! Kau kenapa?!" marah Junmyeon. Dia menolak Chanyeol menjauhi Jongdae. Namun lelaki itu memberontak. Dia cuba untuk memukul Jongdae lagi sehingga menyebabkan Jongin dan Kyungsoo menahan lelaki itu daripada mara.

Manakala Yixing dan Tao melindungi Jongdae daripada dipukul. Mereka tahu nahas bagi sesiapa yang membuat Chanyeol naik angin.

"Aku tanya elok-elok kau tak jawab habistu nak buat apa lagi!" Jongdae melawan. Dia tahu kekuatan Chanyeol berganda kuat darinya namun dia tidak mahu kelihatan lemah. Tidak! Dia sememangnya tidak lemah!

Dia cuma membela dirinya sahaja. Sahabat, sahabat juga tapi maruah diri juga penting.

Telinga Chanyeol bergetar. Nafas Chanyeol naik turun.

"INGAT AKU BABY-SITTER DIA KE NAK TAHU SEMUA BENDA PASAL DIA?! KAU NAK KAU CARI SENDIRI BUKAN TANYA AKU! BODOH!" Marah Chanyeol.

"PARK CHANYEOL!!"

Rose dan Junmyeon menengking Chanyeol dalam masa yang sama. Rose keluar dari kerumunan pelajar dan menampar Chanyeol tanpa berbasa-basi.

"Kau kalau ada masalah dengan Seungwan please freaking talk to her not ignoring her or losing your tantrum towards your friends! Bodohnya aku boleh suka orang macam kau dulu! Seungwan buat apa sampai kau boleh tengking kawan sendiri?! you're not that typical guy who treat his friends like this, Chanyeol!"

"Freaking mind your own business!" marah Chanyeol. Terjengil matanya memandang Rose. Dia melepaskan pegangan Jongin dan Kyungsoo dan hampir sahaja ingin beredar.

"Bullshit! Ego! Patutlah Bella tak nak kau!" Rose menjerit. Api kemarahannya sudah membuak-buak. Dia tahu Chanyeol sedang memulaukan Seungwan sehingga membuatkan musuh yang kini telah menjadi sahabatnya itu serba-salah.

Chanyeol berhenti dari melangkah.

"JANGAN SEBUT NAMA TU LAGI DEPAN AKU!"

PRANG!

Lampu-lampu yang berada disekeliling dewan pecah.

Tiba-tiba, pintu dewan dibuka oleh seorang junior. Lelaki nerd itu kelihatan cemas sekali. Nafasnya naik turun beberapa kali.

"Seung--Seungwan pengsan! Senior Sehun bawak dia pergi hospital!" jerit junior itu. Chanyeol yang mendengar kata-kata junior itu segera berlari keluar dari dewan.

Dialah manusia pertama yang berlari sepantas kilat menuju kearah hospital sekolah. Junmyeon, Jongin, Rose termasuklah yang lain-lain merenung satu sama lain.

"Bengang bengang pun masih sayang.." Jisoo mencelah. Dia tersenyum sinis sambil menghirup cocktailnya disudut dewan.

Manakala Chanyeol, dari dewan yang agak jauh itu terus berlari menuju kearah hospital sekolah. Masuk sahaja ke dalam, terus dia menerpa kearah katil Seungwan. Nampaknya gadis itu sedang berehat.

Chanyeol jatuh melutut.

"Syukur.." ujarnya, perlahan. Nasib baiklah Seungwan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Syukurlah. Maafkan aku. Aku ego. Jangan sakit lagi Seungwan.." rayu Chanyeol.. Dia teragak-agak untuk mengusap dahi Seungwan.

"Datang jugak kau," ujar Sehun dari arah dapur hospital. Ditangan lelaki itu ada satu bekas kecil berisi air suam bersama tuala kecil. Mungkin untuk menurunkan suhu badan Seungwan.

"Kau yang bawa dia ke sini?" soal Chanyeol.

"Kalau ya kenapa?"

"Jangan ingat aku tak tahu agenda kau," Chanyeol seolah-olah memberi amaran. Sehun tersenyum sinis.

"Kita satu team, Yeol. Kau ada misi, aku ada misi. Jangan sampai pegangan kau goyah hanya sebab seorang perempuan," balas Sehun. Dia meletakkan bekas kecil itu diatas meja lalu memasukkan tuala kecil ke dalamnya. Diperah-perah tuala itu untuk memudahkan dia meletakkannya diatas kepala Seungwan.

"Aku tahulah. Engkau ni macam ada dua personaliti lah. Haritu sokong, harini tak. Mana satu kau nak?" balas Chanyeol.

Sehun menyerahkan tuala kecil itu kepada Chanyeol.

"Kalau kau tahu dia siapa, mesti kau tak akan suka.." ujar Sehun, perlahan.

"Hah?"

"Tak ada apa. Kau jagalah dia. Aku dah selesai. Nak balik," arah Sehun. Chanyeol masih tidak berpuas hati. Dia mahu tahu apa yang Sehun maksudkan.

Sebaik sahaja Sehun keluar, mulut lelaki itu ditekup oleh Baekhyun. Mereka menolak Sehun ke tepi untuk mengintai Chanyeol dan Seungwan.

"Korang buat apa ni?" tanya Sehun, bingung.

"Tadi dia mengamuk macam Seungwan tu dah bunuh kekasih hati dia tapi bila ada junior kata Seungwan pengsan dialah yang pertama keluar cari Seungwan tahu tak?" ujar Baekhyun.

"Nasib Jongdae tak kena pukul tau?" celah Tao. Dia kembali fokus mengintip. Sehun diam. Dia merenung sahaja Chanyeol dan Seungwan yang berduaan didalam.

'Kalaulah kau tahu..' gumam Sehun dalam hati.

Bersambung

Macam makin hambar. Entahlah. Baca jelah yang penting habis 😅

(C)Potter [EXOVELVET]Where stories live. Discover now