Part 31 : Terbongkar

406 46 17
                                    


"J-Joy?"

Seulgi terbangun dan terus mengesot ke belakang sehingga belakang badannya tersentuh rak buku, menandakan tiada lagi tempat untuknya lari.

Seulgi menggeleng-geleng pantas disertai dengan air mata yang sudah bak air terjun. Wajahnya merah padam. Dia takut melihatkan ekspresi wajah Joy seolah-olah jijik dengan dirinya.

"Jangan apa-apakan aku. Jangan bagitau pengetua. Aku tak nak mati. Aku tak nak mati—" rayu Seulgi. Dia menekup wajahnya dengan tangan. Dia terlalu takut sekarang. Tangannya menggeletar.

"Aku yang patut takut bukan kau! Kau ni apa sebenarnya?" soal Joy. Matanya tajam merenung kearah Seulgi.

"Kenapa rambut kau boleh bersinar? Kenapa kau nampak lain? Jangan cakap ada kena-mengena dengan buku ni!" sambung Joy. Seulgi tidak dapat menjawab. Esakannya masih berterusan. Joy menerpa lantas memukul rak buku dengan kuat.

Meskipun Joy dibesarkan disekitar magik seawal usia bayi, namun ahli sihir masih belum terbiasa dengan makhluk aneh selain mereka. Contohnya adalah gergasi. Mereka sebenarnya tidak berapa suka dengan gergasi. Bahkan ada diantaranya dibunuh kerana takut membahayakan penduduk.

"Cakap lah! JAWAB!" paksa Joy. Seulgi ketakutan sehingga terpaksa bersujud kearah Joy. Meminta agar dirinya tidak didedahkan kepada orang ramai.

"I—iya. Aku.. Aku jawab.." balas Seulgi tergagap-gagap. Dia mula menceritakan dari A ke Z meskipun percakapannya tidak lancar.

Joy yang mendengar pada mulanya tidak percaya namun apabila diberitahu yang Seungwan juga mengetahuinya, dia mula percaya. Kerana Seungwan itu naif jadi dia tidak akan menipu.

"Jadi aku sorang lah ni yang tak tahu? Apa aku bukan kawan korang?" herdik Joy. Dia terasa. Sepatutnya dirinya juga perlu dimaklumkan tentang hal ini kerana apa gunanya kawan kalau bukan untuk melindungi?

Tak ada guna berkawan kalau sekadar mengabaikan salah seorang darinya. Itu kejam namanya.

"Ma—Maaf. Aku masih takut.. Takut korang tak boleh terima aku." jawab Seulgi. Joy memukul rak buku sekali lagi dan menyebabkan Seulgi terkejut. Nasib baik tidak melatah.

"Kalau Seungwan boleh terima kenapa tidak aku? Kau tak percaya aku?! Kalau Cedric pun kau percaya kenapa tak aku? Kejam ya kau?" Sindir Joy. Seulgi menggeleng kecil.

"Jangan salah faham Joy. Aku tak bermaksud pun," ujar Seulgi. Joy mengalihkan pandangan kearah lain. Seulgi pula menunduk. Air matanya jatuh keatas lantai. Berguguran tanpa ada hentinya. Tidak tahu bila ianya akan berakhir. Joy menoleh semula kearah Seulgi kerana rasa kasihan terhadap rakannya itu.

"Jadi Cedric yang mula-mula syak lah?" tanya Joy. Cuba untuk mengalihkan perhatian Seulgi daripada terus menangis. Dia ada sekilas terpandang tadi didalam buku, agak bahawa kalau membiarkan Daughter of Lucifer terlalu sedih. Benda yang diluar jangkaan boleh berlaku. Bukan ketika waktu marah sahaja.

"Macam mana dia tahu?" tanya Joy lagi.

"Tak tahu.." jawab Seulgi. Itu menimbulkan lagi syak-wasangka pada Joy. Dia terus mengarahkan Seulgi untuk berdiri tegak. Tuala kecil dikeluarkan dari poket dan dia mengelap air mata Seulgi.

"Dah stop menangis. Kita pergi jumpa Cedric. Aku perlu sahkan something," ajak Joy. Seulgi terpinga-pinga saat mendengar kata-kata Joy itu. Tangannya ditarik oleh Joy. Tidak terlalu kasar dan tidaklah terlalu lembut. Tertanya-tanya dia samaada Joy masih mengaku bahawa mereka masih berkawan atau tidak.

Sampai dihospital sekolah, Joy membuka pintu masuk. Namun tak sempat mereka melangkah masuk, Joy terhenti. Dia nampak sesuatu yang mengejutkan didepannya. Seulgi yang tadinya menunduk juga mendongak kehadapan. Matanya terbeliak.

(C)Potter [EXOVELVET]Where stories live. Discover now