Part 12 : Busted!

542 61 51
                                    


"Dia okey je. Tak banyak air masuk dalam paru-paru dia. Dia boleh discharge dah pukul dua ni. Dalam beberapa minit lagi." ujar doktor sihir Sejeong. Dia terus meminta diri untuk beredar.

Seungwan telah dibawa ke hospital berdekatan. Mujurlah, dia tidak apa-apa.
Seulgi dan Joy segera mendekati katil sahabat mereka. Seungwan nampaknya sudah sedar sepenuhnya. Tengah gembira makan bubur pula tu.

"Baguslah kau dah sedar." ujar Seulgi, gembira. Seungwan hanya tersenyum pendek. Dia rasa malas nak pandang muka Seulgi. Tenaganya masih kurang.

Beberapa minit kemudian, Chanyeol dan Sehun masuk ke dalam wad. Seulgi dan Joy memberi pandangan maut mereka.

"Kau okey?" soal Chanyeol. Seungwan mengangguk.

"Baguslah. Ada nak apa-apa lagi tak? Kalau tak aku belikan?" sambungnya.

"Erm. Tolong belikan semangkuk lagi bubur ni? Hehe." pinta Seungwan. Entah dah kenapa dia tiba-tiba boleh berbaik dengan Chanyeol sebegini. Chanyeol menurut perintah dan terus beredar ke kantin hospital.

Seulgi dan Joy yang berasa was-was dengan tingkah Chanyeol terus keluar. Mereka memberi alasan ingin ke tandas kepada Seungwan agar gadis itu tidak mengesyaki apa-apa. Manakala Sehun, dia sedang bersenang-lenang berbaring di atas sofa.

"Mesti seram kan kena tarik dengan binatang buas macam tu?" soal Sehun tiba-tiba. Seungwan tersedak.

"Dah kenapa?" tanya Seungwan. Dia rasa janggal pula dengan soalan Sehun. Lelaki itu merenungnya dengan wajah masamnya.

"Takdelah. Nak tahu perasaan tenggelam dalam tempat gelap tu je. Kau tak ingat ke siapa yang tolong kau?" ujar Sehun. Seungwan terdiam sebentar.

"Entah.. Tak berapa nak ingat. Tak nak ingat pun." jawabnya kasar. Dia mengunyah kimchi dengan gelogohnya.

"Tsk. Ingatkan budak nerd macam kau reti berterima kasih."

Seungwan mendongak.

"Untuk apa?" soalnya. Sehun merenungnya bosan dan mengeluh perlahan.

"Berterima kasih sebab masih hidup. Dah ambik baju kau ni dan pakai. Kita dah nak balik."

Sehun melempar baju Seungwan yang sudah dikeringkan oleh magik sewaktu dia pengsan tadi. Baju tersebut selamat mendarat diatas kepalanya. Apa yang Sehun tak jangkakan adalah anak-anak kecil Seungwan turut berada dalam bungkusan pakaian tadi. Ianya terjatuh ke lantai dan membuatkan dia termangu seketika.

Gedegung!

Pintu bilik rawatan ditutup kuat. Dia berlari keluar sejauh mungkin kerana gugup. Manakala Seungwan, dia membebel sendirian kerana dibuli sebegitu oleh seniornya. Saat dia turut dari katil, kakinya secara tidak sengaja terpijak pakaian dalamnya itu dan menyebabkan dia tergelincir.

"Aduh! Huaa.." Rengeknya.

"Kenapa ada atas lantai ni? Jangan-jangan- Senior Oh Sehun byuntae!!! Penyumbaleweng!!"

...

"Hahahaha!!" Hilaian beberapa orang pelajar menarik perhatian Seungwan, Seulgi, Joy, Chanyeol dan Sehun. Mereka bersama-sama menuju kearah air pancut yang berada di tengah jalan. Kelihatan seseorang sedang berdiri di atas batu di dalam air pancut tersebut sambil memegang banner 'saya perempuan jahat, lempar telur kalau setuju'.

"Jangan siapa-siapa berani lempar kalau masih nak hidup!" tengking Irene. Amarahnya semakin membara tatkala melihat Seungwan yang masih bernafas di hadapannya. Cedric yang berada di dalam kerumunan pelajar juga dipandang. Irene yakin lelaki itu yang laporkan kepada guru disiplin.

(C)Potter [EXOVELVET]Where stories live. Discover now