Born Again - Tiffany Young
Joy mengekori Sehun sehingga mereka sampai dihadapan sebuah pasu. Kedudukan mereka agak jauh dari pelajar lain. Sehun menyerahkan penutup telinga baru kepada Joy, sebagai pelindung agar mereka tidak mencederakan diri sendiri saat mendengar tangisan pokok tersebut.
"You're Ravenclaw right?" soal Sehun, dingin. Joy mengangguk sambil memakai penutup telinga yang mempunyai telinga kucing diatasnya. Ianya sebagai hiasan sahaja.
"Buat sendiri." sambung Sehun. Dia mengambil kerusi lalu merehatkan dirinya di sana tanpa berbuat apa-apa. Profesor Sprout juga telah meninggalkan kelas beberapa minit tadi. Joy ternganga.
Profesor Sprout mengarahkan pelajar senior tahun terakhir untuk menguruskan mereka kerana dia mempunyai hal penting untuk diuruskan. Mereka juga akan diberikan markah tambahan untuk peperiksaan N.E.W.T sekiranya bersetuju untuk membantu. Tapi nampaknya pelajar-pelajar senior ini sedang bermain tipu.
"Er. Tapi profesor suruh senior ajarkan. Saya ni junior--"
"Shuu.."
Sehun meletakkan jari telunjuk dibibirnya, tanda menyuruh Joy untuk diam. Dia merenung Joy dan menayangkan wajah 'ada aku kesah?'.
"Kau umur 16 kan?"
Joy mengangguk."Junior kan?" tanya Sehun lagi. Joy mengangguk dengan terpaksa. Sehun tersenyum manis.
"Junior kena buat apa kalau senior suruh?" tanya dia lagi. Joy mengetap bibirnya. Ingin dia memarahi lelaki dihadapannya ini namun dia bersabar.
"Dengar cakap senior.." jawab Joy dengan pasrah. Sehun mengangguk-angguk faham. Dia kemudiannya menongkat dagunya dan berpura-pura seperti sedang berfikir. Lagaknya seperti emoji ini '🤔'.
"Dahtu siapa senior siapa junior dekat sini?" Soalnya dengan wajah angkuh. Matanya tajam merenung Joy. Seolah-olah gadis itu telah membuat kesalahan besar.
"Senior lah senior.." Joy menunduk. Bibirnya dimuncungkan. Nasib baik Sehun tak nampak.
Lelaki itu kembali berbaring dan memejamkan matanya. Berlagak seolah-olah dia sedang bersantai-santai di tepi pantai sambil berjemur. Joy mengetap gigi dan menggenggam penumbuk.
"Dengar cerita kau bijak. Ravenclaw pulak tu. Jadi hadam lah kata-kata aku tu. Tak payah pura-pura dungu. Kau dari Ilvermony kan? Sana kan advance." sambung Sehun.
"Faham.." Jawab Joy, dengan nada mengejek. Dia memakai penutup telinganya dalam keadaan memberontak. Kemudian, dia mengambil penyedok tanah dan mula menggali tanah yang berada di dalam pasu baru.
Dia mengomel sendirian kerana tidak berpuas hati dengan layanan Sehun. Baru sahaja lelaki itu menjadi crush, tak sampai setahun lagi dia dah buat keputusan untuk buang lelaki itu dari senarai lelaki idamannya. Dan dia tak akan menyesal!
IYAKKKK!!
Anak pokok mandrake itu menangis kuat saat pucuknya ditarik kuat oleh Joy. Joy hampir terjatuh saat mendengar teriakan itu. Ditambah lagi kasutnya yang bertumit tinggi. Satu inci je.
Tak menunggu lama, anak pokok itu dipindahkan ke dalam pasu baru. Keadaan kembali tenang. Joy menghembus nafas lega. Dia menjeling kearah Sehun yang sedang nyenyak tidur tanpa menghiraukan dirinya.
'Kalau aku ni senior dah lama aku sepak-sepak lelaki macam ni..' Umpatnya dalam hati. Dengan segala kudrat yang ada, dia mengangkat pasu tersebut keluar dari taman seorang diri. Tak kuasa dia nak minta bantuan Oh Sehun yang menyebalkan itu.
"Yang berat sangat ni kenapa?!" marah Joy kepada pokok itu. Terkangkang-kangkang dia berjalan kearah tembok itu.
Beberapa minit dia berjalan seperti lelaki yang baru bersunat sedang membawa beban yang berat, secara tiba-tiba beban tersebut berkurang. Joy menoleh dan melihat Sehun yang sedang membantunya. Dia hanya menggunakan sebelah tangannya sahaja untuk mengangkat pasu tersebut.
YOU ARE READING
(C)Potter [EXOVELVET]
FantasyHalf-blood. Kerana takdir itu, dia terpaksa melindungi dirinya di Hogwarts daripada muggle. Ingatkan dia dah selamat, rupa-rupanya masih banyak bahaya menanti termasuklah Park Chanyeol, ketua Slytherin. "Aku tak akan suka dia," "Senior memang suk...