Kill This Love - Blackpink
Para pemain Triwizard memasuki padang sekolah dari ketiga-tiga arah. Kesemua mereka bakal menjalani latihan bersama-sama hari ini. Lengkap mereka berpakaian bak pewira di medan perang.
McGonagall mengarahkan mereka untuk mengambil tempat dikhemah masing-masing. Sasaran mereka pula hanya ada satu sahaja. Jadi, mereka akan bergilir-gilir memanah. Segala peraturan juga sudah dijelaskan. Giliran pemain pula ditentukan. Nampaknya, Beauxbatons yang akan bermula terlebih dahulu diikuti Durmstrang dan Hogwarts.
Taeyong mengambil tempat betul-betul dihadapan sasaran. Sempat juga tadi dia bermanja dengan Lisa, kekasihnya dan bermain mata dengan gadis-gadis lain. Hanya Seungwan dan Rose yang tidak menghiraukannya. Mungkin menyampah dengan lelaki miang itu.
Mereka mungkin bermusuh tapi satu hal sahaja yang mereka bersepakat yakni membenci Taeyong.
Busur panah diangkat. Sasaran ditetapkan. Anak panah dilepaskan.
Shot!
Taeyong mendapat 8 mata buat kumpulannya. Lisa dan Eunwoo bertepuk tangan begitu juga pemain lain. Sekadar menghangatkan permainan. Kini, giliran Rose mara kehadapan.
Sempat lagi dia menjeling kearah kumpulan Hogwarts. Rambutnya dilibas seolah-olah mencabar mereka. Busur diangkat. Matanya fokus kehadapan. Rose menoleh kearah Seungwan dan menuturkan sesuatu.
'this one..for you..'
Gerak bibir itu dapat dibaca oleh Seungwan dan serentak itu anak panah dilepaskan. 10 mata dikumpul oleh Durmstrang. Pemain lain bersorak kuat. Rose meletakkan busurnya ke tanah dan sebelah tangannya memegang pinggangnya. Dia masih lagi memandang Seungwan seolah-olah mahu mencabarnya.
Seungwan hilang sabar. Dia menghalang Chanyeol dan Sehun daripada mendahuluinya. Rose dihadapannya itu didekati. Busur diangkat tinggi. Perlahan-lahan ianya diturunkan. Lama dia dalam keadaan kaku seperti itu.
Rose ketawa dalam hati. Dia memalingkan badannya daripada memandang Seungwan dan ingin beredar. Namun secara tiba-tiba, sebuah anak panah melintasi betul-betul disebelah kiri pipi Rose. Gadis itu berhenti dari melangkah.
Diam.
Tiada suara orang bersorak mahupun bertepuk tangan.
Mereka mula memandang kearah papan sasaran. Rahang mereka terjatuh. Anak panah Seungwan jatuh tepat pada 10 mata namun yang lebih mengejutkan adalah, anak panah itu menembusi anak panah milik Rose. Ianya betul-betul menembusi anak panah pertama!
Seungwan pergi mendekati Rose.
"That one..for you.." Ejeknya. Pipi Rose yang sedikit terluka itu disentuh. Seungwan tersenyum sinis. Gadis itu turut melibas rambutnya. Sebijik mengejek Rose.
"Holy shit! Son Seungwan?" soal Chanyeol, kecoh. Dia menepuk-nepuk belakang badan Seungwan kerana bangga. Sehun pula tersenyum sinis. Namun dia juga agak terpegun, cuma tidak ditunjukkan sahaja.
Taeyong, lelaki miang itu mula mengalihkan perhatiannya kepada Seungwan. Dia nampaknya tertarik dengan pihak lawannya. Lisa yang berada disebelah pun dia tidak hiraukan. Lisa memerhati Taeyong dan Seungwan secara bergilir-gilir. Badan Taeyong dipukul.
"Awak tengok apa?!" marahnya.
Taeyong mengaduh kesakitan.
"Tengok apa? Tak ada apa. Tak payah nak cemburu sangat!" marah Taeyong. Nampaknya lelaki itu sudah menunjukkan sikap sebenarnya apabila dia bosan dengan teman wanitanya. Sama seperti layanannya kepada wanita-wanita sebelum Lisa.
YOU ARE READING
(C)Potter [EXOVELVET]
FantasyHalf-blood. Kerana takdir itu, dia terpaksa melindungi dirinya di Hogwarts daripada muggle. Ingatkan dia dah selamat, rupa-rupanya masih banyak bahaya menanti termasuklah Park Chanyeol, ketua Slytherin. "Aku tak akan suka dia," "Senior memang suk...